Saturday, August 15, 2009

Anti Dan Ramadhan Saya

Ramadhan Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum…

Kali ini saya agak sibuk. Sambung belajar dan membuat kerja sambilan. Bulan Ramadhan ni pula nak berniaga acar rempah -belajar resepi daripada anti- sape2 nak beli, leh bagitahu eh.. maklumlah, sebelum ni saya tidak bekerja, Cuma jadi penanam ‘anggur’ di rumah. Walaupun ada membela ikan, itu cuma hobi dan minat saja. Kalau nak jadi pendapatan pun, agak lama hasilnya.Curi2 waktu saje nih. Hehehe…tgh rajin bukan kira dimana pun.
Saya amat menyukai bulan Ramadhan. Hinggakan saya berangan2 jika ditakdirkan saya mempunyai anak lelaki kelak, saya akan menamakannya 'Muhammad Ramadhan'. Namun, Ramadhan yang 3 tahun ini amat mencabar bagi saya. Dalam menunggu-nunggu Ramadhan kali ini, terselit kebimbangan yang bukan sedikit. Apakah yang akan menanti saya pada Ramadhan tahun ini? sepanjang 3 tahun ini, air mata mengiringi Ramadhan saya. Saya berdoa semoga Ramadhan kali ini memberi sinar kebahagiaan kepada saya dan keluarga....insya'allah..
Kenapa dan mengapa saya jadi penanam ‘anggur’ tidak perlulah saya ceritakan…buat menyakitkan mata yang membaca jer.lainlah kalau ader sape2 nak tahu bolehlah bagth saya. Insya’allah…saya akan ceritakan pengalaman saya. Menarik juga tau walaupun sakit mata...Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.
Saya pernah menceritakan pada posting yang lepas,‘amat sempurna walaupun tidak sempurna’ mengenai anti,mak angkat saya. Mmm...saya sambung lagi ya.
Anti mempunyai pelbagai pengakit pada usianya 28 tahun lagi. Boleh dikatakan semua penyakit anti ada. Lengkap kata anti. Pengakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gaut, dan macam2 lagi. Sekarang ni pun anti diserang deman yang agak membimbangkan. Walaupun kadang2 saya tak nampak kesakitan anti, anti tetap nampak tabah. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Semoga anti lekas sembuh. Tengahari tadi saya ada belikan anti kueh tiau goreng +air sirap laici. tapi sikit jer makannya. Nak buat mcmn, org dah x selera. Anti bagi saya rm10, saya menolak, kerana harga nya tak sampaipun rm5. Tapi anti bagitahu yg nanti belikan anti untuk makan malam pula. Lebih tu ambiklah... saya pun ambik saja dan mengucapkan terima kasih.
Satu perangai anti ialah, anti tak suka menyusahkan orang,melainkan terpaksa. Itupun anti akan meminta maaf berkali2 kerana menyangka yang anti sudah menyusahkan org. Jika anti mengirim barang pula,saya terpaksa mengambil duit jumlah apa yang dikirimnya, walaupun rm2 saja. Jika tidak,anti tidak akan mengirim apa2 barang daripada saya atau anak2 angkatnya yang lain. Dah tu kena marah pula. garang juga anti ni tau..hehehe..
Anti yang pernah mendirikan rumah tangga suatu ketika dahulu,tidak dikurniakan cahaya mata. kami nilah anak2nya, anak2 angkatnya,kawan2 saya. Kamilah tempat anti bermanja selain drpd anak2 buahnya yang saya pernah jumpa sekali sekala..Maklumlah pemalu..huhu.. Malah, kami sebenarnya yang berlebih2 manja dengan anti. Anti sebenarnya ibarat tempat mengadu segala masalah yang kami hadapi. tak kiralah masalah tu bagaimana jenisnya. Yang bestnya, pendapat anti jenis yang 'boleh pakai', malah lebih pada nasihat2 yang amat bermanfaat.
Saya mengenali anti sewaktu bulan Ramadhan hampir 3 tahun yang lepas oleh kawan saya. Kali pertama jumpa, saya berbuka puasa dirumah anti. Namun pada hari tersebut, kami cuma makan nasi ayam yg dibeli kerana kesihatan anti tidak mengizinkannya untuk memasak. Bermula pada hari itu, saya menjadi salah seorg anak angkat kesayangan anti...ye ker(?) huhu...Kami sebenarnya 'berebut2 tahta' anak angkat kesayangan anti. Saya mungkin berada ditangga ke 2 atau 3. Namun, bukanlah bermakna segala yang kami lakukan kerana ada maksud 'berebut tahta' tu. Mak saya selalu pesan,berbaktilah pada anti selagi hayatnya. maka saya berpegang kata2 mak saya tu.
Dalam pada tu, dah panjang sgt rasanya coretan yang bukan coretan lagi nih. Lain kali saya sambung lagi ya.......

Dan buat pembaca sekalian...selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ini...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...