tag:blogger.com,1999:blog-79866336056900380592024-03-16T09:09:24.030+08:00Nur Kasih ~Kasih n Kasihan Itu Milik Allah~Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.comBlogger323125tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-87936585656794294152021-07-04T22:49:00.007+08:002021-07-04T22:55:51.214+08:00PKP, Musim baru yang semakin menghampakan
Sabar. Itulah perkataan yang kita akan berkata pada diri sendiri sekarang ni. Kerap. Lebih banyak daripada berkata sabar dengar orang lain. Kadang kadang dengan orang yang kita tak kenali di laman sosial.

Buntu. Itulah bila setiap masa kita berhadapan dengan dinding yang sama. Kosong. Bosan. Mungkin tidaklah rasa begitu kepada mereka yang ramai penghuni rumah. Tapi rasa terseksa jugalah jika kesemua penghuni rumah itu tiada gaji. Kesian.

Gelandangan dan orang biasa. Kesian lagi orang biasa. B40. M40 dan T20. Orang biasalah tu. Gelandangan tu bagi aku orang luar biasa. Aku orang biasa. Gaji biasa biasa. Hanya kaya angan angan. Kaya angan angan pun tak boleh menjadikan aku seperti golongan gelandangan itu. Maksud aku, golongan gelandangan yang dah biasa tak makan berhari hari. Apapun sekarang ni dekat Malaysia rasanya ada saja bantuan untuk golongan gelandangan ini setiap hari. Setidak tidaknya perut mereka akan berisi sehari sekali dengan hidangan penuh dan mengenyangkan.

Itulah sebabnya kita di suruh melihat golongan yang lebih susah daripada kita untuk kita rasa bersyukur.

Aku bersyukur. Tapi jiwa aku kosong. Perasaan aku hampa dengan diri aku sendiri. Oh! Aku yang tiada masalah depression ini pun rasa begini. Apatah lagi mereka yang sangat sangat struggle kehidupannya.

Tak. Aku bukan tak berdoa. Aku bukan tak solat. Cuma aku dah lalai barangkali. Dengan ‘keasyikkan’ PKP ni. Perasaan aku pada sebuah kehidupan yang keluar dari suasa sama dan kaku. Perasaan yang bosan. Ini perasaan aku. Sudah tentu berbeza dengan perasaan orang orang diluar sana. Mungkin ada yang sama. Rindukan kesibukan dunia yang sementara ini. Rindukan pemandangan baru setiap hari.

Itulah. Rindu ini dasyat. Sangat bahaya. Ia kadang kadang datang bawa bahagia. Ia kadang kadang datang bawa bencana. Patutlah manusia yang mahu keluar dari kebiasaan ini mereka sanggup lakukan apa sahaja. Terdesak.

Seperti peniaga yang mula mula berjinak jinak menjual makanan. Harap harapnya musim PKP ni dapatlah mengantikan pendapatan dan kesibukan yang hilang. Seminggu. Ramai orang call, WhatsApp nak oder makanan yang kau jual. Lepas tu. Seorang dua orang saja yang oder. Lepas tu langsung tak ada. Kau perlu merayu dan memaksa kawan kawan beli sedangkan mereka dah membelinya minggu sudah. Kau tertanya tanya masakan kau tak sedap kah? Atau harga yang terlalu mahal kah?

Kalau sungguh kecewa. Lalu kau hentikan promosi. Kerana kau penat. Kau sebenarnya tak putus asa. Tapi kau hampa. Kau tahu. Orang yang berniaga bertahun tahun pun belum tentu laku jualannya. Inikan pula kau yang baru berniaga sehari dua. Malulah! Iya! Kau tahu. Tapi kau bawa emosi kau dalam seluruh musim PKP ni. Kau heret perasaan itu sehingga ia tawar, kosong dan hampa. Kehidupan kau dah jauh terpesong. Kau tak tentu tidur. Kau tak tentu makan. Kau tak rajin. Kau jenis itu.

Kau bukan jenis manusia yang rajin. Kau bertambah pemalas. Perit. Tapi itu hakikat. Kau semakin tewas.

Musim PKP adalah musim baru didunia ini. Musim yang semakin dibenci. Musim yang menyimpan dendam amarah setiap penghuninya. Musim yang menghampakan. Ya, aku hampa.

Aku menyalahkan PKP. Hahahahaha. Perkara paling lucu berlaku dalam hidup aku. Aku jenis memang tak menyalahkan orang lain. Tapi hati aku menjerit. Aku salahkan semua benda. Kerajaan. Masyarakat. Itu ini! Aku berubah. Aku semakin negatif. Sedangkan aku adalah orang yang sangat positif. Betullah tu. Aku hanyut dengan kebencian aku dengan musim PKP yang bangang ini. Aku jenis macam tu. Tahniah kepada yang lebih baik kehidupannya. Aku tak.

Aku stop dulu. Aku ingin tidur.
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-49008215850825408372021-04-17T14:42:00.003+08:002021-04-17T14:43:03.463+08:00Taubat Banduan Akhir
Aku suka cerita cerita yang memberi kesan dalam hati aku. Aku tahu, ramai dah baca cerita ini sedari dulu lagi. Aku pun. Namun aku terbaca lagi kisah ni hari ni. Pun masih memberi kesan dalam hati aku ni. Jadi aku simpan cerita ni kat blog akulah. Okey👌🏻

gambar dari google

Tazkirah : "Taubat Banduan Akhir" by Ustaz Wadi Annuar .

Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.

-ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".

-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim.

-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.

-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.

-nama biliknya "Sel akhir".

-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."

-ianya mesti prosedurnya begitu.

-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.

-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.

-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.

-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².

-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.

-sentiasa membaca Al-Quran.

-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.

"Saya banyak dosa ustaz"

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".

-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.

-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.

-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.

-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.

-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².

-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.

-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.

-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.

-sbb dia tau untuk bertaubat bila.

-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.

-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.

-tak tau bila nak mati.

-maka baduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.

"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".

-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.

-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .

-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.

-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.

-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.

-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.

-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.

-itu Rahsia Allah.

-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.

-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.

-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.

-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?

-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;

"Maafkan ayah...Maafkan ayah".

-bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.

-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.

-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.

Wallahua'lam.

Ustaz Elyas Ismail pernah cerita dalam kuliah dia, dia pernah tanya warden penjara ‘bagaimana keadaan mayat banduan akhir selepas digantung?’ Jawapan yang diperoleh agak mengejutkan. ‘Kebanyakan mayat mereka nampak “cantik”.

Sumber ; ig jom_dakwah
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-36796915680428533682021-04-15T18:04:00.000+08:002021-04-15T18:04:02.695+08:00Ramadan Kareem

Semoga kita semua diberkati dan puasa kita diterima di sisi Allah swt. InshaAllah... aminn...

Saya ingin memohon maaf andai sepanjang wujudnya blog saya yang tak seberapa ini mengganggu sahabat semua. Semoga kita sentiasa dalam perhatian dan perlindunganNya.

#iloveramadan
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-57567884660022495122021-04-08T15:01:00.003+08:002021-04-08T15:05:27.692+08:00Darah bekam ni bagi tikus makan, tikus pun boleh mati

Sumber gambar ; En Google

Minggu lepas (17 Sya’aban) hari Rabu, aku berbekam. Aku cuma ambik gambar ni jer kat google. Lain lain atas pengetahuan aku yang sikit sikit ni. Harap maklumlah kalau fakta tak tepat atau salah. Tolong betulkan sesiapa yang tahu.

Aku berbekam dengan mak dan adik perempuan aku. Aku ni memanglah suka sangat berbekam. Lagipun bekam ni sunah Nabikan. Walaupun kepala aku kena cukur, lantak ler. Yang penting aku sihat. Aa ha, sekarang ni dah ada mesin sedut darah kat kepala tanpa bercukur. Namun aku pilih bercukur jugaklah sebab macam tak yakin dengan mesin tu. 😂😂😂. Cuma kalau kena toreh ngan pisau belit tu kesan torehan tu berbekaslah sampai sekarang. Tak apalah. Redho.

Tarikh yang sangat digalakkan untuk berbekam adalah 17hb, 19hb dan 21hb tiap tiap bulan Islam tau. Hari rabu adalah hari yang tidak digalakkan untuk berbekam. Walaubagaimanapun, jika tarikh yang bagus berbekam tu jatuh pada hari rabu, kita utamakan tarikh yang sunah tulah. Itu kata ustaz tempat aku berbekam.

