Sunday, July 4, 2021

PKP, Musim baru yang semakin menghampakan

 Sabar. Itulah perkataan yang kita akan berkata pada diri sendiri sekarang ni. Kerap. Lebih banyak daripada berkata sabar dengar orang lain. Kadang kadang dengan orang yang kita tak kenali di laman sosial.

Buntu. Itulah bila setiap masa kita berhadapan dengan dinding yang sama. Kosong. Bosan. Mungkin tidaklah rasa begitu kepada mereka yang ramai penghuni rumah. Tapi rasa terseksa jugalah jika kesemua penghuni rumah itu tiada gaji. Kesian. 

Gelandangan dan orang biasa. Kesian lagi orang biasa. B40. M40 dan T20. Orang biasalah tu. Gelandangan tu bagi aku orang luar biasa. Aku orang biasa. Gaji biasa biasa. Hanya kaya angan angan. Kaya angan angan pun tak boleh menjadikan aku seperti golongan gelandangan itu. Maksud aku, golongan gelandangan yang dah biasa tak makan berhari hari. Apapun sekarang ni dekat Malaysia rasanya ada saja bantuan untuk golongan gelandangan ini setiap hari. Setidak tidaknya perut mereka akan berisi sehari sekali dengan hidangan penuh dan mengenyangkan.

Itulah sebabnya kita di suruh melihat golongan yang lebih susah daripada kita untuk kita rasa bersyukur. 

Aku bersyukur. Tapi jiwa aku kosong. Perasaan aku hampa dengan diri aku sendiri. Oh! Aku yang tiada masalah depression ini pun rasa begini. Apatah lagi mereka yang sangat sangat struggle kehidupannya. 

Tak. Aku bukan tak berdoa. Aku bukan tak solat. Cuma aku dah lalai barangkali. Dengan ‘keasyikkan’ PKP ni. Perasaan aku pada sebuah kehidupan yang keluar dari suasa sama dan kaku. Perasaan yang bosan. Ini perasaan aku. Sudah tentu berbeza dengan perasaan orang orang diluar sana. Mungkin ada yang sama. Rindukan kesibukan dunia yang sementara ini. Rindukan pemandangan baru setiap hari. 

Itulah. Rindu ini dasyat. Sangat bahaya. Ia kadang kadang datang bawa bahagia. Ia kadang kadang datang bawa bencana. Patutlah manusia yang mahu keluar dari kebiasaan ini mereka sanggup lakukan apa sahaja. Terdesak.

Seperti peniaga yang mula mula berjinak jinak menjual makanan. Harap harapnya musim PKP ni dapatlah mengantikan pendapatan dan kesibukan yang hilang. Seminggu. Ramai orang call, WhatsApp nak oder makanan yang kau jual. Lepas tu. Seorang dua orang saja yang oder. Lepas tu langsung tak ada. Kau perlu merayu dan memaksa kawan kawan beli sedangkan mereka dah membelinya minggu sudah. Kau tertanya tanya masakan kau tak sedap kah? Atau harga yang terlalu mahal kah?

Kalau sungguh kecewa. Lalu kau hentikan promosi. Kerana kau penat. Kau sebenarnya tak putus asa. Tapi kau hampa. Kau tahu. Orang yang berniaga bertahun tahun pun belum tentu laku jualannya. Inikan pula kau yang baru berniaga sehari dua. Malulah! Iya! Kau tahu. Tapi kau bawa emosi kau dalam seluruh musim PKP ni. Kau heret perasaan itu sehingga ia tawar, kosong dan hampa. Kehidupan kau dah jauh terpesong. Kau tak tentu tidur. Kau tak tentu makan. Kau tak rajin. Kau jenis itu.

Kau bukan jenis manusia yang rajin. Kau bertambah pemalas. Perit. Tapi itu hakikat. Kau semakin tewas.

Musim PKP adalah musim baru didunia ini. Musim yang semakin dibenci. Musim yang menyimpan dendam amarah setiap penghuninya. Musim yang menghampakan. Ya, aku hampa. 

Aku menyalahkan PKP. Hahahahaha. Perkara paling lucu berlaku dalam hidup aku. Aku jenis memang tak menyalahkan orang lain. Tapi hati aku menjerit. Aku salahkan semua benda. Kerajaan. Masyarakat. Itu ini! Aku berubah. Aku semakin negatif. Sedangkan aku adalah orang yang sangat positif. Betullah tu. Aku hanyut dengan kebencian aku dengan musim PKP yang bangang ini. Aku jenis macam tu. Tahniah kepada yang lebih baik kehidupannya. Aku tak.

Aku stop dulu. Aku ingin tidur. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...