Wednesday, September 12, 2018

Dah solat isyak ke belum?

Beristighfar, bila kau rasa kesedihan sedang melalui setiap nafasmu.


Seketika kau akan rasa terkontang kanting tanpa arah walaupun kau sebenarnya seorang diri di dalam bilik. Kau akan rasa nak lari dan mula akan terbayangkan tepian pantai, hutan rimba, atas bumbung atau dimana mana sahaja berdasarkan imaginasi kau saat kesedihan itu berlaku.

Tapi sekarang malam, dan kau perempuan. Dan kau sejenis makhlok penakut.

Pada saat itu juga kau rasa sunyi. Pada dalam 2-3 minit gitu. Lepas itu kau akan teringat beberapa nama dan wajah orang orang yang boleh kau mengadu kesedihan itu.

Satu situasi kau mungkin terus telipon orang tersebut. Mengikut akal yang sedih dan kurang waras pada saat itu, kau meluahkan segala galanya non stop. Kau akan berkata bahawa kau tak bersalah dan kau akan membanggakan diri yang kau betul. Orang lain salah dan yang pasti kau mahukan orang yang kau telipon itu bersetuju 100% dengan apa yang kau kata. Kalau jenis tak setuju, ada sahaja yang tak betulnya kau ni, nama tersebut tiada dalam senarai orang orang yang patut kau hubungi. Itu kata kau. Walhal itu kakak kau. Bila kau tak ada duit, dia kau rengek.

Dalam situasi lain, kau tidak punya sesiapa. Kau berfikiran begitu padahal ramai sahaja orang di sekeliling kau. Namun pada pendapat kau mereka semua tak paham kau. Atau sebenarnya kau tak percayakan mereka. Sebabnya kau pernah terkena dahulu. Dikhianati mungkin. Itu istilah kau. Padahal kawan kau mengadu kat mak kau je.

Akhirnya kau tidak memilih mana mana situasi itu. Kau hanya termenung di atas katil. Konon sedih sangat. Padahal itu memang salah kau. Kau rasa nak panggil doraemon suruh pergi kembali saat masalah yang buat kau sedih itu berlaku. Tak pun superman. Atau ada mesin masa ke. Eh, mana manalah!

Tapi sebenarnya kau sedih sangat. Kau pulak jenis yang berimaginasi tinggi. Dari lautan ke angkasa kau teroka. Tak jugak surut sebak di dada. Takkan nak isap dadah kot????!!!!

Akhirnya kau pergi pada perkataan pertama tadi. BERISTIGHFAR. Nak ambik air sembahyang kau masih merajuk dengan mak kau. Kalau keluar bilik nanti bertembung dengan mak kau, kau dah jadik malu. Kau fikir dalam tengah malam nantilah kau solat hajat ke, taubat ke.

Kau pun ambik tasbih dan berzikir. Akhirnya kau tertidur sampai pagi.

Dahlah. Jangan nak sedih sangatlah. Janji kau dah solat isyak. Kau dah solat isyak belum? 🙄

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...