Digalakkan berbekam pada waktu pagi sebelum tengari. Kalau boleh 1-2 jam tu perut kena kosong. Sebab kenapa tarikh dan waktu penting, adalah kerana pada waktu inilah darah yang kotor keluar dengan banyak dan penyakit boleh hilang. Namun boleh jer hari biasa. Dikatakan darah bekam yang keluar tu, jika kita bagi tikus makan, tikus pun boleh mati.

Aku bekam satu badan termasuklah muka. Tapak tangan dan tapak kaki adalah tempat yang dilarang berbekam. Nanti darah mengalir tanpa henti. Ada 12 titik bekam yang sunat dibuat. Antaranya 2 titik atas kepala, bahu belakang dan kaki. Kepala adalah yang paling penting. Mesti buat kepala.

Aku paksa mak ngan adik aku buat. Sebenarnya lebih kepada suruh teman. Hahaha. Jenis tak boleh nak pergi sorang sorang. Ramai tanya ngan aku, sakit tak? Jawapan aku, takkk sakitt pun. Masa dia toreh tu macam kena cakar kucing jer. Lepas tu ok. Pastu diorang tak tanya dah. Padahal masa dia sedut darah tu, memanglahkan, nyut nyut sakitnya. Lagi lagi kena tang tempat lembut macam kat perut ke. Huhuhu. Sakit jugaklah. Tapi, sakit time tu jer. Pastu dah ok. Alahai, beranak lagi sakit. Walaupun aku tak pernah beranak.

Kat tempat bekam aku buat ni bekam tradisional turun temurun warisan ayahanda ustaz nilah. Rumah pun rumah kampung jer. Yang penting bersih dan aku pun dah biasa ngan ustaz ni. Oh, kalau pompuan dengan isteri ustaz nilah.

Nak berbekam ni kita ada pilihan nak toreh guna pisau belit atau guna pen. Sebenarnya guna pen lagi sakit. Walaupun guna pisau akan bertanda badan badan kita. Tapi guna pisau banyak pulak kelebihannya. Tapi aku lupa. Hahaha. Namun kalau kat muka kenalah guna pen. Dan kat muka memang agak sakit. Aku buat jugak. Dah alang alang.

Darah yang keluar ada pelbagai. Jika kita sihat, darah yang keluar cantik jer. Jika kita ada penyakit, mungkin darah yang keluar pekat, berminyak, berketul, cair dan putih putih keliling darah. Kalau putih putih tu selalunya banyak makan ubat hospital. Darah di sedut sampai lah darah tu kurang atau dah kuar air. Macam tulah lebih kurang. Orang pakar bekam dia tahulah macamana.

Apa yang penting, lepas bekam kepala aku ringannnn sangat sangat. Serius wei. Wajib cuba. Kalau korang nak cuba kat tempat aku ni terutama kat area sg udang, boleh contect ustaz ni. Ustaz Lokman 010 5172397. Lepas tu boleh mention nama KAK YONG😁. Boleh wasap buat temujanji. Kena buat temujanji dulu tau. Aku promote percuma je ni. Ikhlas. Hahaha. Kira ikhlaslah tukan walaupun suruh mention nama. Ahahahaahaha.

Aku pun bercadang nak buat tiap tiap bulan, InshaAllah.

Oklah itu jer. Selamat berbekam semua. Semoga kita semua sihat walafiat. Amin.....

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-86335294649110578772021-04-05T14:19:00.002+08:002021-04-05T14:19:33.717+08:00Anda seorang yang kuat
Anda percaya tak anda seorang yang kuat? Anda percaya tak tiada masalah yang tak boleh diselesaikan dalam dunia ni? Anda percaya tak perasaan anda berbeza jika anda gagal hari ni sedangkan anda telah mencuba sehabis baik dengan perasaan anda yang tidak mencuba bersungguh sungguh?

Anda percaya tak yang anda seorang yang sangat kuat? Jika anda mahu mengangis sekarang, menangislah. Tiada siapa yang menghalang. Jika anda mahu lari sekarang larilah. Tiada siapa mahu menghalang. Tetapi lari bukan penyelesaian masalah. Bergaduh atau bertengkar bukan kaedah kepada nak selesai masalah. Apatah jika gunakan bomoh atau ilmu hitam yang sah salah disisi Islam.

Jika anda ada anak, pandanglah muka mereka. Jika masih ada ibu dan ayah disisi, tenunglah muka mereka. Lihat dalam dalam. Jika kita masih ada orang orang yang kita sayang, pegang tangan mereka dan peluk mereka. Anda adalah tempat mereka bersandar. Jika anda tiada kemana bahu hendak disandarkan.

Percayalah, kita semua kuat!

Cari jalan keluar bukan lari, larilah kearah cahaya bukan terus ke arah kegelapan.

Allah kan ada! Sebesar mana masalah kita, Allahkan lagi besar. Senyum kawan. Meh, aku ada je kat sini. 😌

#kitasemuakuat
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-60598256513388391642021-03-30T15:18:00.004+08:002021-03-30T15:18:46.713+08:00Peluang keduaPernah suatu ketika dahulu seseorang melakukan kesilapan. Hari ini seseorang itu tentunya menjadi lebih baik kerana belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu.

Percaya tak aku kata kalau semua manusia dalam dunia ini pasti akan melakukan perkara yang kali kedua itu lebih baik daripada yang pertama? Walaupun kita tak nampak apa apa perubahan, tapi percayalah kita, mereka, kau atau sesiapa sahaja sedaya upaya cuba untuk melakukan yang terbaik daripada sebelum ini.

Tapi kita seringkali dilihat tidak berubah dan melakukan kesilapan berulang ulang kali. Ini kerana kita hanya percaya kepada diri kita sendiri tanpa kita sedar bahawa peluang yang akan datang ini akan bertambah baik jika kita mahu belajar daripada kesilapan.

Pendek kata, kita wajib belajar dan terima pendapat orang lain.

Lagi satu, kita ni mudah menghukum. ‘Oh dia dah pernah buat silap dulu, maka dia akan buat silap lagi’ ‘perangai dia macam tulah dari dulu tak pernah berubah’ ‘aku dah tahulah kau ni, memang macam tulah perangai kau!’

Tahu tak kita bahawa kita telah menghukum seseorang itu tanpa memberikan mereka peluang kedua? Maka itulah yang terjadi. Sampai bila bila macam tu. Sebab kata kata tu satu doa dan mereka yang kita hukum itu kita langsung tak percaya yang mereka boleh berubah kerana kita tak pernah beri peluang kedua kepada mereka. Betul tak?

Jika kita telah memberi mereka peluang kedua pula, kita mahukan result yang cepat dan sempurna. See? Cuba kita. Menangis dalam hati. Akulah sebenarnya, tak tahulah kau. Semangat pun luntur.

Kesimpulannya, kita mahu orang percayakan kita, kita harus percayakan orang. Kita mahu dihargai, kita harus menghargai.

Aku bercakap mengenai sikap.
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-51707322592171333622021-03-22T15:22:00.003+08:002021-03-22T15:25:49.432+08:00Budak Gemuk (2)
Pagi yang hening. Kurang sibuk. Barangkali PKPB baru bermula selepas berakhirnya PKP yang menyebabkan rakyat Malaysia gila sebentar.

Budak gemuk 58 kg tergesa gesa datang pagi itu. ‘Lambat Kak Sue pagi ni?’ Tanya budak gemuk 95 kg sekadar berbahasa basi. Akhirnya budak gemuk 95 kg murung satu hari kerana bertanyakan soalan itu.

“Laki akulah. Aku gaduh dengan dia nokk! Aku baling henpon sampai pecah. Geram aku. Dahlah aku je yang kerja. Menyakitkan hati aku boleh. Tapi bila aku ungkit pasal mak dia yang kuno tu...bla bla bla ... dia ingat aku kuno macam dia? Bla bla bla..., bla bla bla, bla bla bla” lengkap budak gemuk 58kg bercerita keburukan suami dan keluarga suaminya terutama mak mertuanya.

Budak gemuk 95 kg serabut. Serabut dengan masalah orang lain yang tak ada kena mengena dengan dia. Aura negatif yang dibawa oleh budak gemuk 58 kg itu hampir hampir mempengaruhi mood dia hari ini.

