Showing posts with label aku dalam emosi. Show all posts
Showing posts with label aku dalam emosi. Show all posts

Thursday, July 9, 2026

Generasi Kita



Hari ini aku betul betul terkesan dengan kes pelajar sekolah yang ditikam berkali kali oleh rakannya sendiri.

Sampai sekarang aku masih terfikir fikir.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku dengan anak anak kita hari ini?

Dulu, kalau sebut masalah budak sekolah, kita bayangkan bergaduh, ponteng, kena rotan atau bergurau keterlaluan. Sekarang, berita yang kita baca semakin menakutkan. Senjata, keganasan, buli, tekanan emosi… semuanya macam makin menjadi jadi.

Ini baru satu kes yang kita tahu. Yang keluar dalam berita.

Yang tak keluar? Yang dipendam? Yang mangsa takut nak cerita? Yang ibu bapa tak pernah tahu? Mungkin jauh lebih banyak daripada yang kita sangka.

Kadang kadang aku tertanya, bila kali terakhir kita betul betul duduk dan dengar cerita anak anak tanpa pegang telefon? Bila kali terakhir kita tanya mereka, “Hari ni macam mana?” bukan sekadar, “Homework dah siap?”

Aku bukan nak salahkan ibu bapa. Bukan juga nak salahkan guru. Cabaran anak anak hari ini memang jauh berbeza daripada zaman kita. Mereka membesar dalam dunia yang penuh tekanan, media sosial, perbandingan, dan macam macam pengaruh yang kita sendiri susah nak kawal.

Sebab itu semua orang ada peranan. Ibu bapa, guru, saudara mara, jiran… kalau nampak ada anak yang berubah, jangan terus hukum. Tegur. Dengar. Ambil tahu. Kadang kadang, orang yang paling banyak ketawa itulah yang sebenarnya paling banyak memendam.

Aku sendiri ada ramai anak buah yang sedang membesar. Sebab itu aku risau. Aku cuma berharap mereka membesar dalam dunia yang masih ada rasa hormat, belas kasihan dan kasih sayang.

Semoga Allah pelihara anak anak kita semua. Semoga tiada lagi berita macam ni yang perlu kita baca.


Thursday, January 1, 2026

2026, Sambut Aku Dengan Lebih Tenang

 Hujan masih turun lagi. Walaupun sekejap sekejap tapi lebat beserta dengan bunyi guruh yang tidaklah seberapa keras. Aku masih bertelekung menunggu waktu Asar kerana Zuhurku agak lewat sebentar tadi. Alang alang tu aku tunggulah terus selagi ada air wuduk. Aku duduk dalam gelap kerana hujan hujan begini begitu syiok aku menghabiskan hari baru 2026 dengan tidur. Aku juga sedang nak menghabiskan drama cina 40 episod yang telah aku tonton minggu sudah. Ralit pulak aku melayan. Ahhh… memanglah aku nak memulakan tahun 2026 dengan sesuatu yang baru, namun, biarlah aku menghabiskan drama yang aku tonton ni. Last, kata hatiku menipu lagi. Hahaha

Isi dan tajuk posting aku di wasap status pada hari ini, 1/1/26 adalah ‘2026, sambut aku dengan lebih tenang’ itu sahaja. Simple dengan font kecil di tengah tengah note comot berwarna putih. 

Dalam hati aku merayu rayu, tolonglah. Aku nak berubah. Aku tak nak miskin lagi. Aku nak bayar hutang hutang aku dan aku nak kurus. Tiga benda tu tahun ni aku nakkan kat dunia 2026. Berbeza dengan tahun lepas. Tahun lepas aku tiada sebarang matlamat. Aku hanya melalui hari hari dengan masa dan keadaan yang membuat keputusan untuk aku. Kalau ada ada, tak ada tak adalah. Lebih pada ‘lantaklah’, ‘biarlah’ ‘aku pasrah’. Aku harap tahun ini, aku yang membuat keputusan untuk diriku sendiri.

Boleh tak ni?

Aku berharap aku bukan penghalang untuk diriku sendiri yang selama ini, akulah itu. Malu nak mengakuinya, tapi sebuah kenyataan memang tak boleh berubah dah. 

