Monday, September 12, 2011

waktu MAGHRIB tutuplah pintu....


[gambar di perolehi dari kiriman email...]

adoi...betol ke atau.....


tapi betul atau tidak, ingatlah, menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila  hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.

Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)(sumber)

2 comments:

SyasyaHaha said...

salam, sy nk tny, sy xphm dgn statement ni.. " Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah."..mean slepas waktu magrib ke sbhgn mlm tu? plis emel me kat syakila_hanim@yahoo.com bleh.? thanks alot ye...n nice entry bdw:)

sabree hussin said...

gambar macm tak real, sebabnya makhluk halus ni tak boleh dirakam pakai kamera buatan manusia.. tapi apa yang penting adalah msej disebalik pesanan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...