Untuk mengelakkan aura negatif itu, budak gemuk 95 kg buat buat sakit perut dan minta diri ke toilet.

Agak lama budak gemuk 95 kg meninggalkan mejanya. Budak gemuk 58 kg terjenguk jenguk kepalanya mencari budak gemuk 95 kg barangkali. Apabila ternampak je kelibat budak gemuk 95 kg, budak gemuk 58 kg terus bersuara. “Tadi ada call. Nak cakap dengan Cik Bunga boleh? “ ejek Suraya meniru si pemanggil panggilan Bunga tadi. ‘Oh siapa?’ Gomel Bunga perlahan tanpa memandang muka Suraya.

Baru Suraya hendak membuka mulut dan menyambung ceritanya, “kejap kak Sue ye, saya nak buat panggilan jap” Bunga kembali semula ke mejanya dan tergesa gesa berkemas. “Kak, saya kuar dulu ye. Ada apoitment. Saya terus baliklah nanti” tanpa memandang Suraya, Bunga mengambil beg dan fail kerjanya dan terus beredar. “Babai Kak Sue ye, Assalamualaikum”

Suraya memandang dengan hampa. ‘Alaa...boringnya’ gomelnya sendirian.

Dalam kereta Bunga hanya memegang stereng kereta. Dia tak ada apoitment pun. Anak buah dia yang telipon tadi. Saja main main telipon Maklong dia. Dia hanya nak keluar daripada aura negatif yang menyerabutkan fikirannya. ‘oklah, pergi rumah Kak Ciklah’ akhirnya Bunga membuat keputusan melepak dengan anak anak buahnya.

Dalam perjalanan yang memakan masa agak lama tu dia teringat tentang beberapa teguran kepada Suraya sebelum ini. Mula mula pasal panggilan nok. Memang betul dia tak suka. Nok? Apa tu? Dia benci dengan panggilan itu. Sampai satu tahap dia menangis kerana orang menyangka nama dia nok.

Rupanya apabila dia bertanya kepada sepupunya yang duduk di Kuala Lumpur, Lyla ketawa dan memberitahu bahawa panggilan nok tu biasa kat Kuala Lumpur. Kata dasarnya memanglah daripada perkataan yang lucah dan tidak senonoh. Selalunya kawan kawan pondan dia yang gunakan secara meluas panggilan nok tu.

Tapi memang tak senonohlah. Tapi, oleh kerana ia perkataan yang biasa dituturkan ia menjadi biasa dan tidak menjadi janggal.

Bunga tertekan. ‘Aku orang luar bandar jer. Aku orang kampung. Aku tak biasa dengan perkataan nok. Malah aku tak suka. Tolonglah paham’ Bunga mengetap bibir. Geram barangkali. Bukan dia tak pernah menegur Suraya supaya jangan memanggil panggilan itu lagi. Tak elok, tak senonoh dan siap bagi tazkirah panjang tentang memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak baik.

Suraya mengangguk dan bersetuju ‘baiklah’ namun seminit kemudian bertambah rancak dia menggunakan panggilan nok tu. Dan setiap itu jugaklah bunga menegur, ‘Bunga Kak, Bunga’. Begitulah berulang ulang ibarat mencurah air ke daun keladi. Akhinya Bunga bosan. Dia menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Tambahan pula dengan isu berat badan yang menyentap hatinya.

...bersambung.........
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-83974369476033342392021-03-22T12:22:00.002+08:002021-03-22T12:22:18.646+08:00Kata kata
Ada member pos posting ni kat fb. Sebenarnya perkara ini sering terjadi pada kita kan? Kalau orang tak kata kat kita, kita kata kat orang.

Sekilas dengar macam biasa, tapi sebenarnya sangat melukakan.

Seorang teman bertanya, "Berapa gaji kau sebulan kerja di kedai tu?"

Dia menjawab, "RM900.00 sahaja."

"RM900.00 sahaja? Sedikit sekali boss hargai keringat. Cukup ke nak hidup sebulan?"

Sejak saat itu temanmu jadi membenci pekerjaannya. lalu dia meminta kenaikan gaji pada majikannya, dan pihak majikan tidak dapat mempertimbangkannya. Kini temanmu tidak lagi bekerja bahkan menjadi penganggur.

Saat seorang ibu bertanya;

"Rumahmu ini bukankah agak sempit? Bukankah anak-anakmu ramai?"

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak saat itu mulai dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan pun hilang saat keluarga ini mulai berhutang untuk mendapatkan rumah yang lebih besar.

Seorang abang bertanya saat kunjungan seminggu setelah adik perempuannya baru sahaja dapat melahirkan baby baru.

"Hadiah apa yang diberikan suamimu setelah engkau melahirkan?"

"Tidak ada." Jawab adiknya pendek.

Abangnya bertanya lagi: "Apakah suamimu fikir kamu ini tidak berharga? Aku selalu memberi hadiah isteriku walau tanpa alasan yang istimewa".

Keesokannya, ketika suaminya lelah pulang dari tempat kerja dan pulang, kelihatan isterinya merajuk dan meminta hadiah. Mereka bertengkar. Sebulan kemudian, antara suami isteri ini terjadi perceraian.

Kerana apa? Kerana kalimah sederhana yang diucapkan seorang abang kepada adik perempuannya.

Seseorang bertanya pada nenek tua itu,

"Berapa kali anakmu mengunjungimu dalam sebulan?"

Si nenek menjawab, "Sebulan sekali".

Yang bertanya membalas balik,

"Wah keterlaluan sekali anak-anakmu itu. Diusia senjamu ini seharusnya mereka mengunjungimu lebih kerap."

Hati si nenek menjadi sedih padahal awalnya ia amat rela dan memahami situasi anak-anaknya. Maka menjangkakan si nenek dan kesihatannya pun bertambah buruk.

APA SEBENARNYA KEUNTUNGAN YANG KITA DAPAT DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN BEGITU?

Ada masanya mulut kita perlu ada 'insuran' untuk tidak bertanyakan benda yang dianggap remeh tapi sebenarnya sangat melukakan orang lain.

Kredit ;Asrulnizam Abas

Baik diam dari terkeluar soalan sensitif.

Nanti aku bagitahu pendapat aku.

Btw, untuk menang rm50 untuk entri sebelum ini akan valid sehingga ada pemenang. Comeon guys...✌🏻

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-80315749623721326342021-03-20T12:30:00.006+08:002021-03-22T12:24:09.929+08:00Kasut sebelah (nak menang rm 50?)
Assalamualaikum. Hari ni aku repost balik entry pertama aku masa mula mula mencipta blog aku ni. Seriuslah, berkali kali baca cerita ni pun aku menangis lagi. Hati tisu sungguhlah. Cerita ni aku pernah baca kat sebuah majalah ntah majalah apa aku dah lupa. Pastu beberapa tahun kemudian aku cuba cari kat internet. Kat mana aku dah lupa. Sorry! Lalu aku pun terjumpa cerita ni, dan cerita inilah yang firstttt sekali aku postkan. (Aku ulang eh) hahahahha.

Korang macamana pulak ye? Apa enry first kau? Cuba share sikit. Dah share, mention blog aku dan repost, pastu email aku. miss_haryanie@yahoo.com. Aku bagi rm20 untuk 5 orang saja yang sudi. Kalau ramai aku hadiahkan Alfatihah ajelah. Tapi aku tak rasa ada seorang pun yang buat. Kalau ada, orang pertama aku bagi rm50, 5 orang seterusnya baru rm20. Ok tak? Hahaha ada ke yang baca blog aku lagi. Keh keh keh.

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.

Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara.

Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.

Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada di biliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri yang saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-79078459128122978502021-03-19T13:22:00.004+08:002021-03-19T13:26:56.463+08:00Jangan gemuk
Aku belum sambung lagi cerita Budak gemuk yang aku tulis berdasarkan kisah benar.

Tajuk kali ini mengundang tak? Hahahaha. Aku sebagai orang gemuk saja nak ingatkan kepada korang yang belum gemuk atau onthe way ke arah kegemukkan kembalilah kepangkal jalan. Kayuh laju laju sikit. Balik balik!! Jangan hanyut. Nak kurus balik punyalah susah beb. Melainkan ko memang ada penyakit yang mengebabkan ko gemuk tu tak termasuklah. Asal sihat okeylah tu.