So, stop menjadi malas dan bodoh. Senangkan? Apa yang kita fikirkan satu doa!

Cari redho bukan pasrah, cari pahala bukan dosa, cari jujur bukan ragu ragu, cari dirimu sendiri bukan elak dan biarkan! Kau boleh buat! Aku boleh buat.

Biarpun uban dah lebih banyak, kulit dah tak anjal, lutut dah sakit, jalan terus! Ok? Janji?

Doakan aku!

2026,

Aku cari aku

Tenang

Redho

.

Sunday, July 4, 2021

PKP, Musim baru yang semakin menghampakan

 Sabar. Itulah perkataan yang kita akan berkata pada diri sendiri sekarang ni. Kerap. Lebih banyak daripada berkata sabar dengar orang lain. Kadang kadang dengan orang yang kita tak kenali di laman sosial.

Buntu. Itulah bila setiap masa kita berhadapan dengan dinding yang sama. Kosong. Bosan. Mungkin tidaklah rasa begitu kepada mereka yang ramai penghuni rumah. Tapi rasa terseksa jugalah jika kesemua penghuni rumah itu tiada gaji. Kesian. 

Gelandangan dan orang biasa. Kesian lagi orang biasa. B40. M40 dan T20. Orang biasalah tu. Gelandangan tu bagi aku orang luar biasa. Aku orang biasa. Gaji biasa biasa. Hanya kaya angan angan. Kaya angan angan pun tak boleh menjadikan aku seperti golongan gelandangan itu. Maksud aku, golongan gelandangan yang dah biasa tak makan berhari hari. Apapun sekarang ni dekat Malaysia rasanya ada saja bantuan untuk golongan gelandangan ini setiap hari. Setidak tidaknya perut mereka akan berisi sehari sekali dengan hidangan penuh dan mengenyangkan.

Itulah sebabnya kita di suruh melihat golongan yang lebih susah daripada kita untuk kita rasa bersyukur. 

Aku bersyukur. Tapi jiwa aku kosong. Perasaan aku hampa dengan diri aku sendiri. Oh! Aku yang tiada masalah depression ini pun rasa begini. Apatah lagi mereka yang sangat sangat struggle kehidupannya. 

Tak. Aku bukan tak berdoa. Aku bukan tak solat. Cuma aku dah lalai barangkali. Dengan ‘keasyikkan’ PKP ni. Perasaan aku pada sebuah kehidupan yang keluar dari suasa sama dan kaku. Perasaan yang bosan. Ini perasaan aku. Sudah tentu berbeza dengan perasaan orang orang diluar sana. Mungkin ada yang sama. Rindukan kesibukan dunia yang sementara ini. Rindukan pemandangan baru setiap hari. 

Itulah. Rindu ini dasyat. Sangat bahaya. Ia kadang kadang datang bawa bahagia. Ia kadang kadang datang bawa bencana. Patutlah manusia yang mahu keluar dari kebiasaan ini mereka sanggup lakukan apa sahaja. Terdesak.

Seperti peniaga yang mula mula berjinak jinak menjual makanan. Harap harapnya musim PKP ni dapatlah mengantikan pendapatan dan kesibukan yang hilang. Seminggu. Ramai orang call, WhatsApp nak oder makanan yang kau jual. Lepas tu. Seorang dua orang saja yang oder. Lepas tu langsung tak ada. Kau perlu merayu dan memaksa kawan kawan beli sedangkan mereka dah membelinya minggu sudah. Kau tertanya tanya masakan kau tak sedap kah? Atau harga yang terlalu mahal kah?

Kalau sungguh kecewa. Lalu kau hentikan promosi. Kerana kau penat. Kau sebenarnya tak putus asa. Tapi kau hampa. Kau tahu. Orang yang berniaga bertahun tahun pun belum tentu laku jualannya. Inikan pula kau yang baru berniaga sehari dua. Malulah! Iya! Kau tahu. Tapi kau bawa emosi kau dalam seluruh musim PKP ni. Kau heret perasaan itu sehingga ia tawar, kosong dan hampa. Kehidupan kau dah jauh terpesong. Kau tak tentu tidur. Kau tak tentu makan. Kau tak rajin. Kau jenis itu.

Kau bukan jenis manusia yang rajin. Kau bertambah pemalas. Perit. Tapi itu hakikat. Kau semakin tewas.

