Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Thursday, October 11, 2018

Usah biar sesiapa ragut keyakinan kita

Pernah tak ada orang yang menghina kita? Mengutuk kita? Memperkecilkan kemampuan kita? Mempelekehkan apa yang kita buat? Mengutuk cara pakaian kita, makeup kita? Mengejek jerawat kita banyak, muka kita hitam dan pucat? Atau mentertawakan beg yang kita bawa?

Pasti ada, aku yakin. Dek kerana itu, seluruh keyakinan kita luntur. Kita tiada keyakinan. Kasihan. Kadang kadang tu kita terlewat keluar rumah. Kerana apa? Kerana kita rasakan tiada baju untuk di pakai hari itu. Semua baju yang kita ada tak sesuai. Kita rasa sedih, rasa stress, lalu terduduk mengenangkan tiada baju untuk dipakai.

Ada tu pulak, selepas makeup lawa lawa, ambik tisu basah dan padamkan semula makeup kita. Kasut, beg yang hendak di bawapun tiba tiba hari itu tak tahu nak bawa yang mana satu. Akhirnya kita keluar dengan mood yang kelam kabut dan hambar. Sarapan pun tidak. Atleast minumlah air suam. Pun tidak. Sebabnya keyakinan kau telah diragut semalam.

Keyakinan kau diragut semalam dek kerana kau suka pakai kasut leper yang kau beli kat pasar malam harga rm15. Kasut tu murah. Kau suka pakai sebab ia sangat selesa.

Namun apabila kau tiba disuatu tempat orang orang kaya, berilmu tiinggi, berjaya, femes, bertaraf bintang dan ala ala diva VVIP, kau mula mengecil. Itu anggapan kau. Walhal mereka cuma manusia biasa yang berjaya, kuat berusaha, tidak berputus asa dan nah, miliki apa sahaja diatas usaha tersebut.

Sebenarnya apa yang kau rasa itu perasaan malu.

Apa yang spoil mood kau pulak semalam, ada seorang kawan yang kau kenal ni memandang kasut kau, seolah olah pandangan itu berkata kata 'kasut murah, laaa...siannya dia. Sale tak ada, duit pun tak ada' itulah maksud pandangan tersebut. Padahal kawan kau tu tak kata apa apa pun.

Dah tu kau mengecil. Kau rasa kecikkk sangat padahal kau antara yang besar disitu. Kau muram. Rasanya program yang kau hadiri itu hambar. Walhal speaker yang hampir nak pecah gegendang telinga begitu kuat dan tepukan bergema dengan sangat meriah. Sebenarnya kat sini, tanggapan kau yang negatif itu meragut keyakinan kau. Kau yang meragut keyakinan kau sendiri.

Okey, itu kau yang berasa rendah diri. Memanglah, kasut beli kat pasar malam, beg beli kat shopee harga 28rm, baju dan seluar yang kau pakai baju dan seluar lama tak berganti. Tudung ajelah yang baru. Itupun raya tahun ni punya. Sebenarnya ada jer baju lawa, tapi kau suka nak pakai yang selesa. Manusia ada yang lebih suka selesa berbanding nak nampak cantik. Tapi ramai manusia nak biar nampak cantik berbanding rasa selesa. Kau jenis manusia yang lebih suka rasa selesa.

Kenapa kau nak tiba tiba pedulikan tanggapan orang pada kau. Kenapa selama ni kau buat bodoh jer bila kawan kawan kau pakai beg berjenama, makan kat starbuck, nasi arab mahal mahal. Bila sekali sekala mereka ajak kau, kau dah puas hati dapat makan free. Ko buat tak tahu malu jer bila dah kerap orang belanja ko, tetiba ada bunyi bunyi kat belakang kata kau bila pulak nak belanja. Kau pun selamba menjawab, boleh, goreng pisang makcik munah aku bungkus untuk kau ye.

Dan kau nampak dengan ekor mata mereka ketawakan kau. Dan kau buat tak tahu jer. Tapi sekarang kau rasa sangat sangat malu. Kau rasa rendah diri sangat. Tiba tiba kau rasakan sudu garfu depan kau seolah olah punya wajah dan suara yang mentertawakan kau. Kau tengok meja, kerusi dan speaker yang berada di hadapan kau itu menjerit jerit ketawakan kau.

Itu sebenarnya kesedaran. Kesedaran yang kau perolehi itu sangat bagus, maka teruskan bangun.

Kau tiba tiba rasa macam di kejutkan sesuatu. YA ALLAH! Kau baru bangun dari tidur. Tidur yang panjang. Kau baru menyedari bahawa kau dah ketinggalan jauh! Ibarat kau masih menaiki keretapi setiap hari tanpa kau sedar yang member kau yang sama sama naik keretapi dengan kau dulu kini adalah pemilik keretapi tersebut. Begitulah kalau aku boleh bagi contoh.

So, jangan tunggu lagilah. Come on. Tak ada istilah terlambat. Baca sejarah kfc bagaimana pemiliknya boleh berjaya. Nanti aku poslah lain kali pasal tu.

Okey, aku stop dulu. Kang panjang sangat, momo yang baca. Huhuhu...

Tuesday, September 25, 2018

Kau berani berubah tak?