Yang macam aku ni, wajiblah insof... merana zahir dan batin. Kalau kau dah terlajak gemuk ( macam aku ) belum terlambat agaknya nak kurus. Tapi...ya ampunnn...sangatlah susahnya. Tapi boleh. Gunalah macam macam cara asalkan cara yang tak bahaya.

Aku? Dah cuba macam macam cara. Macam macam kaedah. Bedah usus je belum. Kalau ko bagi aku orang gemuk, kompom aku boleh kuruskan orang gemuk tu. tapi kena ikutlah cakap aku. Kalau degil stail aku...hancurlah beb.

Susah tahu nak kurus tanpa displin. Tak salah aku katakan ubat ubat kurus kat luar sana tak berkesan tanpa disiplin yang ketat. Ko boleh makan apa sahaja tanpa berlapar dengan minum itu ini??? Ko boleh kempiskan perut dengan makan pil tanpa perlu tahan apa sahaja yang kita nak makan? Lemak boleh cair dengan sapuan krim ini? Itu semua BOHONG BOHONG BOHONG!!!

Ada tu pulak tanpa senaman ko boleh kurus?! TIDAK BENAR SAMA SEKALI! Bolehlah, ko tahan makan tak payah bersenam,,, boleh. Tapi kau akan jadik mak lampir yang akhirnya ke hospital bahagia. Ko akan sakit. Ko akan kekurangan zat. Kau akan jadi cam budak miskin somalia yang tak makan tu. padahal ko kaya. Ehhhh. Macam macamlah cara nak kurus tanpa disiplin ada kat seluruh dunia ni. Jangan TERPEDAYA!

Kalau ko nak makan ubat kurus tu semua boleh, tapi sekali dengan DISIPLIN yang ketat. Tanpa itu, kau jadi hantu. Aku dah rasa dah. Aku pernah turun naik. Tak konsisten. Akhirnya makin gemuk. Sebenarnya untuk kurus kita perlukan keazaman, disiplin dan konsisten. Tu pun dah cukup. Yang lain lain akan datang sendiri. Dan aku, masih bergelut. (Nangis). Doakan aku guys...

Dahlah. Nanti sambung.
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-13158890778650147912021-03-16T10:35:00.001+08:002021-03-16T10:35:36.218+08:00#bersyukur
Aku seringkali mengeluh tanpa aku sedar. ‘Alahai, gaji tak cukuplah bulan ni’ ‘banyak nak bayar ni’ ‘kena bagi mak,ayah banyak ni. Berapa je yang tinggal’

Ye, aku mengaku tak baik, tak elok. Tapi benda tu keluar tanpa sedar. Kalau aku cakap kuat kuat dan adik aku dengar, bolehlah dia tegur, ‘BERSYUKUR!’

Allahuakhbar!!! Aku leka! Aku terlupa yang aku wajib bersyukur walau banyak mana pun yang aku ada, walau banyak mana pun yang aku dapat. Bukan kah Allah dah kata, ‘jika kau bersyukur aku tambah nikmat!’ Maafkan aku Ya Allah!

Pengajaran kat sini;

1. Kita kena saling ingat mengingati

Tak kisahlah sesiapapun mereka, adik kau ke, kawan kau ke, jiran kau ke, musuh kau ke. Tak payahlah nak ego sangat konon kau benci kat musuh kau. Kalau ada benda yang baik tu, ambik. Ibarat benda tu jarum emas dalam jerami padi. Kau pun tak payah nak ego sangat (aku ulang). Dunia nak kiamat tak lama lagi. Dah bersediakah kau. Kau tu akulah.

2. Kita kena bergaul dengan orang orang yang baik untuk mengingati kita selalu

Kalau kau tak kuat nak bergaul dengan orang orang yang kurang baik sikit daripada kau, baik jauhkan diri sebab kau akan mudah terpengaruh. Konon tabah, tak mudah. Huh, nak badboy alahai, sekali kau hanyut. Trust me. Memang orang yang kurang baik daripada kau lebih segala galanyanya daripada kau. Kau kalau ada kesabaran lebih banyak daripada mereka not badlah kan. Kalau ko tak paham apa yang aku merepek ni sukati kaulah.aku luah untuk aku. Aku yang selalu lupa. Aku yang selalu macam tu.

3. Kau kena paham dan hadam yang Allahlah penentu segalanya dengan izinnya.

Sebab tu selepas hujan pasti ada pelangi,lepas hujan pasti tanaman subur. Lepas tsunami pasti ada sinar yang lebih baik daripada sebelumnya.

Kau kena ingat bahawa sesuatu tu berlaku mesti bersebab. Aku pernah rasa down sangat sangat sebab beberapa benda tak sepatutnya berlaku dalam hidup aku di sekeliling aku. Pastu aku tertanya tanya. ‘Kenapa, kenapa, kenapa????’ Sebenarnya kau memang nak kena! Kenapa kau perlu tanya kenapa? Kenapa kau tanya kenapa pulak? Kalau kau senang hidup kau mudah, tak pulak kau persoalkan kenapa hidup kau mudah. Kau lupa daratan, bersukur jarang sekali. See? Betul tak aku cakap? Kau kena bertenang dan bersyukur bahawa segala yang berlaku dengan izin Allah. Aku malas nak terangkan lagi sebab jauh disudut hati kau tuuu,kau memang dah paham. So, apply, proceed!

Dahlah. Nanti cite lain. Bai

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-5616262704354356002021-03-15T10:59:00.004+08:002021-03-15T10:59:54.369+08:00Tamak
Manusia itu tamak.

Mengikut pandangan mata hati aku ni, aku boleh bahagiakan tamak kepada 2 jenis. Tamak yang nampak dan tamak yang tak nampak. Ini pandangan aku je. Korang yang tak setuju lantak koranglah. Ada aku kesah?

Tamak yang nampak

Kaulah tu. kau tamak.

Tamak yang tak nampak

Aku.

Hahahahahaha

Hawau tak aku

Yang tamak

Aku
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-9864370876835705152021-03-14T18:38:00.001+08:002021-03-14T18:38:17.974+08:00Makcik Dah Lupa
Aku dah ubah dah blog aku ni. Tapi tulah. Main taram ajelah. Hahahah. Makcik dah tua nak. Lupa dah. Lama tinggalkan rumah blog ni. Usang dah. Nak perbaiki sana sini. Buang apa dan tambah apa yang patut. Slow slowlah ye.

Aku belajar sendiri jer dulu. Pernahlah merasa duit nuffnang barang 50hinggit. Password nuffnang tu pun aku dah lupa. Hahahaha. Sadis.

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-44187232145597409812021-03-13T12:19:00.004+08:002021-03-13T12:19:45.936+08:00Menyiksa diri
Aku tengokkan saja manusia manusia sekeling aku ni ha. Suka siksa diri. Suka siksa diri untuk orang lain. Untuk kepuasan orang lain, lebih lebih lagi orang yang dia cinta. Sampai sakit, sampai lemah, sampai longlai. Ada ramai orang macam ni dalam dunia ini hari ini.

Aduhai... kesian aku tengok. Sampai tak makan sebab nak kurus punya pasal. Yang dah kurus sanggup bergemuk pulak. Ada tu sanggup tunggu orang yang dia cinta tu makan sama sama. Sampai ke malam tunggu tak jugak dapat makan sesama. Akhirnya sakit sebab tak makan. Sanggup tak tido sampai pagi sebab melayan telipon. Pagi tu nak kerja dah. Hari hari macam tu badan pun sakit.

Bila dah sakit, lemah. Aku tak kesian pun, aku menyampah. Ntahlah. Bukan dibuat buat. Lebih lebih lagi kau memandang aku dengan sayu, kau mengadu ngan aku dengan sedih. Aku menyampah, meluat. Aku tak tahu kenapa aku sekejam ini. Hahahahaha.

Aku tak cakap semua orang aku cakap orang yang aku kenal ni ha. Aku bencilah benda benda macam ni. Kalau time beribadah tu tak pulak kau sanggup. Malah tak sanggup. Ntahlah. Tak jadik kat akukan. Kalau jadik kat aku macamnalah agaknya. Hope aku tak macam ni. Ya Allah, tolong lindungi aku !

Tu ajelah aku nak meluah setakat jam ni. Dahlah. Aku nak sambung meluat.
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-1568369620991406342021-03-13T12:17:00.002+08:002021-03-22T15:25:28.984+08:00Budak Gemuk
Budak gemuk 58kg: wei nokk, aku DAH GEMUK. DAH GEMUK kau tahu!