Musim PKP adalah musim baru didunia ini. Musim yang semakin dibenci. Musim yang menyimpan dendam amarah setiap penghuninya. Musim yang menghampakan. Ya, aku hampa. 

Aku menyalahkan PKP. Hahahahaha. Perkara paling lucu berlaku dalam hidup aku. Aku jenis memang tak menyalahkan orang lain. Tapi hati aku menjerit. Aku salahkan semua benda. Kerajaan. Masyarakat. Itu ini! Aku berubah. Aku semakin negatif. Sedangkan aku adalah orang yang sangat positif. Betullah tu. Aku hanyut dengan kebencian aku dengan musim PKP yang bangang ini. Aku jenis macam tu. Tahniah kepada yang lebih baik kehidupannya. Aku tak.

Aku stop dulu. Aku ingin tidur. 

Tuesday, October 23, 2018

Aku Tak Pernah Lupa Kau

Tiba tiba hariku yang ceria menjadi mendung. Dadaku sebak. Mataku berkaca. Sedikit sedikit menitis air mata tanda betapa aku sedih.

Suatu waktu dahulu aku bertekad untuk tidak membaca apa pun status di laman muka buku kau. Namun hari ini ia hadir dalam laluan laman muka bukuku. Kerana status kau aku jadik muram. Terkenang kisah lalu. Antara kau dan aku.

Kita yang sama sama pendam perasaan. Perasaan kau dan aku. Dari sekolah rendah lagi. Aduhai. Apabila aku imbau kenangan lalu melalui penulisan ini, air mataku jatuh lagi. Dadaku sebak dan sakit. Bagai di tumbuk tumbuk.

Sedangkan kisah kita tidak sehebat mana. Mungkin biasa biasa sahaja bagi orang lain. Walaupun begitu, ia sangat mendalam bagi aku. Dia ibarat cinta pertama aku. Kau tahu bagaimana penangan cinta pertama bukan?

Aku boleh katakan tak banyak, sedikit, kerana kau aku masih sendiri dari dulu sampai sekarang.  Hebat bukan? Kita tak pernah melafas apa apa. Kita tak pernah berjanji apa apa. Kita tak pernah minta saling menunggu. Buktinya kau, sudah berkahwin dan beranak pinak. Malah kau sudah dua kali berkahwin.

Aku? Aku tidak menunggu kau. Langsung tidak. Tapi entah kenapa, ia seakan akan menunggu kau. Buktinya aku pun bercinta dengan orang lain, aku berdating dengan orang lain, aku merancang berkahwin dengan orang lain. Tapi, semua itu hanya perancanganku. Aku pasti perancangan Allah lebih hebat untukku.

Aku pun tidak paham. Kenapa aku harus menangis membaca posting kau dalam laman muka bukuku? Aku fikir aku sudah melupakan kau. Namun sebenarnya aku silap. Aku tak pernah lupakan kau.

Oh, mungkin kau di landa masalah, sehingga kau terpaksa berkongsi masalah kau di laman muka buku kau. Kau sedang bersedih. Kau sedang diuji Allah dengan ujian yang maha hebat. Mungkin itu yang membuatkan aku sedih. Jika kau bahagia, aku mungkin akan bahagia juga. Betapa kuatnya perasan inikan?

Doaku agar kau akan bertindak bijak. Agar segala permasahalahan kau akan terlerai. Aku tahu kau kuat.

Kau sentiasa menjadi kenangan aku. Tapi aku tak pasti aku menjadi sebahagian dari kenangan kau. Seperti aku katakan dari awal tadi. Perasaan ini terpendam. Kau mungkin sudah lupakan aku. Tak mengapa. Kitakan tak pernah berjanji apa apa?

Mencintai tak semestinya memiliki. Ye, aku lama sedar itu. Biarlah kau menjadi kenangan aku sampai bila bila. Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu memandang kau dari jauh, walaupun hanya di laman muka bukumu.

Amboi amboi amboi amboi. Kan main jiwang berkarat lagi aku ni. Hahaha. Oklah. Aku stop dulu. Kat sini ajelah aku boleh luahkan segalanya. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca posting aku. Aku dah ok dah. 😅

Thursday, September 13, 2018

Kenapa malas nak pergi kerja?