Perubahan perlu tekad. Bukan main main. Bukan sekadar kau lambung syiling dan kau main teka teka. Kalau bunga aku berubah, kalau kepala aku tidur. Bukan. Perubahan bukan macam tu.

Perubahan macam ni. Macam kau sedap sedap duduk kat sofa empuk aliff shukri pastu kau berpindah duduk kat kerusi panjang macam kantin sekolah rendah aku dulu. Tak lawa. Berat dan berkulat. Silap haribulan tangan ko kena selumbar kat bangku tu. Oh ye, kami panggil bangku.

Kau kena berani. Kau perlu redah. Jangan fikir tentang keselesaan. Jangan fikir tentang tilam yang empuk. Perubahan hari ini yang kau buat bukan untuk hari ini, tetapi esok. Esok bererti pada jangka waktu akan datang.

Aku sebenarnya kagum orang yang boleh tengok masa depan. Orang yang boleh fikir panjang. Bukan fikir pendek. Fikir untuk kejap lagi. Tapi kemudian akan ada masalah dikemudian hari. Aku tak tahu fikiran aku macamana. Mungkin aku seorang yang tak pandai berfikiran panjang. Huhhh. Aku stres memikirkannya. Aku selalu tak dapat buat keputusan tepat. Aku selalu menyesal.

Contoh yang paling terdekat kita boleh tengok orang yang beli takaful. Kalau yang beli tu pasti berfikiran panjang. Yang terus tolak tu pasti berfikiran pendek. Jangan marah aku. Mereka bukan tak mampu. Rata rata mereka mampu. Mereka boleh bayar astro kurang kurang pun rm45 sebulan. Atau beli topup seminggu 10rm atau makan kfc ke mcd sebulan sekali. Atau reward untuk diri sendiri kononnya beli beg mahal atau kasut mahal atau i phone 8.



Padahal takaful ni bagus untuk jangka masa panjang. Kalau tak mampu ambik mahal ,ambik murah je. Hei, kena tengok agen yang jujurlah ye.

Kalau bukan untuk kita ni tetapi fikirlah untuk orang yang akan meneruskan kehidupan waktu kita tiada nanti. Aduhai, aku promote suruh beli takafullah pulak kan. Ha ha ha.

Aku tahu, banyak yang perlu dikupas. Ye aku tahu, kau serik dah kena tipu, bayar mahal, bila nak claim tak dapat apa apa! Apa ni!!! Buat bakar darah je kannn. Padahal ada orang beli pinggan mangkuk pun kena tipu. Nak beli beg pun ingatkan ori tapi palsu, dah kena tipu lagi. Aduhai... Sadisnya hidup.

Kalau tak dapat claim ko kata agen penipu. Kalau dapat duit kau sapu. Bila tiap bulan agen suruh bayar polisi kau jemu. Polisi pun dah mati kau jadi haru. Bila kau minta sambung padahal kau dah sakit agen kau buru. Agen pun apa lagi larilah laju laju.

Tulah salah satu contoh. Kalau nak beli takaful email aku. Ha ha ha.

Apapun kita kena berubah. Itu keypointnya. Banyak seminar, kursus kursus motivasi yang poinnya suruh kita berubah. Betul tak? Kalau masih di takuk lama kau tak kan berubah. Perabut kat rumah pun  setahun sekali kita mesti alihkan, langsir kita tukaukan, baju apa tah lagi.

Belum cerita politik. Banyak berubahkan. Ha ha ha.

Kalau nak cerita pasal berubah, kita kena istiqomah. Perubahan bukan hanya pada kata kata tetapi tindakan. Raikankanlah walau perubahan itu nya sedikit. Walaupun ia kecil sangat. Bermaksud raikan tu bukanlah buat kenduri ke, belanja member makan sampai perabeh duit ke. Bukan. Raikan macam sujud syukur.

Berterima kasih pada Allah dengan sungguh sungguh tau. Aduhai tahu tak, nak berubah bukan senang. Cuba tanya orang gemuk tu, betapa seksanya nak berjoging. Seksa wei. Kalau tak berani nak berubah kau akan terus gemuk malah lebih gemuk dan tak sihat.

kalau Allah dah arahkan untuk kita berubah tu, satu rahmatlah tau. Dan kita kenalah sentiasa berada dalam landasan yang betul kearah perubahan yang lebih baik. Bukan bertambah tak baik. Ingat, perubahan itu kena lebih baik. Macam dari tak pakai tudung kepada pakai tudung.

Soalan aku, kau berani nak berubah tak? Aku? Sedang dalam proseslah ni. Doakan aku tau. (tiber...)  Hahahaha

Apapun aku aku stop dulu. Panjang sangat dah ni.



Thursday, September 20, 2018

Mendobi di mana? Tip dan cerita di kedai dobi

Katak bersahut sahutan menyanyikan lagu bobo di mana. Sepanjang bulan ni, hujan tak jemu jemu turun bersama angin sejuk.

Baju aku pun 2 hari baru angkat. Itu pun terpaksa angkat coz ampai dah penuh. Tak pelah, rasa sejuk sejuk sikit. Nak panas aku gosok ler guna saterika berat yang tak rosak rosak. Bila nak rosak pun aku tak tahu ler.

