Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...

Baru lima bulan kawin,dah nak kawin satu lagi? tak pelik...tapi...adoi!!

sedang saya membelek-belek akhbar, saya tertarik dengan permasalahan wanita ini. dan Dang Setia menjawabnya pun saya agak tertarik...mmm...jom ek..saya copy paste jerw..huhuhu...-sumber-myMetro-


SAYA berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga lima bulan lalu. Saya terpaksa hidup berjauhan dengan suami kerana kerja.

Sebelum kami berkahwin, suami pernah menyuarakan hasrat ingin berpoligami.
Ketika itu saya menyangka dia hanya bergurau. Namun, sejak akhir-akhir ini, saya mendapati dia serius dengan kata-katanya.

Calonnya belum ada tetapi saya kecewa dengan azamnya. Seperti wanita lain, saya juga tidak sanggup berkongsi suami.

Saya tahu, Islam mengharuskan poligami tetapi ada syaratnya demi menuntut suami berlaku adil dengan semua pihak. Bagi saya, suami hanya mengambil kesempatan dengan mengikut Sunnah Rasul yang satu itu saja.
Namun, urusan lain seperti cara beribadat, makan minum serta berpakaian langsung tidak diendahkan. Melihat cara hidupnya sekarang, saya tidak nampak poligami menjadikan dirinya lebih baik.

Malah, di sekeliling saya ramai contoh lelaki yang tidak menunaikan tanggungjawab seperti sepatutnya sebaik berpoligami. Isteri pertama sering teraniaya.

Saya mengutarakan hal ini padanya, dan dia melenting. Dia turut tanya saya, adakah selama ini dia hidup seperti orang kafir? Dia turut mempertikaikan kebaikan pada diri saya tatkala saya menyuarakan tidak mahu bermadu.

Saya tidak pernah merasakan diri ini hebat. Namun, sikapnya buat saya rasa dia tidak layak. Sembahyang fardu pun kadangkala tidak cukup, apatah amalan sunat lain.

SHAH NAZ
Serdang, Selangor


jawapan...

Sebaik puan mengutarakan permasalahan ini kepada Dang Setia, teringat seimbas sedutan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ arahan Habiburrahman El-Shirazy pernah menyentuh konflik ini.

Ia mengenai syarat diletakkan oleh watak utama, Anna hanya akan menerima lamaran bakal suaminya jika dia tidak mengamalkan poligami.

Di sini, Anna membahaskan haknya tidak membenarkan suaminya berpoligami bukan tindakan menghalang urusan agama tetapi mengelak menjadi mangsa ketidakadilan yang pada pandangannya mungkin berlaku.

Melalui adegan itu, Dang Setia faham situasi puan hadapi hampir menyerupai Anna, bezanya ia dalam filem dan puan pula dalam alam realiti.

Untuk itu, andai puan sanggup menyusul langkah diambil oleh Anna dalam menghalang suaminya melaksanakan poligami, puan perlu berusaha perbaiki dan melengkapi semua keperluan suami dulu.

Tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya seperti limpahkan kasih sayang dan perhatian sehingga dia berasa tidak mungkin mendapat layanan sedemikian daripada wanita lain.

Mungkin puan perlu memikirkan untuk berada di sisi kerana faktor berjauhan mungkin mencetuskan hasrat dia memasang satu lagi.

Luahkan padanya puan tidak yakin dia berkemampuan. Kemampuan istilahnya bukan saja di segi tuntutan nafkah zahir batin, malah bersikap adil kepada isteri dan anak.

Namun, sebaik perkara itu dibangkitkan, dia sudah melenting, ini menandakan dia tidak mencakupi syarat kemampuan kerana kelemahannya mengawal emosi.

Nasihat suami puan dengan cuba meletakkan situasi di mana dia mempunyai isteri lebih daripada satu. Mampukah dia menangani tekanan sebaik mungkin, sedangkan ketika ini pun dia gagal mengawal kemarahan.

Diharap dengan nasihat itu, suami puan tidak berhasrat meneruskan poligami dan menumpukan terhadap kehidupan berumah tangga yang sedia ada.


mmm....dari saya... orang lelaki ini, atau tersebut di atas, sangat yakin dengan kemampuannya untuk memasang satu lagi, sedangkan isterinya tidak. pendek kata jika keyakinan mengatasi segalanya apa pun boleh buatkan..uhukk..^-^

5 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum,

Kesian bila isteri diletakkan dalam keadaan yang macam ni.

Susah nak cakap.

pencari kata-kata said...

Ketika Cinta Bertasbih. Cerita yg bagus. ^^

Ary said...

@kunang-kunang

waalaikumsalam...

tulah pasal...

@pencari kata-kata

cerita yang punya pengakhiran yang sume orang inginkan...

[sutera kasih] said...

KCB terbaek..byk input baru yg syg dpt dr cerita tu


...jgn jd kan alasan agama utk memenuhi keinginan..hmmm

Ary said...

betul tu yann..yg baik kita jadikan amalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

naK CakaP sKITT jeR...

* assalamualaikum...

*saya nak bagitahu, yg saya menulis kengkadang ikut atie, kengkadang suke atie.
*namun,saya minta maaf jika ada yg terasa or tersinggung...tapi usahlah tersinggung... sume entri peribadi kebykkan pasal kisah saye jerk...huhuhu...
*kengkadang tulisan saya sgt berhati2...coz ada yang saya copy n paste.
*sape nak copy n paste silalah...x marah pon...tapi..x de pape pon yang menarik kecuali yg di copy n paste...
*kalu rajin tu, tinggalkan lah komen atau jejak SMTI..x paksa eh..
*background belog nih sentiasa berubah2 ikut keadaan dan kerajinan...jgn marah eee....
*akhir kata...salam Nur Kasih dari saya...:)