Kau ada kerja tapi malas nak pergi kerja, malas nak buat sales tapi tiap bulan asyik cek maybank 2u kot kot gaji dah keluar. Kau bising gaji sikit padahal satu hapah sales pun ko tak buat!? Pastu sedih nak cari kerja lain.

Duduk rumah, makan tido tengok tv apatah lagi sekarang ni astro bagi free channels hbo dan korea kegemaran kau. Mula mula tengok tv makan kacang almond dan gajus, pastu lepas seminggu kuku tangan kau gigit sebab kat dapur beras pun tinggal habuk.

Kau dah beli kasut tapi tak pakai, biasa anai anai yang pakai. Sampai buruk, lunyai baru ko nak sedih padahal kau baru beli selipar baru. Dan kau sebenarnya suka pakai selipar bukan kasut tumit tinggi. Dan kasut tumit tinggi kau lebih banyak dari selipar.

Kau beli buku tapi tak pernah habis baca. Ada yang elok berhabuk tak bersentuh sampai hujung kulit buku bergulung sedikit. Pastu bila adik kau nak pinjam dan tak pulang pulang kau bising. 🙄

Kau dah rancang nak kuruskan badan untuk pergi berjogging, dan set jam nak bangun awal sebab kau akan bad mood kalau subuh kau lewat. Tetiba memang kau bangun subuh lewat dan kau bising kat mak kau kenapa tak kejut kau. Pastu bila kau berzikir kau tertidur sampai pukul 8 lima minit. Kau kecewa sangat. Dan itu alasan yang paling baik kenapa kau tak keluar jogging. Huh!



Pastu kau makan nasi lemak lauk rendang. Berat tu! Kau tak dengar kata coach kau yang kau bayar 90rm untuk satu kelas diet. Walaupun 90rm tu bukan 900rm, duit tetap duit. Bukan salah coach kau tapi salah kau sebab tak tahan tengok nasi lemak, roti canai 🤦🤦🤦 padan muka kau, berat kau dah nak 100kg padahal tinggi kau cuma 150cm. Dan ayat kau selalu begini. 'Aku hanya manusia biasa, tak tahan godaan...' 'Esoklah diet'  abah kau!!!!

Sebab itu kau masih bawah ketiak mak abah walhal kau nak separuh abad. Bila orang mengata kau sedih dan berdendam. Huihhh puiiiihhh!!!!

Monday, July 18, 2016

Bila Aku Tua Nanti


```Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain.```
```Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.```
```Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.```
```Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin.``````Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.```
``'Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.```
``Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI'..```

Renung2kanlah
 Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...a *Anakku...*

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin 'MENTUA'

😟 Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses 'MENUA'.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku..Anakku...*

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...Anakku...*

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku..*Anakku....*
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..



RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NANTI KITALAH EMAK/AYAH

Ingatan untuk saya, kalau Ada terpandang , sila tegur saya . Kadang-kala kita terlupa.

Tuesday, July 12, 2016

Mak



Satu hari nanti ALLaH akan ambil mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar betul2 talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,
Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

Sesiapa nak share, silakan share..
Meleleh2 air mata....

...alhamdulillah...mak ary ada lagi..

Monday, July 4, 2016

Biarlah Kita Tak Dikenali Manusia Cukuplah Allah Yang Mengenali Kita


Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. 
Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. 
Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. 
Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. 
Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah.
Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.
Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"
Mereka berkata:
"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."
Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,
Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.
Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,
Dalam tangisnya si isteri berkata,
"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!
Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. 
Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.
Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..

Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. 
Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;
"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."
Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;
"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."
Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;
"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. 
Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."
Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;
"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.
Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."
Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."
Subhanallah!


* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. 
Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. 
Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.

Friday, June 17, 2016

Dear...



Assalamualaikum...
Salam Ramadhan al mubarak.. Salam Jumaat yang penuh barokah. Salam dari ary yang dah lama nau tak updates...

Banyak yang ingin diperkatakan. Banyak yang ingin dinyatakan. Banyak yang ingin diceritakan. Banyak yang ingin dikongsikan. Tapi kerasnya jari ini sama kelunya lidah ini ingin  berkongsi cerita. Tak kisahlah ada yang ambil kisah atau ada yang tak kisah atau ada yang buat buat tak nampak atau 'apeke he...bukan hal aku ponnn'.

