Showing posts with label Budak gemuk. Show all posts
Showing posts with label Budak gemuk. Show all posts

Thursday, January 1, 2026

Air Panas Segera

 Adik aku bising sebab aku tak sambung lagi perkhidmatan filter air yang bayar 5-7 tahun lepas dah habis bayar bertahun tahun tu kalau nak servis kena bayar lagi. Ye aku faham, nak bayar perkhidmatan. Tapi aku decited tak nak pakai dah. Aku ganti dengan filter air lain, bezanya tak guna elektrik, makanya tak adalah air panas dan sejuk yang boleh kita minum terus. Jimat elektrikkan?

 Lepas dah buang filter air tu, ruang dapur pun lebih luas. Bayar sekali tu je, time nak tukar filter dalamnya, sekali je, dan murah. Jenama apa, entahler. Aku dah lupa, tapi daripada Korea.

Hati dan beban pun lebih ringan. Padahal bukan aku yang bayarpun. Hahahaha. Tapi keputusan kat tangan aku ler, sebab aku duk rumah mak. Lalaalaaalaa

Tambahan aku dah susun dah kebaikan dan keburukan. Bukan kosong. 

Nak buat air sejuk bukan susah. Letak banyak banyak botol dalam peti ais tu sejuklah. Puas minum. Bukan takat satu liter atau 2 liter je.

Air panas pun sama. Jeranglah. Susah sangat ke nak jerang air? Gas ada, semua ada. Hidup jangan nak mudah sangat. Dah terlebih mudah dah ni. Kang kalau kita cakap zaman mak mak kita dulu elok je sihat minum air paip, ada je jawapannya. Malas aku nak debat wei. Tu sebab aku dah siap senarai awal awal. Setakat nak gaduh pasal air panas segera yang dapat cuma 2 gelas besar tu je, hurmmm…. Tak apalah. Biarlah aku jerangkan. Akukan nak ghajin tahun ni. Huhuhu

Aku macam terpikirlahkan, mesti ada orang yang jerang air pun tak retikan?


Anak sulung

2026

2026, Sambut Aku Dengan Lebih Tenang

 Hujan masih turun lagi. Walaupun sekejap sekejap tapi lebat beserta dengan bunyi guruh yang tidaklah seberapa keras. Aku masih bertelekung menunggu waktu Asar kerana Zuhurku agak lewat sebentar tadi. Alang alang tu aku tunggulah terus selagi ada air wuduk. Aku duduk dalam gelap kerana hujan hujan begini begitu syiok aku menghabiskan hari baru 2026 dengan tidur. Aku juga sedang nak menghabiskan drama cina 40 episod yang telah aku tonton minggu sudah. Ralit pulak aku melayan. Ahhh… memanglah aku nak memulakan tahun 2026 dengan sesuatu yang baru, namun, biarlah aku menghabiskan drama yang aku tonton ni. Last, kata hatiku menipu lagi. Hahaha

Isi dan tajuk posting aku di wasap status pada hari ini, 1/1/26 adalah ‘2026, sambut aku dengan lebih tenang’ itu sahaja. Simple dengan font kecil di tengah tengah note comot berwarna putih. 

Dalam hati aku merayu rayu, tolonglah. Aku nak berubah. Aku tak nak miskin lagi. Aku nak bayar hutang hutang aku dan aku nak kurus. Tiga benda tu tahun ni aku nakkan kat dunia 2026. Berbeza dengan tahun lepas. Tahun lepas aku tiada sebarang matlamat. Aku hanya melalui hari hari dengan masa dan keadaan yang membuat keputusan untuk aku. Kalau ada ada, tak ada tak adalah. Lebih pada ‘lantaklah’, ‘biarlah’ ‘aku pasrah’. Aku harap tahun ini, aku yang membuat keputusan untuk diriku sendiri.

Boleh tak ni?

Aku berharap aku bukan penghalang untuk diriku sendiri yang selama ini, akulah itu. Malu nak mengakuinya, tapi sebuah kenyataan memang tak boleh berubah dah. 

So, stop menjadi malas dan bodoh. Senangkan? Apa yang kita fikirkan satu doa!

Cari redho bukan pasrah, cari pahala bukan dosa, cari jujur bukan ragu ragu, cari dirimu sendiri bukan elak dan biarkan! Kau boleh buat! Aku boleh buat.

Biarpun uban dah lebih banyak, kulit dah tak anjal, lutut dah sakit, jalan terus! Ok? Janji?

Doakan aku!

2026,

Aku cari aku

Tenang

Redho

.

Monday, March 22, 2021

Budak Gemuk (2)

 Pagi yang hening. Kurang sibuk. Barangkali PKPB baru bermula selepas berakhirnya PKP yang menyebabkan rakyat Malaysia gila sebentar.

Budak gemuk 58 kg tergesa gesa datang pagi itu. ‘Lambat Kak Sue pagi ni?’ Tanya budak gemuk 95 kg sekadar berbahasa basi. Akhirnya budak gemuk 95 kg murung satu hari kerana bertanyakan soalan itu. 

“Laki akulah. Aku gaduh dengan dia nokk! Aku baling henpon sampai pecah. Geram aku. Dahlah aku je yang kerja. Menyakitkan hati aku boleh. Tapi bila aku ungkit pasal mak dia yang kuno tu...bla bla bla ... dia ingat aku kuno macam dia? Bla bla bla..., bla bla bla, bla bla bla” lengkap budak gemuk 58kg bercerita keburukan suami dan keluarga suaminya terutama mak mertuanya. 