Aku terkesan jugaklah dengan beberapa berita tentang kedai malas yang melibatkan kes kucing mati bunting dan samun. Bahaya woi. Kedai malas tu kedai dobi ler. Kedai dobi layan diri ni buka 24 jam. Pernah aku basuh baju kat dobi layan diri ni pukul 2.30 pagi. Untuk pastikan tak ramai ler. Payah kalau ramai. Nak menunggu satu hal.



Aku ni jarang ler pergi ke kedai malas tersebut. Adalah masa raya tahun lepas dan masa mesin basuh aku rosak. Bukan tak boleh basuh tangan, tapi pinggang aku sakit ( alasan).

Masa raya tahun lepas tu pulak, terpaksalah pergi mendobi. Masa tu adik beradik aku semua balik. 6 orang semuanya tak termasuk aku. 4 dah kawin, dan aku punya 10 anak buah. Cer bayangkan baju yang bertimbun tu.

Cara terbaik pergilah mendobi. Pukul 2.30pagi kat kedai dobi. Tapi bukan aku sorang ler. Aku angkut ler adik ipar pompun aku yang rajin lipat baju, adik ipar lelaki aku jadik driver dan angkut bakul bakul baju dan terlepas 3 orang anak buah yang paten tak tido kalau dah balik kampung jumpa sepupu sepupunya. Pening aku coz anak anak buah aku umurnya 6,5,4 tahun.💆

Banyak banyak kedai dobi, kami pilih yang paling tak ramai orang. Kebetulanlah kan masa tu tak ramai orang. Yang lain semua penuh. Yelah raya, setahun sekali dan 24 jam 🙄

Tak jauh dari kedai dobi itu, ada kedai mamak yang still ramai orang. Sebelah kanan aku kedai seven E, dan sebelah kiri aku butik baju yang masih bukak lagi. Dan aku cuma bawak duit syiling dalam beg duit kecil.

Jenuh mengorek tabung pukul 2 pagi mengira syiling 50sen, adalah dalan 2 genggam. Sudahnya syiling 50sen tu tak guna pun. Kena beli token kat mesin guna duit kertas. Masa tu memang taklah aku bawak beg duit. Terpaksa aku pinjamkan dekat adik ipau aku yang tengah lepak kat kedai mamak.

Sedang aku menunggu baju nak siap tu, aku layan ler anak buah aku main main. Dalam 20 minit pertama tu ok lagilah kelakuan anak anak buah aku ni. Selepas tu masing masing buas wei. Aduhai. Mujur aku bawak 3 orang jer. Sudahnya syiling 50sen aku hampir habis buat beli air mesin dan jajan mesin. Dah kedai dobi tu dobi ajelah. Ada pulak 2 ketul mesin jajan dan air. Full pulak tu. Matilah nakkk.

Pastu aku mundar mandir, sentiasa keluar masuk untuk pastikan ramai orang keliling aku. Memang aku bawak henpon. Tapi aku tengok sekali sekala jerlah. Taklah jakun aku walaupun wifi free. Sebab internet aku pun free, sebulan aku bayau 80rm lebih, unlimited internet dan calling. Tapi yang sebenarnya aku melayan anak anak buah aku. Tak dan nak tengok benda telipon puaka tu.

Leka kalau main henpon ni. Elakkanlah. Kalau boleh tinggalkan kat rumah. Bawak tali skipping ke boleh buat senaman. Tak pun main dam haji atau dam ular. Kalau ko sorang, ajak ler sesiapa yang ada kat situ.

Wei, ko sedar tak aku bagi tips tau untuk elak kena samun masa sedang mendobi. Aku bukan cerita sesaje tau. Kau perasan ke tidak ni?

Macam kedai makan, kedai dobi pun kita kena pandai pilih. Aku dah bagi tip dah. Dah lah wei, nanti sambung lagil.

Wednesday, September 12, 2018

Dah solat isyak ke belum?

Beristighfar, bila kau rasa kesedihan sedang melalui setiap nafasmu.


Seketika kau akan rasa terkontang kanting tanpa arah walaupun kau sebenarnya seorang diri di dalam bilik. Kau akan rasa nak lari dan mula akan terbayangkan tepian pantai, hutan rimba, atas bumbung atau dimana mana sahaja berdasarkan imaginasi kau saat kesedihan itu berlaku.

Tapi sekarang malam, dan kau perempuan. Dan kau sejenis makhlok penakut.

Pada saat itu juga kau rasa sunyi. Pada dalam 2-3 minit gitu. Lepas itu kau akan teringat beberapa nama dan wajah orang orang yang boleh kau mengadu kesedihan itu.

Satu situasi kau mungkin terus telipon orang tersebut. Mengikut akal yang sedih dan kurang waras pada saat itu, kau meluahkan segala galanya non stop. Kau akan berkata bahawa kau tak bersalah dan kau akan membanggakan diri yang kau betul. Orang lain salah dan yang pasti kau mahukan orang yang kau telipon itu bersetuju 100% dengan apa yang kau kata. Kalau jenis tak setuju, ada sahaja yang tak betulnya kau ni, nama tersebut tiada dalam senarai orang orang yang patut kau hubungi. Itu kata kau. Walhal itu kakak kau. Bila kau tak ada duit, dia kau rengek.

