Friday, March 19, 2021

Jangan gemuk

Aku belum sambung lagi cerita Budak gemuk yang aku tulis berdasarkan kisah benar. 

Tajuk kali ini mengundang tak? Hahahaha. Aku sebagai orang gemuk saja nak ingatkan kepada korang yang belum gemuk atau onthe way ke arah kegemukkan kembalilah kepangkal jalan. Kayuh laju laju sikit. Balik balik!! Jangan hanyut. Nak kurus balik punyalah susah beb. Melainkan ko memang ada penyakit yang mengebabkan ko gemuk tu tak termasuklah. Asal sihat okeylah tu.

Yang macam aku ni, wajiblah insof... merana zahir dan batin. Kalau kau dah terlajak gemuk ( macam aku ) belum terlambat agaknya nak kurus. Tapi...ya ampunnn...sangatlah susahnya. Tapi boleh. Gunalah macam macam cara asalkan cara yang tak bahaya.

Aku? Dah cuba macam macam cara. Macam macam kaedah. Bedah usus je belum. Kalau ko bagi aku orang gemuk, kompom aku boleh kuruskan orang gemuk tu. tapi kena ikutlah cakap aku. Kalau degil stail aku...hancurlah beb. 

Susah tahu nak kurus tanpa displin. Tak salah aku katakan ubat ubat kurus kat luar sana tak berkesan tanpa disiplin yang ketat. Ko boleh makan apa sahaja tanpa berlapar dengan minum itu ini??? Ko boleh kempiskan perut dengan makan pil tanpa perlu tahan apa sahaja yang kita nak makan? Lemak boleh cair dengan sapuan krim ini? Itu semua BOHONG BOHONG BOHONG!!! 

Ada tu pulak tanpa senaman ko boleh kurus?! TIDAK BENAR SAMA SEKALI! Bolehlah, ko tahan makan tak payah bersenam,,, boleh. Tapi kau akan jadik mak lampir yang akhirnya ke hospital bahagia. Ko akan sakit. Ko akan kekurangan zat. Kau akan jadi cam budak miskin somalia yang tak makan tu. padahal ko kaya. Ehhhh. Macam macamlah cara nak kurus tanpa disiplin ada kat seluruh dunia ni. Jangan TERPEDAYA!

Kalau ko nak makan ubat kurus tu semua boleh, tapi sekali dengan DISIPLIN yang ketat. Tanpa itu, kau jadi hantu. Aku dah rasa dah. Aku pernah turun naik. Tak konsisten. Akhirnya makin gemuk. Sebenarnya untuk kurus kita perlukan keazaman, disiplin dan konsisten. Tu pun dah cukup. Yang lain lain akan datang sendiri. Dan aku, masih bergelut. (Nangis). Doakan aku guys...


Dahlah. Nanti sambung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...