Budak gemuk 95 kg serabut. Serabut dengan masalah orang lain yang tak ada kena mengena dengan dia. Aura negatif yang dibawa oleh budak gemuk 58 kg itu hampir hampir mempengaruhi mood dia hari ini. 

Untuk mengelakkan aura negatif itu, budak gemuk 95 kg buat buat sakit perut dan minta diri ke toilet. 

Agak lama budak gemuk 95 kg meninggalkan mejanya. Budak gemuk 58 kg terjenguk jenguk kepalanya mencari budak gemuk 95 kg barangkali. Apabila ternampak je kelibat budak gemuk 95 kg, budak gemuk 58 kg terus bersuara. “Tadi ada call. Nak cakap dengan Cik Bunga boleh? “ ejek Suraya meniru si pemanggil panggilan Bunga tadi. ‘Oh siapa?’ Gomel Bunga perlahan tanpa memandang muka Suraya. 

Baru Suraya hendak membuka mulut dan menyambung ceritanya, “kejap kak Sue ye, saya nak buat panggilan jap” Bunga kembali semula ke mejanya dan tergesa gesa berkemas. “Kak, saya kuar dulu ye. Ada apoitment. Saya terus baliklah nanti” tanpa memandang Suraya, Bunga mengambil beg dan fail kerjanya dan terus beredar. “Babai Kak Sue ye, Assalamualaikum” 

Suraya memandang dengan hampa. ‘Alaa...boringnya’ gomelnya sendirian.

Dalam kereta Bunga hanya memegang stereng kereta. Dia tak ada apoitment pun. Anak buah dia yang telipon tadi. Saja main main telipon Maklong dia. Dia hanya nak keluar daripada aura negatif yang menyerabutkan fikirannya. ‘oklah, pergi rumah Kak Ciklah’ akhirnya Bunga membuat keputusan melepak dengan anak anak buahnya.

Dalam perjalanan yang memakan masa agak lama tu dia teringat tentang beberapa teguran kepada Suraya sebelum ini. Mula mula pasal panggilan nok. Memang betul dia tak suka. Nok? Apa tu? Dia benci dengan panggilan itu. Sampai satu tahap dia menangis kerana orang menyangka nama dia nok.

Rupanya apabila dia bertanya kepada sepupunya yang duduk di Kuala Lumpur, Lyla ketawa dan memberitahu bahawa panggilan nok tu biasa kat Kuala Lumpur. Kata dasarnya memanglah daripada perkataan yang lucah dan tidak senonoh. Selalunya kawan kawan pondan dia yang gunakan secara meluas panggilan nok tu. 

Tapi memang tak senonohlah. Tapi, oleh kerana ia perkataan yang biasa dituturkan ia menjadi biasa dan tidak menjadi janggal. 

Bunga tertekan. ‘Aku orang luar bandar jer. Aku orang kampung. Aku tak biasa dengan perkataan nok. Malah aku tak suka. Tolonglah paham’ Bunga mengetap bibir. Geram barangkali. Bukan dia tak pernah menegur Suraya supaya jangan memanggil panggilan itu lagi. Tak elok, tak senonoh dan siap bagi tazkirah panjang tentang memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak baik.

Suraya mengangguk dan bersetuju ‘baiklah’ namun seminit kemudian bertambah rancak dia menggunakan  panggilan nok tu. Dan setiap itu jugaklah bunga menegur, ‘Bunga Kak, Bunga’. Begitulah berulang ulang ibarat mencurah air ke daun keladi. Akhinya Bunga bosan. Dia menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Tambahan pula dengan isu berat badan yang menyentap hatinya.


...bersambung.........

Saturday, March 13, 2021

Budak Gemuk

Budak gemuk 58kg: wei nokk, aku DAH GEMUK. DAH GEMUK kau tahu!

‘Kau jangan nak beli apa apa aku tak nak makan, aku nak makan roti je!’ Katanya dengan riak muka yang penuh risau dan takut.


Budak gemuk 95kg memandang krik krik. Tak terkata mungkin. Terkejut barangkali. Akhirnya budak gemuk 95 kg tersenyum tawar. Senyap.


 11 pagi.

Budak gemuk 58 kg membeli roti kedai sebelah. ‘Makan nokkk, makan makan...’


Budak gemuk 95kg: Tak apalah kak, manislah kak, orang diet ni. Dah gemuk sangat ni. 


‘Haii nokkk, ko tak gemuklahhh. Ok jer aku tengok! Tak gemuk pun. Makan makan makan!’ Paksa budak gemuk 58kg sambil menolak segala jenis roti manis kepada budak gemuk 95kg. ‘Makan makan makan! Jangan tolak rezeki tak baik!. Petang kang aku belanja burger bakar dan cool blog!’


Budak gemuk 95kg memandang budak gemuk 58kg yang di panggil kakak itu tadi dengan sayu dan mendung, budak gemuk 58kg tadi langsung tidak memandang budak gemuk 95kg itu dan terus menyambung kerja di meja pejabatnya. 


Budak gemuk 95kg menolak makanan berupa roti roti manis itu ketepi, lalu dia menuju ke toilet. Dalam toilet dia menggosok dada dan menangis sedih. Bukan sekali budak gemuk 58kg tu sebegitu. Langsung tidak menjaga hati orang lain.


bersambung....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...