Dalam situasi lain, kau tidak punya sesiapa. Kau berfikiran begitu padahal ramai sahaja orang di sekeliling kau. Namun pada pendapat kau mereka semua tak paham kau. Atau sebenarnya kau tak percayakan mereka. Sebabnya kau pernah terkena dahulu. Dikhianati mungkin. Itu istilah kau. Padahal kawan kau mengadu kat mak kau je.

Akhirnya kau tidak memilih mana mana situasi itu. Kau hanya termenung di atas katil. Konon sedih sangat. Padahal itu memang salah kau. Kau rasa nak panggil doraemon suruh pergi kembali saat masalah yang buat kau sedih itu berlaku. Tak pun superman. Atau ada mesin masa ke. Eh, mana manalah!

Tapi sebenarnya kau sedih sangat. Kau pulak jenis yang berimaginasi tinggi. Dari lautan ke angkasa kau teroka. Tak jugak surut sebak di dada. Takkan nak isap dadah kot????!!!!

Akhirnya kau pergi pada perkataan pertama tadi. BERISTIGHFAR. Nak ambik air sembahyang kau masih merajuk dengan mak kau. Kalau keluar bilik nanti bertembung dengan mak kau, kau dah jadik malu. Kau fikir dalam tengah malam nantilah kau solat hajat ke, taubat ke.

Kau pun ambik tasbih dan berzikir. Akhirnya kau tertidur sampai pagi.

Dahlah. Jangan nak sedih sangatlah. Janji kau dah solat isyak. Kau dah solat isyak belum? 🙄

Friday, July 22, 2016

Rahsia Jering



ANDA SUKA MAKAN JERING?


1) JERING merupakan buah ajaib untuk membunuh sel KANSER  dan beribu kali lebih kuat dari Kemoterapi.

2) Spt diketahui, pohon jering dikenali sbg varietas jering.

3) Kita boleh menfaatkan buah Jering dgn cara memakannya mentah sebagai ulam, boleh jgk dibuat jus, minuman , kueh, emping jering (baru tahu!) dll. Selalunya jering tua direbus dan dicicah kelapa parut muda.

4) Hal ini menghasilkan banyak kebaikan, tetapi yang paling menarik adalah kesan yang dihasilkan pada kanser dan tumor.

5) Buah ini adalah ubat yang terbukti melawan SEMUA JENIS KANSER.

6) Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap infeksi bakteria dan kuman, terbukti dari baunya yg sgt kuat. Efektif terhadap parasit dalaman dan cacing, dpt mengatur tekanan darah yang terlalu tinggi, berguna sebagai anti stress, memerangi tekanan dan perasaan gugup.

7) Sumber informasi menarik ini berasal dari salah satu produksi ubat terbesar dî dunia yg mengatakan bahawa setelah lebih dari 20 ujian makmal yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkai bahawa Jering boleh MENGHANCURKAN SEL² GANAS pada 12 jenis kanser, termasuk usus, payudara, prostat, paru² dan pankreas.

8) Kekuatan buah ini menunjukkan 10,000 kali lebih baik dari produk adriamycin, ubat kemoterapi, biasanya digunakan dî dunia, memperlambatkan pertumbuhan sel kanser.

9) Lebih memeranjatkan lagi, jenis terapi dengan ekstrak Jering hanya menghancurkan sel² kanser ganas yg  tidak mempengaruhi sel² sihat.

Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street.



copy from Whatapps..


- langsung tak suka jering!

Wednesday, July 13, 2016

Dua KUNCI Rezeki



Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer.. kenapa ya ustaz?

Ustaz : Abang ada ibubapa ke?

Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.

Ustaz : Abang ada isteri tak?

Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...

Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

(pengadu diam termenung.)
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?

Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?

Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

(Tak lama dia datang jumpa saya.)
Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta..

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Kredit : Ustaz Ebit Lew

...sharingiscaring

Friday, June 17, 2016

Dear...



Assalamualaikum...
Salam Ramadhan al mubarak.. Salam Jumaat yang penuh barokah. Salam dari ary yang dah lama nau tak updates...

Banyak yang ingin diperkatakan. Banyak yang ingin dinyatakan. Banyak yang ingin diceritakan. Banyak yang ingin dikongsikan. Tapi kerasnya jari ini sama kelunya lidah ini ingin  berkongsi cerita. Tak kisahlah ada yang ambil kisah atau ada yang tak kisah atau ada yang buat buat tak nampak atau 'apeke he...bukan hal aku ponnn'.

Yang sebenarnya semuanya atas kanvas yang kosong. Akhirnya ia kosong jua. Akhirnya... meniti waktu waktu yang telah ditentukan Allah ini menjadikan kanvas kehidupan kita berwarna warni. Warna itu bukanlah yang kita mahu. Kadang kadang kita tak terfikirpun nak warna itu. Warna itu juga yang mewarnai hari hari kita. Kadang kadang kita fikir nak warna merah. Dan kita fikir warna itu warna merah. rupa rupanya bukan warna merah. Nampak sama tapi lain. Lainnya sikit je, tapi namanya tetap berbeza. Tak sama. Buat macamana pun tak sama.

