ntah kenapa, saya begitu tertarik dengan isu2 yang berkaitan perkahwinan akhir-akhir ini.. dan hari ni jom kita kongsikan cerita trauma seorang gadis bersama dang setia.
SAYA berumur 34 tahun dan sewajarnya mempunyai keluarga. Namun nasib saya tidak sebaik orang lain kerana sehingga kini saya masih mencari teman sesuai untuk membina keluarga bersama.
Meskipun ada yang mencuba nasib melamar saya, saya ragu-ragu untuk menerima hasrat mereka kerana saya pernah mengalami nasib malang lima tahun lalu. Saya pernah ditinggalkan oleh bakal pengantin lelaki menjelang perkahwinan untuk bersama orang lain, menyebabkan saya trauma menerima mana-mana lagi pinangan.
Hubungan cinta saya dengan bakal suami ‘tidak jadi’ itu dibina enam tahun lalu. Dia hanya meninggalkan pesanan tidak dapat meneruskan perkahwinan kerana rakan sekerja wanita akan bunuh diri jika dia mengahwini orang lain.
Alasannya sungguh tidak munasabah, menyebabkan keluarga saya menanggung malu atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Sejak kejadian itu perasaan sedih dan marah saya bercampur gaul, menyebabkan saya tidak mempercayai lelaki lain yang mahu memperisterikan saya.
Kadangkala rasa benci terhadap lelaki membuatkan saya melepaskan amarah terhadap rakan sekerja walaupun kesilapan dilakukan terlalu kecil.
Saya sungguh rimas jika berada di tempat yang dipenuhi lelaki dan menyebabkan saya kadangkala sesak nafas.
Akhirnya saya menjadi seorang yang sukar didekati dan mudah mengamuk meskipun perkara itu remeh. Dang Setia, bagaimanakah saya mahu menjauhi perasaan dendam?
ZUE
Klang, Selangor
ini jawapannya...
Sebaik meneliti permasalahan Zue, Dang Setia dapati Zue dihantui ‘malaxophobia’ iaitu perasaan fobia untuk melalui pengalaman bercinta sekali lagi. Ciri yang dapat diperhatikan ialah Zue tidak selesa dan sangat sensitif dengan kehadiran mana-mana lelaki meskipun mereka rakan sekerja.
Perasaan marah dan trauma diperoleh daripada kenangan lalu mengakibatkan Zue melepaskan ia kepada lelaki yang cuba mendekati Zue.
Malah, Zue turut berasa ragu terlampau dengan setiap niat baik lelaki yang berhasrat memperisterikan Zue.
Ini kerana Zue sangat terluka dengan pengalaman ditinggalkan bekas teman lelaki pada saat majlis sudah siap sedia menanti kehadirannya.
Kesan dilukai terlalu dalam menyebabkan trauma, sekali gus menghapuskan semua perasaan dan tanggapan positif yang wujud terhadap lelaki.
Menurut perspektif ilmuan Islam seperti Imam Ghazali kelakuan seumpama ini satu bentuk demonstrasi kepada qada’ dan qadar tuhan.
Seharusnya sebagai Muslim, musibah ini dilihat sebagai cubaan daripada Allah SWT dan perlu ditenangkan dengan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun.
Firman Allah: “...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah kami kembali.” (Al-Baqarah, 156)
Dengan ini, Zue akan berasa tenang dan dapat menerima hakikat dia mungkin bukan diciptakan untuk Zue dan Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik buat Zue.
Selain itu asuhlah hati Zue yang mulai ‘membeku’ dengan Istighfar dan kemaafan. Dua perasaan ini penawar terbaik buat hati mereka yang penuh dengan kemarahan dan kehampaan.
Selain itu, ceriakan diri dengan fikiran lebih optimis dan lupakan kisah lalu dengan memberi peluang kepada mana-mana lelaki yang ikhlas memperisterikan saudari.
Tidak salah mencuba dan memberi peluang kepada mereka supaya Zue dapat melihat keindahan di sebalik keperitan percintaan lalu.
dari saya, saya suka dengan jawapan yg diberi dang setia. sebenarnya ramai orang yang mengalami trauma ini dengan pelbagai sebab. antaranya masalah ibu bapa bergaduh/bercerai, halangan keluarga dan masalah zue tersebut. dan ia berkaitan dengan perkahwinan.
bayangkan sejenak kita ditempat zue... memang trauma. namun, kita hendaklah bersangka baik dengan Allah sentiasa. ada hikmah yang mungkin kita tak tahu yang menanti kita di hadapan. Insya'Allah..sabarlah selalu...
Showing posts with label dari dada akhbar. Show all posts
Showing posts with label dari dada akhbar. Show all posts
Thursday, September 22, 2011
Wednesday, September 21, 2011
Maafkan kami ya Rasulullah
INI hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.
Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?
Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya.
Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang.
Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?
sumber artikel: Tazkirah Remaja Bersama Mohd.Zawawi Yusoh
Tuesday, September 20, 2011
bakal tunang lesap dengan RM16,000
KUALA LUMPUR: Seorang wanita 29 tahun bukan saja kerugian RM16,000, malah dia dan keluarga terpaksa menanggung malu apabila majlis merisik dan pertunangan di rumahnya di Sepang Putra, Sungai Pelek, Selangor, terpaksa dibatalkan kerana rombongan keluarga lelaki tidak hadir, kelmarin.
Lebih mengaibkan apabila semua jemputan daripada keluarga terdekat, rakan dan jiran tetangga sudah menunggu rombongan keluarga lelaki sejak jam 12 tengah hari, namun sehingga jam 7 malam kelibat rombongan lelaki itu masih tidak kelihatan.
Difahamkan, selain memberikan RM10,000 digunakan sebagai wang hantaran kepada teman lelakinya berusia 26 tahun, mangsa juga memberikan RM6,000 kepada suspek digunakan bakal tunangnya itu sebagai perbelanjaan rombongan merisik dan meminangnya.
Selepas gagal menghubungi lelaki terbabit, selain kegagalan rombongan keluarganya datang ke majlis berkenaan seperti dijanjikan, barulah mangsa menyedari dia dan keluarga ditipu.
sumber myMetro
takutnya jadi macam ni. sebenarnya dah lama situasi tersebut berlaku di negara kita. bagi saya, biarlah menahan sakit, daripada menanggung malu atau dimalukan.... jauhkanlah... semoga kita semoga sentiasa dalam perlindungan Allah...Insya'Allah..
Friday, September 16, 2011
Baru lima bulan kawin,dah nak kawin satu lagi? tak pelik...tapi...adoi!!
sedang saya membelek-belek akhbar, saya tertarik dengan permasalahan wanita ini. dan Dang Setia menjawabnya pun saya agak tertarik...mmm...jom ek..saya copy paste jerw..huhuhu...-sumber-myMetro-
SAYA berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga lima bulan lalu. Saya terpaksa hidup berjauhan dengan suami kerana kerja.
Sebelum kami berkahwin, suami pernah menyuarakan hasrat ingin berpoligami.
Ketika itu saya menyangka dia hanya bergurau. Namun, sejak akhir-akhir ini, saya mendapati dia serius dengan kata-katanya.
Calonnya belum ada tetapi saya kecewa dengan azamnya. Seperti wanita lain, saya juga tidak sanggup berkongsi suami.
Saya tahu, Islam mengharuskan poligami tetapi ada syaratnya demi menuntut suami berlaku adil dengan semua pihak. Bagi saya, suami hanya mengambil kesempatan dengan mengikut Sunnah Rasul yang satu itu saja.
Namun, urusan lain seperti cara beribadat, makan minum serta berpakaian langsung tidak diendahkan. Melihat cara hidupnya sekarang, saya tidak nampak poligami menjadikan dirinya lebih baik.
Malah, di sekeliling saya ramai contoh lelaki yang tidak menunaikan tanggungjawab seperti sepatutnya sebaik berpoligami. Isteri pertama sering teraniaya.
Saya mengutarakan hal ini padanya, dan dia melenting. Dia turut tanya saya, adakah selama ini dia hidup seperti orang kafir? Dia turut mempertikaikan kebaikan pada diri saya tatkala saya menyuarakan tidak mahu bermadu.
Saya tidak pernah merasakan diri ini hebat. Namun, sikapnya buat saya rasa dia tidak layak. Sembahyang fardu pun kadangkala tidak cukup, apatah amalan sunat lain.
SHAH NAZ
Serdang, Selangor
jawapan...
Sebaik puan mengutarakan permasalahan ini kepada Dang Setia, teringat seimbas sedutan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ arahan Habiburrahman El-Shirazy pernah menyentuh konflik ini.
Ia mengenai syarat diletakkan oleh watak utama, Anna hanya akan menerima lamaran bakal suaminya jika dia tidak mengamalkan poligami.
Di sini, Anna membahaskan haknya tidak membenarkan suaminya berpoligami bukan tindakan menghalang urusan agama tetapi mengelak menjadi mangsa ketidakadilan yang pada pandangannya mungkin berlaku.
Melalui adegan itu, Dang Setia faham situasi puan hadapi hampir menyerupai Anna, bezanya ia dalam filem dan puan pula dalam alam realiti.
Untuk itu, andai puan sanggup menyusul langkah diambil oleh Anna dalam menghalang suaminya melaksanakan poligami, puan perlu berusaha perbaiki dan melengkapi semua keperluan suami dulu.
Tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya seperti limpahkan kasih sayang dan perhatian sehingga dia berasa tidak mungkin mendapat layanan sedemikian daripada wanita lain.
Mungkin puan perlu memikirkan untuk berada di sisi kerana faktor berjauhan mungkin mencetuskan hasrat dia memasang satu lagi.
Luahkan padanya puan tidak yakin dia berkemampuan. Kemampuan istilahnya bukan saja di segi tuntutan nafkah zahir batin, malah bersikap adil kepada isteri dan anak.
Namun, sebaik perkara itu dibangkitkan, dia sudah melenting, ini menandakan dia tidak mencakupi syarat kemampuan kerana kelemahannya mengawal emosi.
