saya ingin berkongsi rasa. tentang perkahwinan. walaupun ramai yg bertanya pada saya, lagi, lagi dan lagi. jawapan saya pada entry sebelum ini.-kenapa lambat kahwin?-
kadang-kadang jawapan saya disertai dengan keluhan. walaupun tak baik begitu, saya mengeluh juga. saya cuma insan biasa yang serba kekurangan. serius......
sebagai seorang perempuan, sudah semestinya saya berpihak pada perempuan juga.perempuan bukan tulisan braille yg perlu disentuh utk mengenalinya. juga bukan seperti ikan yang boleh dipancing-pancing. bukan juga seperti patung yang dibuat perhiasan...
ramai yang bertanya pula pada saya 'siapa yang kau cari?' 'jenis lelaki bagaimana yang kau mahukan?' dan macam-macam soalan yang serupa itu sering ditanya. jawapan saya pelbagai juga.
saya mahukan seorang yang kaya raya! hahaha... eh...ialah..kaya iman,takwa,akhlak...salahkah saya mahu lelaki 'kaya'? tidakkan.... sebagaimana lelaki mahu perempuan cantik... samalah...
siapa yang saya cari ialah yang boleh mengisi kekurangan diri saya...wah..wah..wah..banyak tuu... saya tak berharta, dia mesti berharta, saya tak cantik, dia mesti hansomelah! saya tak berapa pandai, dia mesti bijak! saya sekolah takat spm, dia harus PHD!! saya hanya ada sebuah basikal dia wajiblah BMW ker... saya hanya menumpang dirumah keluarga, dia kenalah sediakan banglo 3 tingkat untuk saya!!
mmm....tak boleh...tak boleh... mana boleh! hahaha.. gurau... andai ada...alhamdulillah!
siapa yang saya cari? saya cari yang menasihati saya, bukan saya menasihati dia...amboi! sebabnya dah penat dah. asyik nasihat orang sana..orang sini..bla..bla..bla... nak cari pula yang nasihatkan kita.mmm... parahlah cam tu... eh...ni bukan yg saya cari....kalau dapat ok gaklah..
berdasarkan pengalaman rakan taulan, tidak semua yang kita impikan akan kita dapat. mereka mencari yang tidak menghisap rokok, dapat pula perokok tegar, mereka impikan wajah hansome cam aaron aziz, dapat pula cam mamat sepah..kira oklah tuuu...
mereka mahukan pilot dapat pula pemandu teksi. mereka nakkan yang pandai masak dan pandai mengemas rumah...jenis malaslah ni... dapat pula yang cerewet giler..huhuhu..nak yang bujang, dapat pula laki orang. mereka inginkan usia yang tak terlalu muda dan tak terlalu tua...mmm..alih-alih dapat yang muda,muda sangatlah..yang tua..tua sangatlah..pulak...huu..sampai bila nak habis da...sabau jerlah...eh...ini bukan yang saya cari..tumpang laluu...
sedikit nasihat...Sabda Nabi S.A.W “ Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin."
"Jika ia memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” ( Riwayat Muslim )
sambung...siapa yang saya cari? lelaki ini yang saya cari...Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat. ~ Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)
saya SETUJU!!-macam ramai je kat luar sanun??!! takkanlah.....lalalalala...
sebelum itu, suka saya nak selingkan dengan kata2 ini dari sahabat fb saya...
Jika Kau Tak Dapat Menjadi Meranti Di Puncak Bukit
Jadilah Aur Di Lembah
Tapi Jadilah Aur Yang Teragung Di Sisi Bukit
Jika Kau Tak Dapat Menjadi Bulan
Jadilah Bintang
Tapi Jadilah Bintang Yang Paling Bercahaya Sinarnya
Jika Kau Tak Dapat Menjadi Haruan
Jadilah Sepat
Tapi Jadilah Sepat Yang Terlincah Di Dalam Paya
Bukan Mengikut Besar Atau Kecil
Bukan Jua Mengikut Kaya Atau Miskin
Kau Kalah Atau Menang, Berjaya Atau Tidak
'Ala Kulli Haal' Jadilah Dirimu Yang Terbaik..
terbaik.....
finally..siapa yang saya cari...hanyalah seorang yang ada 3 syarat jer... satu, tak tinggal solat, dua, tak tinggal solat dan tiga, tak tinggal solat...huhuhu.... jgn pula ditanya kenapa 3 tak 5? solatkan ada 5 waktu sehari semalam...? ok.. bila saya letak 5 nanti, ada pula yang tanya..'solat jumaat?' dan byk lagi yang tanya gitu gini..adehh..poning pale..!
(Riwayat Ahmad,Tirmizi,Hakim dan Baihaqi)
itu je ke syaratnya? itu jelah....Insya'Allah...
panjang sungguh berceloteh saya ni...sekali kena sepuk ngan nenek... 'kau ni banyak pulak bunyi eh..kawin jelah!! umur dah berapa ..bla..bla..bla..bla...' adehhh!!!.....
*katakan TIDAK pada suami orang!
*dan entry ini bukan untuk mempromote diri!
6 comments:
tq...:)
suka baca ni :)
kite copy awk punya..arap ta kesah ye,if do lemme know yeah..nice entry ni :)
http://tehfatihah.blogspot.com/2011/09/siapa-yang-kau-cari.html
dengan senang hati dik..
wah...bez2...suke bace entry ary...leh singgah slalu ni..neway saje nak tinggal jejak kt sni...jgn lupe singgah kite lak nnt??hehehe
tq c budak kacak... insya'Allah...
Post a Comment