Ada ketikanya kita fikir kita betul. Orang lain tak betul. Yang peliknya terfikir tak kita, kalau kita betul, kenapa orang tak ikut kita? Tak setuju dengan kita? Yang sebenarnya kita tahu tapi kita buat buat tak tahu. Kita 'ignore' jer sebab...kita betul. Kita sangka. Yang sebenarnya ramai dok meluat ngan kita sebab malas nak layan. Kerana kita pastinya akan melantun balik - menengakkan pendapat yang kita sangka kita betul. walhal...takkk pun. Ada baiknya kita lebih rasional. Fikir matang. Jangan selalu follow 'en ego'. 'En ego' tu pun takkan berubah. Kita seharusnya 'ignore' jer dengan 'En ego' tu...dahlah selalu menyusahkan kita. #$%&$#%@


Ada baiknya kita berzikir waktu sekarang, esok atau akan datang. yang penting solat jangan tinggal. Buatlah apapun, solat jangan tinggal. Lepas solat jangan lupa berdoa, please...jangan sombong dengan Allah. Dahlah kita sombong dengan semua benda... uhuuuu... masaklah kita.. tak sedar kita...kita sombong dengan  kucing kita..kadang kadang. Tak percaya...cer ingat balik. Kita sombong dengan baju baju kita. Selalu. Tu yang dia tuntut nanti kat akhirat. Jaga jaga. Huh...banyak baju nak sedekah ni. Kalau nak sedekah tu...pastikan yang elok. Tak elok sedekahkan orang baju yang dah koyak koyak...sampai hati tau. Cuba kita...mesti sedih dapat baju koyak.

Semoga kita dapt pahala puasa yang sebenar benarnya...inshaAllah...

Monday, April 7, 2014

Pentingnya doa makan



Zaki (bukan nama sebenar) disuruh pergi mengaji Al-Quran oleh ibunya selepas Maghrib di sebuah surau kerana dia agak malas untuk belajar mengaji. Sewaktu di surau, Zaki diajar berkali-kali doa sebelum makan & setelah diulang-ulang oleh gurunya, barulah dia dapat menghafalnya.

Surau itu agak jauh dari rumahnya & Zaki pergi berjalan kaki sahaja. Ia mengambil masa dalam setengah jam. Zaki akan balik sendirian kerana hanya dia seorang sahaja yang pergi mengaji di kampungnya.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati sebuah rumah kosong, langkah Zaki terhenti kerana terlihat bayangan putih di hadapannya. Untuk dia berpatah balik ke surau sudah agak jauh juga. Jika nak diteruskan perjalanan, ada pula bayangan putih yang menghalangnya.

Akhirnya Zaki memberanikan dirinya untuk berteriak sekuat hati, sambil membaca doa yang telah diajar di surau tadi :

"ALLAHUMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZAA BANNARR"
(Doa sebelum makan yang telah diajar di surau tadi)

...tanpa diduga, bayangan putih yang berada di hadapan Zaki terus hilang. Terdengar suara dari bayangan putih itu yang sebenarnya adalah Syaitan yang merungut...

"TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU JADI SYAITAN, ADA ORANG NAK MAKAN AKU...!"


Thursday, December 20, 2012

didera, terdera dan mendera

Assalamualaikum....

lama dah x menulis, diri yg memang x ada skill menulis ni bertambahlah tunggang langgang bahasa penulisan. tp ada hati nak jadik penulis lak tuh, cam Ramlee Awang Mursyid?~ceh! ahaahaa...^___^

saya nak berceloteh skit2. mengenai kitalah, manusia yang suka menghukum, menilai dan menghina sesama kita. salah satu deraan emosi yang sangat kejam. samaada kita yang kena atau kita yang mengenakan orang.

benda ni x habis2 berlaku dalam kehidupan kita setiap masa. kepada yg x pernah alami tu, bertuah dan bersyukurlah. sekurang2nya emosi anda tidak didera dan terdera.

bila emosi sudah terdera, sakitnya bukan main. kepada yang dah terbiasa tu, pasti dah lali dan kaku. x terasa apa2 lagi. kepada yang x tahan tu, mungkin bergaduh sakan kerana mempertahankan diri dari terus menerus didera. kepada yang lemah tu pulak, hanya air mata menjadi peneman. bagai awan mendung kat atas pale kita. apa lagi~lariklah! kita pasti ada salah satu daripada situasi itukan?

kepada yang mendera, amboi....! x habis2 mengganggu emosi manusia yang disangkanya kurang baik daripada dirinya, habis ditindas dengan deraan emosi yang hebat. hei, jgnlah membenci sseorang sehingga tenggelam kebaikannya. anda pun apa kurangnya. hanya dek kerana kekurangan yang sedikit itu kita terus-terusan menghukum orang tu gitu-gini, kita terus menilai mereka begitu-begini, kita terus menghina orang tanpa memperdulikan perasaan mereka~ why?