‘Kau jangan nak beli apa apa aku tak nak makan, aku nak makan roti je!’ Katanya dengan riak muka yang penuh risau dan takut.

Budak gemuk 95kg memandang krik krik. Tak terkata mungkin. Terkejut barangkali. Akhirnya budak gemuk 95 kg tersenyum tawar. Senyap.

11 pagi.

Budak gemuk 58 kg membeli roti kedai sebelah. ‘Makan nokkk, makan makan...’

Budak gemuk 95kg: Tak apalah kak, manislah kak, orang diet ni. Dah gemuk sangat ni.

‘Haii nokkk, ko tak gemuklahhh. Ok jer aku tengok! Tak gemuk pun. Makan makan makan!’ Paksa budak gemuk 58kg sambil menolak segala jenis roti manis kepada budak gemuk 95kg. ‘Makan makan makan! Jangan tolak rezeki tak baik!. Petang kang aku belanja burger bakar dan cool blog!’

Budak gemuk 95kg memandang budak gemuk 58kg yang di panggil kakak itu tadi dengan sayu dan mendung, budak gemuk 58kg tadi langsung tidak memandang budak gemuk 95kg itu dan terus menyambung kerja di meja pejabatnya.

Budak gemuk 95kg menolak makanan berupa roti roti manis itu ketepi, lalu dia menuju ke toilet. Dalam toilet dia menggosok dada dan menangis sedih. Bukan sekali budak gemuk 58kg tu sebegitu. Langsung tidak menjaga hati orang lain.

bersambung....
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-73976832165506110132021-03-13T12:12:00.002+08:002021-03-13T12:12:26.722+08:00First!
First!!!

Pertama sekali aku nak ucapkan Asslamualaikum kepada mereka yang tetiba terjumpa blog aku ni. Yang dah follow aku lama. Aku sebenarnya dah buat blog lain. Tapi macam tak best pulak. Biarpun blog aku ni tahap rumah pusaka, aku on ajelah kat sini. Ibarat blog aku ni rumah kayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur gituw. Aku saje jelah nak meluah ni kalau ada apa apa yang berlaku di sekeliling aku lewat usia aku ni.

Tapi aku nak luah aje apa aku nak luah. Biarlah kan.

Sebabnya aku ni pemalu. So, aku luahkan je. Lantaklah korang nak kata apa. Aku chill aje. Setiap orang ada pendapat masing masingkan.

Penulisan aku ni sangat universal. Tak terhad kepada apa apa isu atau perkara. Aku harap aku dapat meluah kat sini demi memuaskan hatI aku ni. Tapi taklah sampai nak menjatuhkan orang tau menghina orang. Just pendapat aku yang biasa biasa rakyat marhaen Malaysia yang punya hati rapuh dan jiwa kacau.

Aku minta maaf sebab kadang kadang ayat aku berterabur dan tunggang langgang. Minta maaf ye pakar bahasa.

xox

Aku
Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-3998170541671081872018-10-23T08:26:00.000+08:002018-10-23T08:27:27.131+08:00Aku Tak Pernah Lupa KauTiba tiba hariku yang ceria menjadi mendung. Dadaku sebak. Mataku berkaca. Sedikit sedikit menitis air mata tanda betapa aku sedih.

Suatu waktu dahulu aku bertekad untuk tidak membaca apa pun status di laman muka buku kau. Namun hari ini ia hadir dalam laluan laman muka bukuku. Kerana status kau aku jadik muram. Terkenang kisah lalu. Antara kau dan aku.

Kita yang sama sama pendam perasaan. Perasaan kau dan aku. Dari sekolah rendah lagi. Aduhai. Apabila aku imbau kenangan lalu melalui penulisan ini, air mataku jatuh lagi. Dadaku sebak dan sakit. Bagai di tumbuk tumbuk.

Sedangkan kisah kita tidak sehebat mana. Mungkin biasa biasa sahaja bagi orang lain. Walaupun begitu, ia sangat mendalam bagi aku. Dia ibarat cinta pertama aku. Kau tahu bagaimana penangan cinta pertama bukan?

Aku boleh katakan tak banyak, sedikit, kerana kau aku masih sendiri dari dulu sampai sekarang. Hebat bukan? Kita tak pernah melafas apa apa. Kita tak pernah berjanji apa apa. Kita tak pernah minta saling menunggu. Buktinya kau, sudah berkahwin dan beranak pinak. Malah kau sudah dua kali berkahwin.

Aku? Aku tidak menunggu kau. Langsung tidak. Tapi entah kenapa, ia seakan akan menunggu kau. Buktinya aku pun bercinta dengan orang lain, aku berdating dengan orang lain, aku merancang berkahwin dengan orang lain. Tapi, semua itu hanya perancanganku. Aku pasti perancangan Allah lebih hebat untukku.

Aku pun tidak paham. Kenapa aku harus menangis membaca posting kau dalam laman muka bukuku? Aku fikir aku sudah melupakan kau. Namun sebenarnya aku silap. Aku tak pernah lupakan kau.

Oh, mungkin kau di landa masalah, sehingga kau terpaksa berkongsi masalah kau di laman muka buku kau. Kau sedang bersedih. Kau sedang diuji Allah dengan ujian yang maha hebat. Mungkin itu yang membuatkan aku sedih. Jika kau bahagia, aku mungkin akan bahagia juga. Betapa kuatnya perasan inikan?

Doaku agar kau akan bertindak bijak. Agar segala permasahalahan kau akan terlerai. Aku tahu kau kuat.

Kau sentiasa menjadi kenangan aku. Tapi aku tak pasti aku menjadi sebahagian dari kenangan kau. Seperti aku katakan dari awal tadi. Perasaan ini terpendam. Kau mungkin sudah lupakan aku. Tak mengapa. Kitakan tak pernah berjanji apa apa?

Mencintai tak semestinya memiliki. Ye, aku lama sedar itu. Biarlah kau menjadi kenangan aku sampai bila bila. Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu memandang kau dari jauh, walaupun hanya di laman muka bukumu.

Amboi amboi amboi amboi. Kan main jiwang berkarat lagi aku ni. Hahaha. Oklah. Aku stop dulu. Kat sini ajelah aku boleh luahkan segalanya. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca posting aku. Aku dah ok dah. 😅

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-68312039411460842032018-10-11T17:15:00.000+08:002018-10-18T11:05:51.924+08:00Usah biar sesiapa ragut keyakinan kitaPernah tak ada orang yang menghina kita? Mengutuk kita? Memperkecilkan kemampuan kita? Mempelekehkan apa yang kita buat? Mengutuk cara pakaian kita, makeup kita? Mengejek jerawat kita banyak, muka kita hitam dan pucat? Atau mentertawakan beg yang kita bawa?

Pasti ada, aku yakin. Dek kerana itu, seluruh keyakinan kita luntur. Kita tiada keyakinan. Kasihan. Kadang kadang tu kita terlewat keluar rumah. Kerana apa? Kerana kita rasakan tiada baju untuk di pakai hari itu. Semua baju yang kita ada tak sesuai. Kita rasa sedih, rasa stress, lalu terduduk mengenangkan tiada baju untuk dipakai.

Ada tu pulak, selepas makeup lawa lawa, ambik tisu basah dan padamkan semula makeup kita. Kasut, beg yang hendak di bawapun tiba tiba hari itu tak tahu nak bawa yang mana satu. Akhirnya kita keluar dengan mood yang kelam kabut dan hambar. Sarapan pun tidak. Atleast minumlah air suam. Pun tidak. Sebabnya keyakinan kau telah diragut semalam.

Keyakinan kau diragut semalam dek kerana kau suka pakai kasut leper yang kau beli kat pasar malam harga rm15. Kasut tu murah. Kau suka pakai sebab ia sangat selesa.

Namun apabila kau tiba disuatu tempat orang orang kaya, berilmu tiinggi, berjaya, femes, bertaraf bintang dan ala ala diva VVIP, kau mula mengecil. Itu anggapan kau. Walhal mereka cuma manusia biasa yang berjaya, kuat berusaha, tidak berputus asa dan nah, miliki apa sahaja diatas usaha tersebut.

Sebenarnya apa yang kau rasa itu perasaan malu.

