Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, September 25, 2018

Kau berani berubah tak?

Perubahan perlu tekad. Bukan main main. Bukan sekadar kau lambung syiling dan kau main teka teka. Kalau bunga aku berubah, kalau kepala aku tidur. Bukan. Perubahan bukan macam tu.

Perubahan macam ni. Macam kau sedap sedap duduk kat sofa empuk aliff shukri pastu kau berpindah duduk kat kerusi panjang macam kantin sekolah rendah aku dulu. Tak lawa. Berat dan berkulat. Silap haribulan tangan ko kena selumbar kat bangku tu. Oh ye, kami panggil bangku.

Kau kena berani. Kau perlu redah. Jangan fikir tentang keselesaan. Jangan fikir tentang tilam yang empuk. Perubahan hari ini yang kau buat bukan untuk hari ini, tetapi esok. Esok bererti pada jangka waktu akan datang.

Aku sebenarnya kagum orang yang boleh tengok masa depan. Orang yang boleh fikir panjang. Bukan fikir pendek. Fikir untuk kejap lagi. Tapi kemudian akan ada masalah dikemudian hari. Aku tak tahu fikiran aku macamana. Mungkin aku seorang yang tak pandai berfikiran panjang. Huhhh. Aku stres memikirkannya. Aku selalu tak dapat buat keputusan tepat. Aku selalu menyesal.

Contoh yang paling terdekat kita boleh tengok orang yang beli takaful. Kalau yang beli tu pasti berfikiran panjang. Yang terus tolak tu pasti berfikiran pendek. Jangan marah aku. Mereka bukan tak mampu. Rata rata mereka mampu. Mereka boleh bayar astro kurang kurang pun rm45 sebulan. Atau beli topup seminggu 10rm atau makan kfc ke mcd sebulan sekali. Atau reward untuk diri sendiri kononnya beli beg mahal atau kasut mahal atau i phone 8.



Padahal takaful ni bagus untuk jangka masa panjang. Kalau tak mampu ambik mahal ,ambik murah je. Hei, kena tengok agen yang jujurlah ye.

Kalau bukan untuk kita ni tetapi fikirlah untuk orang yang akan meneruskan kehidupan waktu kita tiada nanti. Aduhai, aku promote suruh beli takafullah pulak kan. Ha ha ha.

Aku tahu, banyak yang perlu dikupas. Ye aku tahu, kau serik dah kena tipu, bayar mahal, bila nak claim tak dapat apa apa! Apa ni!!! Buat bakar darah je kannn. Padahal ada orang beli pinggan mangkuk pun kena tipu. Nak beli beg pun ingatkan ori tapi palsu, dah kena tipu lagi. Aduhai... Sadisnya hidup.

Kalau tak dapat claim ko kata agen penipu. Kalau dapat duit kau sapu. Bila tiap bulan agen suruh bayar polisi kau jemu. Polisi pun dah mati kau jadi haru. Bila kau minta sambung padahal kau dah sakit agen kau buru. Agen pun apa lagi larilah laju laju.

Tulah salah satu contoh. Kalau nak beli takaful email aku. Ha ha ha.

Apapun kita kena berubah. Itu keypointnya. Banyak seminar, kursus kursus motivasi yang poinnya suruh kita berubah. Betul tak? Kalau masih di takuk lama kau tak kan berubah. Perabut kat rumah pun  setahun sekali kita mesti alihkan, langsir kita tukaukan, baju apa tah lagi.

Belum cerita politik. Banyak berubahkan. Ha ha ha.

Kalau nak cerita pasal berubah, kita kena istiqomah. Perubahan bukan hanya pada kata kata tetapi tindakan. Raikankanlah walau perubahan itu nya sedikit. Walaupun ia kecil sangat. Bermaksud raikan tu bukanlah buat kenduri ke, belanja member makan sampai perabeh duit ke. Bukan. Raikan macam sujud syukur.

Berterima kasih pada Allah dengan sungguh sungguh tau. Aduhai tahu tak, nak berubah bukan senang. Cuba tanya orang gemuk tu, betapa seksanya nak berjoging. Seksa wei. Kalau tak berani nak berubah kau akan terus gemuk malah lebih gemuk dan tak sihat.

kalau Allah dah arahkan untuk kita berubah tu, satu rahmatlah tau. Dan kita kenalah sentiasa berada dalam landasan yang betul kearah perubahan yang lebih baik. Bukan bertambah tak baik. Ingat, perubahan itu kena lebih baik. Macam dari tak pakai tudung kepada pakai tudung.