Yang sebenarnya semuanya atas kanvas yang kosong. Akhirnya ia kosong jua. Akhirnya... meniti waktu waktu yang telah ditentukan Allah ini menjadikan kanvas kehidupan kita berwarna warni. Warna itu bukanlah yang kita mahu. Kadang kadang kita tak terfikirpun nak warna itu. Warna itu juga yang mewarnai hari hari kita. Kadang kadang kita fikir nak warna merah. Dan kita fikir warna itu warna merah. rupa rupanya bukan warna merah. Nampak sama tapi lain. Lainnya sikit je, tapi namanya tetap berbeza. Tak sama. Buat macamana pun tak sama.

Ada ketikanya kita fikir kita betul. Orang lain tak betul. Yang peliknya terfikir tak kita, kalau kita betul, kenapa orang tak ikut kita? Tak setuju dengan kita? Yang sebenarnya kita tahu tapi kita buat buat tak tahu. Kita 'ignore' jer sebab...kita betul. Kita sangka. Yang sebenarnya ramai dok meluat ngan kita sebab malas nak layan. Kerana kita pastinya akan melantun balik - menengakkan pendapat yang kita sangka kita betul. walhal...takkk pun. Ada baiknya kita lebih rasional. Fikir matang. Jangan selalu follow 'en ego'. 'En ego' tu pun takkan berubah. Kita seharusnya 'ignore' jer dengan 'En ego' tu...dahlah selalu menyusahkan kita. #$%&$#%@


Ada baiknya kita berzikir waktu sekarang, esok atau akan datang. yang penting solat jangan tinggal. Buatlah apapun, solat jangan tinggal. Lepas solat jangan lupa berdoa, please...jangan sombong dengan Allah. Dahlah kita sombong dengan semua benda... uhuuuu... masaklah kita.. tak sedar kita...kita sombong dengan  kucing kita..kadang kadang. Tak percaya...cer ingat balik. Kita sombong dengan baju baju kita. Selalu. Tu yang dia tuntut nanti kat akhirat. Jaga jaga. Huh...banyak baju nak sedekah ni. Kalau nak sedekah tu...pastikan yang elok. Tak elok sedekahkan orang baju yang dah koyak koyak...sampai hati tau. Cuba kita...mesti sedih dapat baju koyak.

Semoga kita dapt pahala puasa yang sebenar benarnya...inshaAllah...

Friday, June 27, 2014

aku pun menangis....


assalamualaikum....
terpanggil nak luahkan sesuatu kat sini. tak tertahan rasanya. biarpun ramai orang dah meluahkan, memaki hamun...namun aku nak luahkan jugak. lantaklah.... (ko x kisah pun.. aku tahu..._

sebagai manusia biasa,aku rasa sedih ,aku rasa hiba,aku pun menangis juga
walhal aku pun belum kawin...

aku juga terkejut,menjerit dalam hati ,mengerutkan dahi dan simpati,betul2 hiba....
walhal aku x kenal pun sape dia

sedangkan kalu anak buahku pijak2 manja kucing dirumah pun aku menjerit marah
inikan pula kucing terbiar yg kadang2 aku x sanggup tengok sbb kesian sangat...

ehhh....perasaan apakah ini...setiap kali menangis teringatkan video yg aku tengok, gambar yg aku tatap?
aku sorang ke yg macam ni?

mujur bukan aku yg jumpa dia dlm keadaan begitu, jika tidak...dah meraung aku rasanya...

aku sedih sangat...x tahu,,,,sedihhhh rrrr......waaaaa..... ini bukan sedih main2...ini sedih betul2....


nak luah lagi...tapi tak terluah...mati idea....