Apa yang spoil mood kau pulak semalam, ada seorang kawan yang kau kenal ni memandang kasut kau, seolah olah pandangan itu berkata kata 'kasut murah, laaa...siannya dia. Sale tak ada, duit pun tak ada' itulah maksud pandangan tersebut. Padahal kawan kau tu tak kata apa apa pun.

Dah tu kau mengecil. Kau rasa kecikkk sangat padahal kau antara yang besar disitu. Kau muram. Rasanya program yang kau hadiri itu hambar. Walhal speaker yang hampir nak pecah gegendang telinga begitu kuat dan tepukan bergema dengan sangat meriah. Sebenarnya kat sini, tanggapan kau yang negatif itu meragut keyakinan kau. Kau yang meragut keyakinan kau sendiri.

Okey, itu kau yang berasa rendah diri. Memanglah, kasut beli kat pasar malam, beg beli kat shopee harga 28rm, baju dan seluar yang kau pakai baju dan seluar lama tak berganti. Tudung ajelah yang baru. Itupun raya tahun ni punya. Sebenarnya ada jer baju lawa, tapi kau suka nak pakai yang selesa. Manusia ada yang lebih suka selesa berbanding nak nampak cantik. Tapi ramai manusia nak biar nampak cantik berbanding rasa selesa. Kau jenis manusia yang lebih suka rasa selesa.

Kenapa kau nak tiba tiba pedulikan tanggapan orang pada kau. Kenapa selama ni kau buat bodoh jer bila kawan kawan kau pakai beg berjenama, makan kat starbuck, nasi arab mahal mahal. Bila sekali sekala mereka ajak kau, kau dah puas hati dapat makan free. Ko buat tak tahu malu jer bila dah kerap orang belanja ko, tetiba ada bunyi bunyi kat belakang kata kau bila pulak nak belanja. Kau pun selamba menjawab, boleh, goreng pisang makcik munah aku bungkus untuk kau ye.

Dan kau nampak dengan ekor mata mereka ketawakan kau. Dan kau buat tak tahu jer. Tapi sekarang kau rasa sangat sangat malu. Kau rasa rendah diri sangat. Tiba tiba kau rasakan sudu garfu depan kau seolah olah punya wajah dan suara yang mentertawakan kau. Kau tengok meja, kerusi dan speaker yang berada di hadapan kau itu menjerit jerit ketawakan kau.

Itu sebenarnya kesedaran. Kesedaran yang kau perolehi itu sangat bagus, maka teruskan bangun.

Kau tiba tiba rasa macam di kejutkan sesuatu. YA ALLAH! Kau baru bangun dari tidur. Tidur yang panjang. Kau baru menyedari bahawa kau dah ketinggalan jauh! Ibarat kau masih menaiki keretapi setiap hari tanpa kau sedar yang member kau yang sama sama naik keretapi dengan kau dulu kini adalah pemilik keretapi tersebut. Begitulah kalau aku boleh bagi contoh.

So, jangan tunggu lagilah. Come on. Tak ada istilah terlambat. Baca sejarah kfc bagaimana pemiliknya boleh berjaya. Nanti aku poslah lain kali pasal tu.

Okey, aku stop dulu. Kang panjang sangat, momo yang baca. Huhuhu...Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-75552344341827336512018-10-05T09:09:00.001+08:002018-10-05T09:09:52.526+08:00Akan tiba masanya..._*Baginda Nabi ﷺ bersabda (mafhumnya):*_

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak nya gempa² bumi.

🕒 Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga² dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah ﷺ menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir² semua yg disebut itu berlaku di zaman kita 😭

💔 Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu² & bapa² hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik² sahaja terhadap anak² mereka.

Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak² mereka.

💔 *Hari² yang ganjil.*

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan/sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Pemuda dan pemudi berjam² menghabiskan waktu mereka jalan² dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

💔 *Hari² Ganjil.*

Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu² dengan hati yang girang gembira. Namun jika untuk mendengar firman² Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah² mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita bersungguh² berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak² dan yang bagus². Murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedalam tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali unutk dimasukkan kedalam tabung derma.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa untuk setkan alarm untuk bangun menghadap Allah ketika solat Subuh.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk² Allah, namun kita lupa akan firman Allah _*"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah _*"Maha Suci Allah yang telah menggerak kan kenderaan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Ibu² & bapa² membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing² dll....

💔 *Hari-hari yang ganjil.*

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah² _*Nabi Muhammad ﷺ.*_

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah _*Nabi ﷺ*_ ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah sahaja.

Jadilah anda salah seorang yang mengajak kepada kebaikan.

#copipes kat wasap groupAryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-46162368577336327242018-09-25T13:54:00.000+08:002018-09-25T13:58:28.675+08:00Kau berani berubah tak?Perubahan perlu tekad. Bukan main main. Bukan sekadar kau lambung syiling dan kau main teka teka. Kalau bunga aku berubah, kalau kepala aku tidur. Bukan. Perubahan bukan macam tu.

Perubahan macam ni. Macam kau sedap sedap duduk kat sofa empuk aliff shukri pastu kau berpindah duduk kat kerusi panjang macam kantin sekolah rendah aku dulu. Tak lawa. Berat dan berkulat. Silap haribulan tangan ko kena selumbar kat bangku tu. Oh ye, kami panggil bangku.

Kau kena berani. Kau perlu redah. Jangan fikir tentang keselesaan. Jangan fikir tentang tilam yang empuk. Perubahan hari ini yang kau buat bukan untuk hari ini, tetapi esok. Esok bererti pada jangka waktu akan datang.

Aku sebenarnya kagum orang yang boleh tengok masa depan. Orang yang boleh fikir panjang. Bukan fikir pendek. Fikir untuk kejap lagi. Tapi kemudian akan ada masalah dikemudian hari. Aku tak tahu fikiran aku macamana. Mungkin aku seorang yang tak pandai berfikiran panjang. Huhhh. Aku stres memikirkannya. Aku selalu tak dapat buat keputusan tepat. Aku selalu menyesal.

Contoh yang paling terdekat kita boleh tengok orang yang beli takaful. Kalau yang beli tu pasti berfikiran panjang. Yang terus tolak tu pasti berfikiran pendek. Jangan marah aku. Mereka bukan tak mampu. Rata rata mereka mampu. Mereka boleh bayar astro kurang kurang pun rm45 sebulan. Atau beli topup seminggu 10rm atau makan kfc ke mcd sebulan sekali. Atau reward untuk diri sendiri kononnya beli beg mahal atau kasut mahal atau i phone 8.

Padahal takaful ni bagus untuk jangka masa panjang. Kalau tak mampu ambik mahal ,ambik murah je. Hei, kena tengok agen yang jujurlah ye.

Kalau bukan untuk kita ni tetapi fikirlah untuk orang yang akan meneruskan kehidupan waktu kita tiada nanti. Aduhai, aku promote suruh beli takafullah pulak kan. Ha ha ha.

Aku tahu, banyak yang perlu dikupas. Ye aku tahu, kau serik dah kena tipu, bayar mahal, bila nak claim tak dapat apa apa! Apa ni!!! Buat bakar darah je kannn. Padahal ada orang beli pinggan mangkuk pun kena tipu. Nak beli beg pun ingatkan ori tapi palsu, dah kena tipu lagi. Aduhai... Sadisnya hidup.

Kalau tak dapat claim ko kata agen penipu. Kalau dapat duit kau sapu. Bila tiap bulan agen suruh bayar polisi kau jemu. Polisi pun dah mati kau jadi haru. Bila kau minta sambung padahal kau dah sakit agen kau buru. Agen pun apa lagi larilah laju laju.

Tulah salah satu contoh. Kalau nak beli takaful email aku. Ha ha ha.

Apapun kita kena berubah. Itu keypointnya. Banyak seminar, kursus kursus motivasi yang poinnya suruh kita berubah. Betul tak? Kalau masih di takuk lama kau tak kan berubah. Perabut kat rumah pun setahun sekali kita mesti alihkan, langsir kita tukaukan, baju apa tah lagi.

Belum cerita politik. Banyak berubahkan. Ha ha ha.

Kalau nak cerita pasal berubah, kita kena istiqomah. Perubahan bukan hanya pada kata kata tetapi tindakan. Raikankanlah walau perubahan itu nya sedikit. Walaupun ia kecil sangat. Bermaksud raikan tu bukanlah buat kenduri ke, belanja member makan sampai perabeh duit ke. Bukan. Raikan macam sujud syukur.