Soalan aku, kau berani nak berubah tak? Aku? Sedang dalam proseslah ni. Doakan aku tau. (tiber...)  Hahahaha

Apapun aku aku stop dulu. Panjang sangat dah ni.



Thursday, September 13, 2018

Kenapa malas nak pergi kerja?

Kau ada kerja tapi malas nak pergi kerja, malas nak buat sales tapi tiap bulan asyik cek maybank 2u kot kot gaji dah keluar. Kau bising gaji sikit padahal satu hapah sales pun ko tak buat!? Pastu sedih nak cari kerja lain.

Duduk rumah, makan tido tengok tv apatah lagi sekarang ni astro bagi free channels hbo dan korea kegemaran kau. Mula mula tengok tv makan kacang almond dan gajus, pastu lepas seminggu kuku tangan kau gigit sebab kat dapur beras pun tinggal habuk.

Kau dah beli kasut tapi tak pakai, biasa anai anai yang pakai. Sampai buruk, lunyai baru ko nak sedih padahal kau baru beli selipar baru. Dan kau sebenarnya suka pakai selipar bukan kasut tumit tinggi. Dan kasut tumit tinggi kau lebih banyak dari selipar.

Kau beli buku tapi tak pernah habis baca. Ada yang elok berhabuk tak bersentuh sampai hujung kulit buku bergulung sedikit. Pastu bila adik kau nak pinjam dan tak pulang pulang kau bising. 🙄

Kau dah rancang nak kuruskan badan untuk pergi berjogging, dan set jam nak bangun awal sebab kau akan bad mood kalau subuh kau lewat. Tetiba memang kau bangun subuh lewat dan kau bising kat mak kau kenapa tak kejut kau. Pastu bila kau berzikir kau tertidur sampai pukul 8 lima minit. Kau kecewa sangat. Dan itu alasan yang paling baik kenapa kau tak keluar jogging. Huh!



Pastu kau makan nasi lemak lauk rendang. Berat tu! Kau tak dengar kata coach kau yang kau bayar 90rm untuk satu kelas diet. Walaupun 90rm tu bukan 900rm, duit tetap duit. Bukan salah coach kau tapi salah kau sebab tak tahan tengok nasi lemak, roti canai 🤦🤦🤦 padan muka kau, berat kau dah nak 100kg padahal tinggi kau cuma 150cm. Dan ayat kau selalu begini. 'Aku hanya manusia biasa, tak tahan godaan...' 'Esoklah diet'  abah kau!!!!

Sebab itu kau masih bawah ketiak mak abah walhal kau nak separuh abad. Bila orang mengata kau sedih dan berdendam. Huihhh puiiiihhh!!!!

Thursday, August 11, 2016

KUBUR


Sedutan dari ceramah Ustaz Kazim. Allahurabbi..

Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..

Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..

Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..

Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.

Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...

Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.

Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."

Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.

Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang..' Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..

Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Pilihlah mana yg kamu nak buat.

Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa.

-Ustaz Kazim Elias-


Wednesday, July 13, 2016

Dua KUNCI Rezeki



Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer.. kenapa ya ustaz?

Ustaz : Abang ada ibubapa ke?

Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.

Ustaz : Abang ada isteri tak?

Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...

Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

(pengadu diam termenung.)
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?

Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?

Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

(Tak lama dia datang jumpa saya.)
Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta..

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Kredit : Ustaz Ebit Lew

...sharingiscaring

Sunday, June 19, 2016

Jangan Buka Aib Orang


Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.

Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt.

Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah swt menjawab,

"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,

"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.

Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.

Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.

Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi,

"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"

Lalu, ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.

Nabi Musa bertanya kepada Allah,

"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?

Allah swt menjawab,

"Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?" 😭


1⃣ *JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG*

2⃣ *TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA*

3⃣ *UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA*

4⃣ *DUNIA DIPENUHI KINI DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI*

Buat renungan kita bersama




PESAN ROH KEPADA MANUSIA

PESANAN ROH PADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Renungkanlah.....
Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.
Tak Perlu Meminta Izin..
Silakan Share & Sebarkan,
Semoge Ianya Membawa Manfaat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...