Nasihat suami puan dengan cuba meletakkan situasi di mana dia mempunyai isteri lebih daripada satu. Mampukah dia menangani tekanan sebaik mungkin, sedangkan ketika ini pun dia gagal mengawal kemarahan.
Diharap dengan nasihat itu, suami puan tidak berhasrat meneruskan poligami dan menumpukan terhadap kehidupan berumah tangga yang sedia ada.
mmm....dari saya... orang lelaki ini, atau tersebut di atas, sangat yakin dengan kemampuannya untuk memasang satu lagi, sedangkan isterinya tidak. pendek kata jika keyakinan mengatasi segalanya apa pun boleh buatkan..uhukk..^-^

Thursday, September 15, 2011
Ibu ugut bunuh tak restui kahwin kerana percayakan bomoh...adoiii!!
AMPANG: Hanya kerana percaya bomoh, seorang ibu memukul, menendang perut dan memijak kaki selain mengugut mahu membunuh anak gadisnya yang berusia 23 tahun kerana tidak mahu gadis itu berkahwin dengan lelaki pilihannya, kelmarin.
Difahamkan, teman lelaki mangsa yang berusia lewat 20-an itu pilihan ibu mangsa yang menyatukan mereka, namun disebabkan terlalu percaya kepada bomoh, si ibu menghalang pula hubungan mereka.
Menurut sumber, mangsa dipercayai melarikan diri dari rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, selepas bengkak dan lebam pada badan akibat tindakan ibunya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.
Katanya, ibu gadis terbabit yang berusia 50-an bertindak sedemikian selepas mendapat perkhidmatan seorang bomoh untuk menilik nasib mangsa dan teman lelakinya.
“Malangnya, keputusan tilikan nasib itu kononnya mangsa dan teman lelakinya tidak boleh berkahwin kerana akan berlaku perceraian menyebabkan si ibu mahu dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu.
“Bagaimanapun, hari perkahwinan mereka semakin hampir menyebabkan mangsa enggan berbuat demikian dan mengundang kemarahan ibunya,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa tidak dapat menerima hakikat apabila ibunya menyuruh dia memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran.
“Ketika pertengkaran itu, ibu saudara mangsa masuk campur dengan memukul, menampar dan menarik rambut mangsa menyebabkan dia terjatuh.
“Malah, ibu saudara memukul kepala mangsa beberapa kali. Mangsa cuba bangun, namun tidak berdaya,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, sumber mendakwa mangsa menerima ‘habuan’ lebih teruk apabila ibunya menendang perut dan memijak kakinya.
Selain itu, mereka dipercayai mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya mangsa keluar berjumpa teman lelakinya.
Berikutan itu, mangsa melarikan diri dari rumahnya dan membuat laporan polis.
-sumber-myMetro
masya'allah....apa nak jadik..
hope mak saya x cenggitu...
kalu x...parahlah saya..adoii...
oleh itu, cuba2lah baca SYIRIK DAN BAHAYANYA...
ok...renung-renungkan...selamat beramal...^_^
Wednesday, September 14, 2011
Pasangan berasmara dalam kereta cuba lari kemalangan
boleh baca lagi di myMetro
boleh sebenarnya kita buat maksiat tapi....
(sumber)
Alkisahnya terdapat seorang ulama sufi bernama Abu Ishaq Ibrahim bin Adham (wafat 782 M) dulunya adalah seorang Raja Balakh yang meninggalkan istana dan kemudian menjadi seorang sufi yang sangat termasyhur. Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adhamuntuk mengadukan sesuatu hal. Berikut merupakan perbualan mereka.
Lelaki itu: Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.
Ibrahim: Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.
(Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar dan bertanya)
Lelaki itu:Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?
SYARAT PERTAMA
Ibrahim : Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.
(Mendengar itu lelaki itu mengernyitkan kening)
Lelaki itu: Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim: Ya! (Tegas Ibrahim bin Adham.) Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?
SYARAT KEDUA
Ibrahim: Yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! (Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.)
Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?
Lelaki itu: Ya! Anda benar.(Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.)
SYARAT KETIGA
Ibrahim: Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
Lelaki itu: (Terperanjat) Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?
Ibrahim: Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?
(Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.)
SYARAT KEEMPAT
Ibrahim: Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amalsoleh'.
(Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar)
Lelaki itu: Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?
Ibrahim: Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkauboleh lari dari kemurkaan Allah?
SYARAT KELIMA
Lelaki itu: Baiklah, apa syarat yang kelima?
Ibrahim: Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
(Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.)
Lelaki itu: Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.
(Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.) Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah. (Sambil terisak-isak)
Friday, September 9, 2011
Tiada Belas Kasihankah?
susalan berita ini....klik gambar untuk baca selanjutnya...
- jika benar, mengapa 7 anaknya tidak peduli kepada seorang bapanya yg uzur?
- 7 orang anaknya...tentu juga ada cucu yg sudah besar
- dibuang oleh anak kandungnya sendiri
- mencuri pula duit bapanya
- ingin meraikan hari raya bersama...
*saya tertanya2, sejauh mana sahihnya berita ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)