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugian (celaka) kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

kepada mereka2 yang mendera emosi orang ni...STOP! sudah2lah... bak kata prof muhaya, asal nak mengumpat orang jer, asal nak mengata org jer, ambik getah, pakaikan kat tangan kita, tarik2kan. biar merah, biar lebam. tampar mulut tu biar bengkak. (boleh ker?)

kepada yg rasa diri terdera tu walhal x pun, kadang2 kita TERASA lebih...walhal sesetengah tu hanya teguran membina, so, anggaplah positif. insya'Allah, kita akan lebih sihat dan lebih ceria. yg paling penting kita jgn mudah tersentap. sabar tu paling2 bagus!

kepada yang kena dera tu, terang2 di dera..sabarlah yer... SABAR! jgn berhenti bersabar dan berdoa. tak pelah kalau nak menangis tu, menangislah. tapi jgn berfikir ketika kita terlalu sedih dan marah. kita akan mudah di pengaruhi syaitan. mendorong kita buat perkara2 salah. serius betul. paling2 tidak pun rasa nak lari dari rumahlah, sembunyikan dirilah. uhhh! x elok tu.... pastu menyesal~ padan muka! kan dah malu!!

biarlah apa yg mereka nak hina pun. kita jugak yang  dapat pahala. anggap jer semuanya bagai angin yang lalu. menampar2 pipi kita.~boleh gitu? ^^

apapun hidup wajib terus. jgn berputus asa itu penting.

-alhamdulillah...kadang2 kenyang dengan cacian org....

Tuesday, July 3, 2012

Ambiklah sebakul buah ni...

apabila kita sering dihina, banyakkanlah bersabar, kerana dunia ini tetap berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang perubahan. detik waktu akan tetap berjalan. walaupun bg kita yg dihina ini terasa bagaikan ada batu besar yang menghempap badan, terasa jarum jam terputus.....adoiii... yang sebenarnya dunia ni aturannya sentiasa normal. takkan berubah pun dek kerana ada org yang menghina kita. kita pun normal. emosi kita yang terusik.

memanglah.,hancur berkecai hati ini. ada yang nampak sangat tabah, tapi dalaman bagai tsunami dahsyat yang hanya Allah yang tahu. kesedihan hati seperti hujan ribut ditengah lautan yang sedang bergelora. mana tidaknya, teruk kita di hentamnya. teruk kita dihinanya.... kasihannya diri kita.

ucapkanlah terima kasih kepada si penghina kita itu tadi.bagi mereka itu sebakul buah2an, kuih atau jajan. bukannya apa, sekadar tunjukkan betapa kita berterima kasih kerana mereka telah memberi banyak pahala mereka kepada kita. :)

kesimpulannya kat sini biarlah kita dihina oleh manusia daripada kita dihina oleh Allah...jauhkanlah... kasihanilah mereka kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk memuji kita.



bagi saya, lebih elok kita di hina dan di keji kerana ia mengajar kita erti sabar dan menyedari kekurangan diri drpd kita asyik dipuji sehingga kita rasa bangga diri. sudah pastinya rasa enak dipuji akan membawa kepada sifat2 negatif yang lain seperti sombong,riak, cakap besar dan sbginya.

ini sekadar pendapat saya saja.......terima kasih yer kepada yang berkenaan...tqvm..:)

Friday, June 22, 2012

Berapa banyak Spam daaa....

Assalamualaikum....
dah lama tak menulis sendiri nih. btw. saya memang jarang update blog. org lain dah maju ke depan saya masih ketinggalan dari pelbagai aspek. apapun...ada sape2 kesah? huhuhu...

maka dengan itu. bila saya bukak jew pintu blog yang berkunci ni, byklah habuk...kemas2lah skitkan... masuk kat bilik comment...adalah ciput2 jew yang rajin nak komen..faham sgtlah, bila komen x de respon, sapo yang nak mengomennyo!.....

bilo saya bukak bilik komen yang sebolah eh....mak oiii...byk bona spam comment! oklah...bagi saya byklah....huuuu....malu tul... kalu setakat 3-4 ratus spam komen...byklah tu bg saya ni...heeee....

belek punya belek, ghalit pulak. hehehe... mcm2 promosi kat spam comment ni. ada jual ubat tutttlah... ada suruhbeli program internetlah, dari thailand, jepun, china...tulisan..huuu x paham. ada jugak yang komen tanpa nama termasuk dalam spam comment.

btw, syukur jugaklah komen2 yg dianggap sampah tu automatik ditapis dlm spam komen. kalu tidak jenuh jugaklah. virus pun byk... mmm...

kepada pembaca yg singgah ke blog saya, terima kasih...:) saya byk berkongsi ilmu yg org kongsikan pada saya. syukur....semoga ilmu yg manfaat ini tidak akan sia2 dan memberi kebaikkan kepada semua.

saya sebenarnya lama x menulis, nntlah...jika ada kelapangan, ingin menulis semula. :) dah tumpul dah nih...kena asah balik nih. bahasa pun tunggang langgang. sabau ajelah...

ok ler... tidu dulu eh....:) ~3:02am~





Saturday, September 24, 2011

sana sini tudung-cik tudung,glamour kau!

Wardina n Diana
Dalam bulan syawal ni nampaknya ramai orang teruja ngan cik tudung. tudung, hijab, jilbab, selendang, telekong, purdah n whatever panggilannya serata dunia...cik tudung kau memang terbaik!...

kita lihat sahaja dunia artis Malaysia cukuplah, daripada yang tak pakai tudung kini dah pakai, yang pernah pakai, tak pakai balik, ada yang pakai kejap2 pula, ada yang berazam pakai sampai mati, yang baru nak pakai, ramai juga yang pakai nampak jambul, yang pakai tapi dah kantoi..opss! yang pakai ikut fesyen, yang beli baru bila tudung dah berlubang sehingga masuk lalat...ehh..maap..tu tudung saji! >_<

apa pun, semuanya berkisar pasal tudung. jadi top sekejap cik tudung, sampaikan adik beradiknya turut ngetop. ialah, x pasal-pasal asal namanya tudung jer berebut2 orang beli kat serata Malaysia, sampai sold out! eh..gurau jer......


