Monday, March 22, 2021

Budak Gemuk (2)

 Pagi yang hening. Kurang sibuk. Barangkali PKPB baru bermula selepas berakhirnya PKP yang menyebabkan rakyat Malaysia gila sebentar.

Budak gemuk 58 kg tergesa gesa datang pagi itu. ‘Lambat Kak Sue pagi ni?’ Tanya budak gemuk 95 kg sekadar berbahasa basi. Akhirnya budak gemuk 95 kg murung satu hari kerana bertanyakan soalan itu. 

“Laki akulah. Aku gaduh dengan dia nokk! Aku baling henpon sampai pecah. Geram aku. Dahlah aku je yang kerja. Menyakitkan hati aku boleh. Tapi bila aku ungkit pasal mak dia yang kuno tu...bla bla bla ... dia ingat aku kuno macam dia? Bla bla bla..., bla bla bla, bla bla bla” lengkap budak gemuk 58kg bercerita keburukan suami dan keluarga suaminya terutama mak mertuanya. 

Budak gemuk 95 kg serabut. Serabut dengan masalah orang lain yang tak ada kena mengena dengan dia. Aura negatif yang dibawa oleh budak gemuk 58 kg itu hampir hampir mempengaruhi mood dia hari ini. 

Untuk mengelakkan aura negatif itu, budak gemuk 95 kg buat buat sakit perut dan minta diri ke toilet. 

Agak lama budak gemuk 95 kg meninggalkan mejanya. Budak gemuk 58 kg terjenguk jenguk kepalanya mencari budak gemuk 95 kg barangkali. Apabila ternampak je kelibat budak gemuk 95 kg, budak gemuk 58 kg terus bersuara. “Tadi ada call. Nak cakap dengan Cik Bunga boleh? “ ejek Suraya meniru si pemanggil panggilan Bunga tadi. ‘Oh siapa?’ Gomel Bunga perlahan tanpa memandang muka Suraya. 

Baru Suraya hendak membuka mulut dan menyambung ceritanya, “kejap kak Sue ye, saya nak buat panggilan jap” Bunga kembali semula ke mejanya dan tergesa gesa berkemas. “Kak, saya kuar dulu ye. Ada apoitment. Saya terus baliklah nanti” tanpa memandang Suraya, Bunga mengambil beg dan fail kerjanya dan terus beredar. “Babai Kak Sue ye, Assalamualaikum” 

Suraya memandang dengan hampa. ‘Alaa...boringnya’ gomelnya sendirian.

Dalam kereta Bunga hanya memegang stereng kereta. Dia tak ada apoitment pun. Anak buah dia yang telipon tadi. Saja main main telipon Maklong dia. Dia hanya nak keluar daripada aura negatif yang menyerabutkan fikirannya. ‘oklah, pergi rumah Kak Ciklah’ akhirnya Bunga membuat keputusan melepak dengan anak anak buahnya.

Dalam perjalanan yang memakan masa agak lama tu dia teringat tentang beberapa teguran kepada Suraya sebelum ini. Mula mula pasal panggilan nok. Memang betul dia tak suka. Nok? Apa tu? Dia benci dengan panggilan itu. Sampai satu tahap dia menangis kerana orang menyangka nama dia nok.

Rupanya apabila dia bertanya kepada sepupunya yang duduk di Kuala Lumpur, Lyla ketawa dan memberitahu bahawa panggilan nok tu biasa kat Kuala Lumpur. Kata dasarnya memanglah daripada perkataan yang lucah dan tidak senonoh. Selalunya kawan kawan pondan dia yang gunakan secara meluas panggilan nok tu. 

Tapi memang tak senonohlah. Tapi, oleh kerana ia perkataan yang biasa dituturkan ia menjadi biasa dan tidak menjadi janggal. 

Bunga tertekan. ‘Aku orang luar bandar jer. Aku orang kampung. Aku tak biasa dengan perkataan nok. Malah aku tak suka. Tolonglah paham’ Bunga mengetap bibir. Geram barangkali. Bukan dia tak pernah menegur Suraya supaya jangan memanggil panggilan itu lagi. Tak elok, tak senonoh dan siap bagi tazkirah panjang tentang memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak baik.

Suraya mengangguk dan bersetuju ‘baiklah’ namun seminit kemudian bertambah rancak dia menggunakan  panggilan nok tu. Dan setiap itu jugaklah bunga menegur, ‘Bunga Kak, Bunga’. Begitulah berulang ulang ibarat mencurah air ke daun keladi. Akhinya Bunga bosan. Dia menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Tambahan pula dengan isu berat badan yang menyentap hatinya.


...bersambung.........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...