Thursday, August 22, 2013

6 X sehari...


Rakyat Mesir berkata mereka solat 6 x sehari.. 1.Subuh 2.Zohor 3.Asar 4.Maghrib 5.Isyak dan 6.Jenazah..

ary:gambar pun sudah cukup menceritakan segala2nya....:(

Thursday, December 20, 2012

didera, terdera dan mendera

Assalamualaikum....

lama dah x menulis, diri yg memang x ada skill menulis ni bertambahlah tunggang langgang bahasa penulisan. tp ada hati nak jadik penulis lak tuh, cam Ramlee Awang Mursyid?~ceh! ahaahaa...^___^

saya nak berceloteh skit2. mengenai kitalah, manusia yang suka menghukum, menilai dan menghina sesama kita. salah satu deraan emosi yang sangat kejam. samaada kita yang kena atau kita yang mengenakan orang.

benda ni x habis2 berlaku dalam kehidupan kita setiap masa. kepada yg x pernah alami tu, bertuah dan bersyukurlah. sekurang2nya emosi anda tidak didera dan terdera.

bila emosi sudah terdera, sakitnya bukan main. kepada yang dah terbiasa tu, pasti dah lali dan kaku. x terasa apa2 lagi. kepada yang x tahan tu, mungkin bergaduh sakan kerana mempertahankan diri dari terus menerus didera. kepada yang lemah tu pulak, hanya air mata menjadi peneman. bagai awan mendung kat atas pale kita. apa lagi~lariklah! kita pasti ada salah satu daripada situasi itukan?

kepada yang mendera, amboi....! x habis2 mengganggu emosi manusia yang disangkanya kurang baik daripada dirinya, habis ditindas dengan deraan emosi yang hebat. hei, jgnlah membenci sseorang sehingga tenggelam kebaikannya. anda pun apa kurangnya. hanya dek kerana kekurangan yang sedikit itu kita terus-terusan menghukum orang tu gitu-gini, kita terus menilai mereka begitu-begini, kita terus menghina orang tanpa memperdulikan perasaan mereka~ why?

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugian (celaka) kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

kepada mereka2 yang mendera emosi orang ni...STOP! sudah2lah... bak kata prof muhaya, asal nak mengumpat orang jer, asal nak mengata org jer, ambik getah, pakaikan kat tangan kita, tarik2kan. biar merah, biar lebam. tampar mulut tu biar bengkak. (boleh ker?)

kepada yg rasa diri terdera tu walhal x pun, kadang2 kita TERASA lebih...walhal sesetengah tu hanya teguran membina, so, anggaplah positif. insya'Allah, kita akan lebih sihat dan lebih ceria. yg paling penting kita jgn mudah tersentap. sabar tu paling2 bagus!

kepada yang kena dera tu, terang2 di dera..sabarlah yer... SABAR! jgn berhenti bersabar dan berdoa. tak pelah kalau nak menangis tu, menangislah. tapi jgn berfikir ketika kita terlalu sedih dan marah. kita akan mudah di pengaruhi syaitan. mendorong kita buat perkara2 salah. serius betul. paling2 tidak pun rasa nak lari dari rumahlah, sembunyikan dirilah. uhhh! x elok tu.... pastu menyesal~ padan muka! kan dah malu!!

biarlah apa yg mereka nak hina pun. kita jugak yang  dapat pahala. anggap jer semuanya bagai angin yang lalu. menampar2 pipi kita.~boleh gitu? ^^

apapun hidup wajib terus. jgn berputus asa itu penting.

-alhamdulillah...kadang2 kenyang dengan cacian org....

Thursday, December 13, 2012

PERGI

doa
hampir aku lemah
tak percaya
namun
aku sedar
kejahilan membutakan mata

pergi
jauh-jauh syak wasangka
yang menyekat realitiku

pergi
jauh-jauh prasangka buruk
yang mencemar hari-hariku

pergi
jauh-jauh perasaan ego
yang membatas pergaulanku

pergi
jauh-jauh perasaan hasad
yang mengotor hatiku

tuhan
selangkah ku rapat padamu
seribu langkah kau rapat padaku


Saturday, June 23, 2012

Jangan menunggu.....




Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..

Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..

Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..

Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..

Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..

Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..

Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..

Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..

Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..

Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..

Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..

Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..♥


sumber gambar; national geografic




terima kasih rakan fb. nasihat ini utk diriki juga yg sgt lalai, lupa dan lemah....:'(

Thursday, October 13, 2011

Hanya kisah dongeng...


Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


huk...huk...huwaaaaaaaaaaaaa..........................................