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. .."
[Al-Ahzab : Ayat 59]


semoga kita sentiasa diberi taufiq dan hidayah serta rahmat yang tidak terhingga oleh Allah swt...amin...

Friday, September 23, 2011

Anda Lelaki Soleh?


MENGENALI LELAKI SOLEH 

Naim n friends 
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. 

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhai tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.

Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.

Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL-QURAN DAN HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T

12.Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.

16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T

17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Saturday, September 17, 2011

makcik nak membebel skit..pot..pet..pot..pet..

hari kelmarin, saya ke pasaraya Jaya Jasco, Melaka, ada member blanje tgk raya tak jadi...yg x menjadi langsung tu...

selepas kecewa yg teramat krn cerita yang terlampau hampeh...kami pergilah makan kat food court disana.. member saya..kak ana, lapar sangat + tension tgk cerita hampeh, oderlah nasi goreng seafood yang nampak sgt mengancam dalam gambar..huu..tahulah harge kat foodcourt, RM6.45 sepinggan.

kak ana tak delah nak berkira sgt, coz dlm gambar tu memang patutlah kot harganya cenggitu. dlm gambar menunjukkan ada udang besar dalam 4-5 ekor, sotong penuhlah sampai hampir x nampak nasinya, siap ada kuah disekeliling nasi.

saya pulak oderlah sup nasi daging yang saya bayangkan cam saya selalu makan kat restoran sup utara yg memang sodap tu. tapi nampaknya...

nasi goreng kak ana, cam nasi goreng cina yang ada beberapa ketul sotong dan udang kecil. sup nasi saya pulak cam bubur org sakit yg biasanya di makan pada pagi hari....huaaa...

kami pandang makanan kami, kendian kami pandang sesama sendiri... duduk dan makan tanpa byk soal, tapi muka x puas hati jelas terbayang pada wajah saya...grrrrr...

sebenarnya kami ni bukanlah orang yang cerewet. boleh go on jer dlm sume perkara. mujurlah kami x de mood nak mempertikaikan apa2, mungkin perut dah lapa.

gambar sekadar contoh...
nasi goreng seafood dalam gambar
^
^
^
bila dah siap masak


kat sini kita boleh tengok dua perkara yang tak kena dengan tempat tersebut

  • harganya mahal
  • makanan dalam gambar tidak sama dengan reality
pernah member saya mengadu membeli di food court jugak(tempat lain), kerana terpaksa membayar RM18 untuk sepinggan rojak singapura, rojak yang ala2 yong tau fu tapi semua bahannya di goreng. (walhal pinggannya jenis pinggan makan kat kantin sekolah...) 

bukannya rakan saya itu mengambil ketam ker, udang ker, atau yng mahal2, setakat tempe, tauhu,fish kek, sosej yang sederhana isinya, harganya sehingga RM18?! mahal...bagi saya mahal... tak tahulah bagi sesetengah orang... 

itulah realitynya, dah bayar dulu baru dapat makanannya. kesimpulannya, kalau dah tak ada pilihan lain, bolehlah makan kat foodcourt..... dan tukang masak kat foodcourt tu..sendiri mau ingatlah... malas nak bagi nasihat...huhuhu...

itu jerlah bebelan makcik...terima kasih kerana membaca....lalalala....

Friday, September 16, 2011

Baru lima bulan kawin,dah nak kawin satu lagi? tak pelik...tapi...adoi!!

sedang saya membelek-belek akhbar, saya tertarik dengan permasalahan wanita ini. dan Dang Setia menjawabnya pun saya agak tertarik...mmm...jom ek..saya copy paste jerw..huhuhu...-sumber-myMetro-


SAYA berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga lima bulan lalu. Saya terpaksa hidup berjauhan dengan suami kerana kerja.

Sebelum kami berkahwin, suami pernah menyuarakan hasrat ingin berpoligami.
Ketika itu saya menyangka dia hanya bergurau. Namun, sejak akhir-akhir ini, saya mendapati dia serius dengan kata-katanya.

Calonnya belum ada tetapi saya kecewa dengan azamnya. Seperti wanita lain, saya juga tidak sanggup berkongsi suami.

Saya tahu, Islam mengharuskan poligami tetapi ada syaratnya demi menuntut suami berlaku adil dengan semua pihak. Bagi saya, suami hanya mengambil kesempatan dengan mengikut Sunnah Rasul yang satu itu saja.
Namun, urusan lain seperti cara beribadat, makan minum serta berpakaian langsung tidak diendahkan. Melihat cara hidupnya sekarang, saya tidak nampak poligami menjadikan dirinya lebih baik.

Malah, di sekeliling saya ramai contoh lelaki yang tidak menunaikan tanggungjawab seperti sepatutnya sebaik berpoligami. Isteri pertama sering teraniaya.

