Tuesday, March 16, 2021

#bersyukur

Aku seringkali mengeluh tanpa aku sedar. ‘Alahai, gaji tak cukuplah bulan ni’ ‘banyak nak bayar ni’ ‘kena bagi mak,ayah banyak ni. Berapa je yang tinggal’


Ye, aku mengaku tak baik, tak elok. Tapi benda tu keluar tanpa sedar. Kalau aku cakap kuat kuat dan adik aku dengar, bolehlah dia tegur, ‘BERSYUKUR!’

Allahuakhbar!!! Aku leka! Aku terlupa yang aku wajib bersyukur walau banyak mana pun yang aku ada, walau banyak mana pun yang aku dapat. Bukan kah Allah dah kata, ‘jika kau bersyukur aku tambah nikmat!’ Maafkan aku Ya Allah!

Pengajaran kat sini;

1. Kita kena saling ingat mengingati
Tak kisahlah sesiapapun mereka, adik kau ke, kawan kau ke, jiran kau ke, musuh kau ke. Tak payahlah nak ego sangat konon kau benci kat musuh kau. Kalau ada benda yang baik tu, ambik. Ibarat benda tu jarum emas dalam jerami padi. Kau pun tak payah nak ego sangat (aku ulang). Dunia nak kiamat tak lama lagi. Dah bersediakah kau. Kau tu akulah. 

2. Kita kena bergaul dengan orang orang yang baik untuk mengingati kita selalu
Kalau kau tak kuat nak bergaul dengan orang orang yang kurang baik sikit daripada kau, baik jauhkan diri sebab kau akan mudah terpengaruh. Konon tabah, tak mudah. Huh, nak badboy alahai, sekali kau hanyut. Trust me. Memang orang yang kurang baik daripada kau lebih segala galanyanya daripada kau. Kau kalau ada kesabaran lebih banyak daripada mereka not badlah kan. Kalau ko tak paham apa yang aku merepek ni sukati kaulah.aku luah untuk aku. Aku yang selalu lupa. Aku yang selalu macam tu. 

3. Kau kena paham dan hadam yang Allahlah penentu segalanya dengan izinnya. 
Sebab tu selepas hujan pasti ada pelangi,lepas hujan pasti tanaman subur. Lepas tsunami pasti ada sinar yang lebih baik daripada sebelumnya. 
Kau kena ingat bahawa sesuatu tu berlaku mesti bersebab. Aku pernah rasa down sangat sangat sebab beberapa benda tak sepatutnya berlaku dalam hidup aku di sekeliling aku. Pastu aku tertanya tanya. ‘Kenapa, kenapa, kenapa????’ Sebenarnya kau memang nak kena! Kenapa kau perlu tanya kenapa? Kenapa kau tanya kenapa pulak? Kalau kau senang hidup kau mudah, tak pulak kau persoalkan kenapa hidup kau mudah. Kau lupa daratan, bersukur jarang sekali. See? Betul tak aku cakap? Kau kena bertenang dan bersyukur bahawa segala yang berlaku dengan izin Allah. Aku malas nak terangkan lagi sebab jauh disudut hati kau tuuu,kau memang dah paham. So, apply, proceed!

Dahlah. Nanti cite lain. Bai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...