Tuesday, October 4, 2011

Duhai Hati...


sakit kepala bila memikirkan tentang sesuatu itu. rimas dengan pandangan orang tentang sesuatu itu. rasa nak menangis pun ada. saya yang hanya manusia biasa ni pun ada hati dan perasaan. mengapa hati orang perlu kita jaga sedangkan hati sendiri kita biarkan sepi tanpa teman..?

sabarlah hati...saya mendodoi hati.. saya selalu menyedapkan hati saya dengan janji yang pelbagai. saya selalu mengalunkan lagu-lagu Allah dan berharap agar hati saya tak panjang rajuknya. mungkin hati saya sudah biasa. atau mungkin hati saya sangat cekal. tapi saya dapat rasakan hati saya takkan termakan dek janji-janji manis saya, kerana hati saya sangat maklum yang janji itu cuma janji... hati saya hanya sejuk jika saya tidak mengabaikan solat, tidak  lupa berzikir setiap waktu, dimana-mana saja. sedang memandu, sedang membasuh pinggan atau sedang duduk termenung diserambi rumah.

sesetengah orang tidak faham mengapa sesuatu keadaan itu berlaku. sesetengahnya faham tapi buat-buat tak faham. ada juga yang memang faham tapi sengaja tak mahu faham kerana rasa selamat. rasa selamat kerana ada orang lain lebih teruk dari mereka. dan kalu boleh, mereka mahu lihat biarlah masalah itu berterusan.

akhirnya saya pasrah dan saya berterima kasih pada orang yang telah melukakan hati saya kerana dia telah membuat hati saya bertambah kuat. saya juga berterima kasih pada orang yang telah membohongi saya kerana dia membuat hidup saya makin bijaksana. saya pun berterima kasih pada orang yang telah membenci saya kerana dia telah mengasah ketegaran hati saya. dan terima kasih saya ucapkan pada orang yang telah menyayangi saya kerana itulah anugerah terindah dalam hidup saya.

Wednesday, September 28, 2011

Air Mata! Kau Penuh Misteri...

copy paste dari kiriman email...


7 kebaikan air mata yang menangis


1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan


Semua orang ingin merasa demikian.Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu..Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Sunday, September 25, 2011

Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...

bila masuk je blog Nur Kasih nikan, mula2 skali akan keluar ayat kat ataskan...

'Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...'

mmm...ada kata saya ni jiwang sgtlah..mcm2lah...
sebenarnya ia adalah sepotong ayat dari lirik lagu nyanyian kumpulan nasyid MESTICA
tajuknya DESTINASI CINTA.
sesiapa pengemar nasyid tu, mereka tahulah.
sesiapa yang tak tahu tu, jom kita dengar. best tau... >_<



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…


*saya suka sgt lagu ni sbb ia seakan2 mengambarkan perasaan saya,walaupun ketika ini...

Tuesday, September 20, 2011

jeritan remaja Palestina mengusik-usik tangkai hatiku...

entah mengapa, hati saya tiba2 terusik hari ini. berjalan2 merentasi alam maya ini, hampir terlupa anak2 Gaza Palestina yang tiba2 ingin saya lihat video mereka di  laman youtube... hasilnya, air mata saya tumpah jua apabila menonton video2 yg menyedihkan...ini salah satu video yg saya tonton...


kita pun sedih juga...mereka?

Friday, September 16, 2011

Tanpa Komunikasi, Tiada Kolaborasi

saya pernah membaca mengenai komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah. 

pada pandangan saya,saya memahami tentang apabila tanpa komunikasi akan tiadalah kolaborasi atau kerjasama.

maksud yang paling2 mudah ialah, tanpa komunikasi, tidak akan terjalin sebarang bentuk perhubungan. tak kiralah apa jua jenis perhubungan.

tanpa komunikasi, perhubungan yang sedia terjalin juga akan mudah menjadi renggang, tawar dan sepi, juga mudah rapuh, mudah retak dan bila2 akan putus.

tanpa komunikasi bermaksa sunyi sepi

ia tawar. ibarat tiada garam dalam masakan. tiada gula dalam air

sebenarnya...saya cuba untuk menyampaikan sesuatu, agar dapat difahami.

perkara ini selalu bermain dalam fikiran saya.

dan saya....begitu sukar untuk menterjemahkan apa yang saya rasa sekarang. 

dan sabar adalah cara terbaik untuk semua jalan keluar...sabau jerlah....

*mengadu pada Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...