Berterima kasih pada Allah dengan sungguh sungguh tau. Aduhai tahu tak, nak berubah bukan senang. Cuba tanya orang gemuk tu, betapa seksanya nak berjoging. Seksa wei. Kalau tak berani nak berubah kau akan terus gemuk malah lebih gemuk dan tak sihat.

kalau Allah dah arahkan untuk kita berubah tu, satu rahmatlah tau. Dan kita kenalah sentiasa berada dalam landasan yang betul kearah perubahan yang lebih baik. Bukan bertambah tak baik. Ingat, perubahan itu kena lebih baik. Macam dari tak pakai tudung kepada pakai tudung.

Soalan aku, kau berani nak berubah tak? Aku? Sedang dalam proseslah ni. Doakan aku tau. (tiber...) Hahahaha

Apapun aku aku stop dulu. Panjang sangat dah ni.

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-29716430371668599022018-09-20T07:49:00.000+08:002018-09-20T07:50:55.503+08:00Mendobi di mana? Tip dan cerita di kedai dobiKatak bersahut sahutan menyanyikan lagu bobo di mana. Sepanjang bulan ni, hujan tak jemu jemu turun bersama angin sejuk.

Baju aku pun 2 hari baru angkat. Itu pun terpaksa angkat coz ampai dah penuh. Tak pelah, rasa sejuk sejuk sikit. Nak panas aku gosok ler guna saterika berat yang tak rosak rosak. Bila nak rosak pun aku tak tahu ler.

Aku terkesan jugaklah dengan beberapa berita tentang kedai malas yang melibatkan kes kucing mati bunting dan samun. Bahaya woi. Kedai malas tu kedai dobi ler. Kedai dobi layan diri ni buka 24 jam. Pernah aku basuh baju kat dobi layan diri ni pukul 2.30 pagi. Untuk pastikan tak ramai ler. Payah kalau ramai. Nak menunggu satu hal.

Aku ni jarang ler pergi ke kedai malas tersebut. Adalah masa raya tahun lepas dan masa mesin basuh aku rosak. Bukan tak boleh basuh tangan, tapi pinggang aku sakit ( alasan).

Masa raya tahun lepas tu pulak, terpaksalah pergi mendobi. Masa tu adik beradik aku semua balik. 6 orang semuanya tak termasuk aku. 4 dah kawin, dan aku punya 10 anak buah. Cer bayangkan baju yang bertimbun tu.

Cara terbaik pergilah mendobi. Pukul 2.30pagi kat kedai dobi. Tapi bukan aku sorang ler. Aku angkut ler adik ipar pompun aku yang rajin lipat baju, adik ipar lelaki aku jadik driver dan angkut bakul bakul baju dan terlepas 3 orang anak buah yang paten tak tido kalau dah balik kampung jumpa sepupu sepupunya. Pening aku coz anak anak buah aku umurnya 6,5,4 tahun.💆

Banyak banyak kedai dobi, kami pilih yang paling tak ramai orang. Kebetulanlah kan masa tu tak ramai orang. Yang lain semua penuh. Yelah raya, setahun sekali dan 24 jam 🙄

Tak jauh dari kedai dobi itu, ada kedai mamak yang still ramai orang. Sebelah kanan aku kedai seven E, dan sebelah kiri aku butik baju yang masih bukak lagi. Dan aku cuma bawak duit syiling dalam beg duit kecil.

Jenuh mengorek tabung pukul 2 pagi mengira syiling 50sen, adalah dalan 2 genggam. Sudahnya syiling 50sen tu tak guna pun. Kena beli token kat mesin guna duit kertas. Masa tu memang taklah aku bawak beg duit. Terpaksa aku pinjamkan dekat adik ipau aku yang tengah lepak kat kedai mamak.

Sedang aku menunggu baju nak siap tu, aku layan ler anak buah aku main main. Dalam 20 minit pertama tu ok lagilah kelakuan anak anak buah aku ni. Selepas tu masing masing buas wei. Aduhai. Mujur aku bawak 3 orang jer. Sudahnya syiling 50sen aku hampir habis buat beli air mesin dan jajan mesin. Dah kedai dobi tu dobi ajelah. Ada pulak 2 ketul mesin jajan dan air. Full pulak tu. Matilah nakkk.

Pastu aku mundar mandir, sentiasa keluar masuk untuk pastikan ramai orang keliling aku. Memang aku bawak henpon. Tapi aku tengok sekali sekala jerlah. Taklah jakun aku walaupun wifi free. Sebab internet aku pun free, sebulan aku bayau 80rm lebih, unlimited internet dan calling. Tapi yang sebenarnya aku melayan anak anak buah aku. Tak dan nak tengok benda telipon puaka tu.

Leka kalau main henpon ni. Elakkanlah. Kalau boleh tinggalkan kat rumah. Bawak tali skipping ke boleh buat senaman. Tak pun main dam haji atau dam ular. Kalau ko sorang, ajak ler sesiapa yang ada kat situ.

Wei, ko sedar tak aku bagi tips tau untuk elak kena samun masa sedang mendobi. Aku bukan cerita sesaje tau. Kau perasan ke tidak ni?

Macam kedai makan, kedai dobi pun kita kena pandai pilih. Aku dah bagi tip dah. Dah lah wei, nanti sambung lagil.Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-29542358290811972982018-09-14T11:58:00.000+08:002018-09-14T11:58:45.044+08:00Negeri mana dipanggil Darul Traffic Light?Kau tahu tak mana negerinya kat Malaysia ni nama gelarannya Darul Traffic light? Mustahil korang tak tahu. Asal bercuti jer datang sini. Asal nak makan viral jer datang sini. Pantang tahu. Pantang nampak. Aku memang taklah akan keluar kalau jumaat sabtu ahad kalau nak ke bandar, dalam kereta jerlah gamaknya sepanjang hari sebab jem. Kalau terpaksa tu kena keluar pagi pagi subuh.

Dah tu traffic lightnya menegur sepanjang jalanku. Sebab kami dah terbiasa dengan traffic light, kalau ada simpang tiga yang tak ada lampu isyarat tu, kami akan kata 'Simpang ni kena ada lampu isyarat ni...' 'Kenapa tak ada traffic light ,patutlah lambat' 'Bila ntah nak pasang lampu' lebih kurang macam gitulah bunyiknya.

Dahlah budak sekolah nak lintas pun ada lampu isyarat ni walaupun ada polis mengawal 🤷, kat roundabout pun ada. 🙄 dahlah kat taman perumahan banyak bonggol. Aduhai. Nasib baik aku duduk kampung. Eh, merunggut ke apa ni? 😂

Hidup kita ni serupa traffic light juga.

Pendek kata kami dan lampu isyarat tak boleh di pisahkan. Ha ha ha

Aku tak pastilah pulak lampu isyarat boleh buat orang tambah displin atau perjalanan lebih lancar atau menguji kesabaran seseorang. Dan aku bab ni memang menguji kesabaran. Minyak kereta pun laghap orang kata.

Kalau aku, aku main langgar jer lampu merah. Ialah, masa tu dah tengah malam satu kete pun tak ada, aku sorang sorang pulak tu dan aku ni penakut. Aku yang berimaginasi tinggi ni kau boleh bayangkan tak apa yang aku nampak kau tak nampak? 🙄🙄🙄😂

Nak kata tak ada kemalangan, lampu isyarat nak masuk kampung aku tu selalu tumbang. Lampu isyarat tu tau yang tumbang. Heran aku. Tak nampak ke diorang ni? Ada kematian pulak tu. Allahuakhbar... Dah nama simpang agaknya, nak kejar lampu kuning , apa lagi, kona baringlah agaknya. Aku pun pernah buat. Sampai berasap tayar 😌😌😌 tapi bukan kat simpang tulah. Kat simpang lain.

Kalau kau nak datang sini pastikan beli buah tangan. Aku dengar banyak keychain berbentuk traffic light laris dijual.

Sebelum memandu tu, bacalah doa naik kenderaan. Wajib baca.

Dahlah tu, aku nak mengadap traffic light jap ni.Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-54520791763639003662018-09-13T11:58:00.001+08:002018-09-13T20:15:32.646+08:00Kenapa malas nak pergi kerja?Kau ada kerja tapi malas nak pergi kerja, malas nak buat sales tapi tiap bulan asyik cek maybank 2u kot kot gaji dah keluar. Kau bising gaji sikit padahal satu hapah sales pun ko tak buat!? Pastu sedih nak cari kerja lain.