Saya mengutarakan hal ini padanya, dan dia melenting. Dia turut tanya saya, adakah selama ini dia hidup seperti orang kafir? Dia turut mempertikaikan kebaikan pada diri saya tatkala saya menyuarakan tidak mahu bermadu.

Saya tidak pernah merasakan diri ini hebat. Namun, sikapnya buat saya rasa dia tidak layak. Sembahyang fardu pun kadangkala tidak cukup, apatah amalan sunat lain.

SHAH NAZ
Serdang, Selangor


jawapan...

Sebaik puan mengutarakan permasalahan ini kepada Dang Setia, teringat seimbas sedutan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ arahan Habiburrahman El-Shirazy pernah menyentuh konflik ini.

Ia mengenai syarat diletakkan oleh watak utama, Anna hanya akan menerima lamaran bakal suaminya jika dia tidak mengamalkan poligami.

Di sini, Anna membahaskan haknya tidak membenarkan suaminya berpoligami bukan tindakan menghalang urusan agama tetapi mengelak menjadi mangsa ketidakadilan yang pada pandangannya mungkin berlaku.

Melalui adegan itu, Dang Setia faham situasi puan hadapi hampir menyerupai Anna, bezanya ia dalam filem dan puan pula dalam alam realiti.

Untuk itu, andai puan sanggup menyusul langkah diambil oleh Anna dalam menghalang suaminya melaksanakan poligami, puan perlu berusaha perbaiki dan melengkapi semua keperluan suami dulu.

Tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya seperti limpahkan kasih sayang dan perhatian sehingga dia berasa tidak mungkin mendapat layanan sedemikian daripada wanita lain.

Mungkin puan perlu memikirkan untuk berada di sisi kerana faktor berjauhan mungkin mencetuskan hasrat dia memasang satu lagi.

Luahkan padanya puan tidak yakin dia berkemampuan. Kemampuan istilahnya bukan saja di segi tuntutan nafkah zahir batin, malah bersikap adil kepada isteri dan anak.

Namun, sebaik perkara itu dibangkitkan, dia sudah melenting, ini menandakan dia tidak mencakupi syarat kemampuan kerana kelemahannya mengawal emosi.

Nasihat suami puan dengan cuba meletakkan situasi di mana dia mempunyai isteri lebih daripada satu. Mampukah dia menangani tekanan sebaik mungkin, sedangkan ketika ini pun dia gagal mengawal kemarahan.

Diharap dengan nasihat itu, suami puan tidak berhasrat meneruskan poligami dan menumpukan terhadap kehidupan berumah tangga yang sedia ada.


mmm....dari saya... orang lelaki ini, atau tersebut di atas, sangat yakin dengan kemampuannya untuk memasang satu lagi, sedangkan isterinya tidak. pendek kata jika keyakinan mengatasi segalanya apa pun boleh buatkan..uhukk..^-^

Wednesday, September 14, 2011

Pasangan berasmara dalam kereta cuba lari kemalangan


''Sebelum itu, pasangan terbabit sedang berasmara dalam kereta di tepi lebuh raya dan sebaik melihat sebuah kereta peronda Plus membuat rondaan.'' 
boleh baca lagi di myMetro
boleh sebenarnya kita buat maksiat tapi....
(sumber)


Alkisahnya terdapat seorang ulama sufi bernama Abu Ishaq Ibrahim bin Adham  (wafat 782 M) dulunya adalah seorang Raja Balakh yang meninggalkan istana dan kemudian menjadi seorang sufi yang sangat termasyhur. Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adhamuntuk mengadukan sesuatu hal. Berikut merupakan perbualan mereka.

Lelaki itu: Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.
Ibrahim: Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.
(Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar dan bertanya)
Lelaki itu:Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

SYARAT PERTAMA
Ibrahim : Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.
(Mendengar itu lelaki itu mengernyitkan kening)
Lelaki itu: Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? 
Ibrahim: Ya! (Tegas Ibrahim bin Adham.) Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?

SYARAT KEDUA
Ibrahim: Yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! (Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.)
 Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?
Lelaki itu: Ya! Anda benar.(Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.)

SYARAT KETIGA
Ibrahim: Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
Lelaki itu: (Terperanjat) Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?
Ibrahim: Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?
(Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.)

SYARAT KEEMPAT
Ibrahim: Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amalsoleh'.
(Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar)
Lelaki itu: Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?
Ibrahim: Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkauboleh lari dari kemurkaan Allah?

SYARAT KELIMA
Lelaki itu: Baiklah, apa syarat yang kelima?
Ibrahim: Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
(Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.)
Lelaki itu: Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.
(Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.) Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah. (Sambil terisak-isak)

kisah menyayat hati....



Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayangi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.


kredit untuk JERRY

Final Destination 5


cerita ni sungguh.....
dan saya...
x suka tengok cite nih..
dan saya...
menyesal....
benci..
sebab dah tertengok....
dan saya memang x suka tengok cite hantu...
apatah lagi cite cenggini...
kalau saya tahu cite ni cenggini...
saya x kan tengok...
uwaaa.....
nak kata apa, katalah...
i dun care....

Tuesday, September 13, 2011

kala subuh....


Manusia  - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia  - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan    - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat   - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan     - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu..... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali......rugila. ... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...