Duduk rumah, makan tido tengok tv apatah lagi sekarang ni astro bagi free channels hbo dan korea kegemaran kau. Mula mula tengok tv makan kacang almond dan gajus, pastu lepas seminggu kuku tangan kau gigit sebab kat dapur beras pun tinggal habuk.

Kau dah beli kasut tapi tak pakai, biasa anai anai yang pakai. Sampai buruk, lunyai baru ko nak sedih padahal kau baru beli selipar baru. Dan kau sebenarnya suka pakai selipar bukan kasut tumit tinggi. Dan kasut tumit tinggi kau lebih banyak dari selipar.

Kau beli buku tapi tak pernah habis baca. Ada yang elok berhabuk tak bersentuh sampai hujung kulit buku bergulung sedikit. Pastu bila adik kau nak pinjam dan tak pulang pulang kau bising. 🙄

Kau dah rancang nak kuruskan badan untuk pergi berjogging, dan set jam nak bangun awal sebab kau akan bad mood kalau subuh kau lewat. Tetiba memang kau bangun subuh lewat dan kau bising kat mak kau kenapa tak kejut kau. Pastu bila kau berzikir kau tertidur sampai pukul 8 lima minit. Kau kecewa sangat. Dan itu alasan yang paling baik kenapa kau tak keluar jogging. Huh!

Pastu kau makan nasi lemak lauk rendang. Berat tu! Kau tak dengar kata coach kau yang kau bayar 90rm untuk satu kelas diet. Walaupun 90rm tu bukan 900rm, duit tetap duit. Bukan salah coach kau tapi salah kau sebab tak tahan tengok nasi lemak, roti canai 🤦🤦🤦 padan muka kau, berat kau dah nak 100kg padahal tinggi kau cuma 150cm. Dan ayat kau selalu begini. 'Aku hanya manusia biasa, tak tahan godaan...' 'Esoklah diet' abah kau!!!!

Sebab itu kau masih bawah ketiak mak abah walhal kau nak separuh abad. Bila orang mengata kau sedih dan berdendam. Huihhh puiiiihhh!!!!

Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-57781462341162293792018-09-12T21:20:00.000+08:002018-09-12T21:20:08.422+08:00Dah solat isyak ke belum?Beristighfar, bila kau rasa kesedihan sedang melalui setiap nafasmu.

Seketika kau akan rasa terkontang kanting tanpa arah walaupun kau sebenarnya seorang diri di dalam bilik. Kau akan rasa nak lari dan mula akan terbayangkan tepian pantai, hutan rimba, atas bumbung atau dimana mana sahaja berdasarkan imaginasi kau saat kesedihan itu berlaku.

Tapi sekarang malam, dan kau perempuan. Dan kau sejenis makhlok penakut.

Pada saat itu juga kau rasa sunyi. Pada dalam 2-3 minit gitu. Lepas itu kau akan teringat beberapa nama dan wajah orang orang yang boleh kau mengadu kesedihan itu.

Satu situasi kau mungkin terus telipon orang tersebut. Mengikut akal yang sedih dan kurang waras pada saat itu, kau meluahkan segala galanya non stop. Kau akan berkata bahawa kau tak bersalah dan kau akan membanggakan diri yang kau betul. Orang lain salah dan yang pasti kau mahukan orang yang kau telipon itu bersetuju 100% dengan apa yang kau kata. Kalau jenis tak setuju, ada sahaja yang tak betulnya kau ni, nama tersebut tiada dalam senarai orang orang yang patut kau hubungi. Itu kata kau. Walhal itu kakak kau. Bila kau tak ada duit, dia kau rengek.

Dalam situasi lain, kau tidak punya sesiapa. Kau berfikiran begitu padahal ramai sahaja orang di sekeliling kau. Namun pada pendapat kau mereka semua tak paham kau. Atau sebenarnya kau tak percayakan mereka. Sebabnya kau pernah terkena dahulu. Dikhianati mungkin. Itu istilah kau. Padahal kawan kau mengadu kat mak kau je.

Akhirnya kau tidak memilih mana mana situasi itu. Kau hanya termenung di atas katil. Konon sedih sangat. Padahal itu memang salah kau. Kau rasa nak panggil doraemon suruh pergi kembali saat masalah yang buat kau sedih itu berlaku. Tak pun superman. Atau ada mesin masa ke. Eh, mana manalah!

Tapi sebenarnya kau sedih sangat. Kau pulak jenis yang berimaginasi tinggi. Dari lautan ke angkasa kau teroka. Tak jugak surut sebak di dada. Takkan nak isap dadah kot????!!!!

Akhirnya kau pergi pada perkataan pertama tadi. BERISTIGHFAR. Nak ambik air sembahyang kau masih merajuk dengan mak kau. Kalau keluar bilik nanti bertembung dengan mak kau, kau dah jadik malu. Kau fikir dalam tengah malam nantilah kau solat hajat ke, taubat ke.

Kau pun ambik tasbih dan berzikir. Akhirnya kau tertidur sampai pagi.

Dahlah. Jangan nak sedih sangatlah. Janji kau dah solat isyak. Kau dah solat isyak belum? 🙄Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7986633605690038059.post-27491670507392326522018-09-11T21:45:00.000+08:002018-09-12T21:54:04.172+08:00Ko dah bersedia nak mati?Apabila aku mendengar khabar orang orang yang aku kenal meninggal dunia, aku hanya mampu sedekahkan alfatihah. Itu baru orang yang aku kenal. Orang yang aku tak kenal berapa ramai. Orang kampung aku, orang daerah aku, orang orang dalam negeri aku, orang orang luar negeri.

Mereka meninggal dunia dengan pelbagai cara. Ada yang sakit jantung, kemalangan, di himpap konkrit, lemas, sesak nafas, kena tembak, kebuluran, sakit tua dan macam macam cara kematian yang kadang kadang di luar imaginasi kita.

Ntah sempat ke tidaklah mereka bertaubat? Harap harap dosa mereka tak banyak.

Lantas aku terdetik, mereka dah sudah, aku bila lagi? Seram beb. Seram. Memikirkan dosa aku banyak. Hutang aku ada yang belum selesai dan yang paling penting amalan aku nak bawak nanti bila mati dah cukup ke belum.

Aku seram beb. Betul, aku dah ada takaful. Bolehlah buat bayar hutang mana tak sempat tu masa hidup.

Kat akhirat aku macam mana pulak? 😱😱😱 ya Allah... Takutnya. Ko tak takut ke dik? Aku tanya jer.

Kalau kita mengadap henpon satu hari pun tak cukup. Kepada yang memang henpon bukan makanannya, tahniah ye dik. Hakak belum mampu. Kalau tak 2-3 jam tak sah. 🤦🤦🤦 malah lebih. Tolong jangan berlagak suci murni ye dik. Hahaha

Kalau nak suruh zikir harian 1000 kali tu, tak mampu pulak nak buat 🤦

Istighfar 100 kali sehari pun kadang lupa. Apatah lagi selawat. Mengaji al quran... Aduhai. Ko buat tak dik. Akak buat dik. Takut mati dik kurang amal. Persoalanya kurang dik. Kerap tinggal. Sodeh akk dik oiiiii. Ko tak sodeh ko dik????

Tu belum sedekah, amal jariah yang lain lain. Ada ko buat dik? Akk? Rahsia. 😅

Aku tak tahulah kepada sesiapa yang tinggalkan solat tu. Bertaubatlah. Aku selalu bising dengan adik adik aku. Tahap dah paling give up aku cakap ngan adik adik aku yang muda muda ni, buatlah apa saja, nak merompak ke, nak tipu sana sini ke, nak isap rokok ke, nak buat jahat ke apa ke...tolong.. SOLAT JANGAN TINGGAL. Tu jelah ayat aku tiap hari, dalam wasap, bila bercakap. Aku tak jemu ingatkan pasal jangan tinggal solat.

Dan nko pun dik, dengarlah kata kata akak abang ko. Solat jer dik. Mula mula payah dik, lama lama dah biasa, payah nak tinggal dik. Otomatik ko punya attitude pun makin baik. Kalau tak berubah jugak, cer cek cara solat, bacaan betul tak. Nak 1000 daya dik, mahu 1000 cara dik.

Dahlah tu dik. Nanti kita sambung.Aryhttp://www.blogger.com/profile/02872779411969954887noreply@blogger.com0