Saya terpanggil untuk menceritakan sesuatu. Saya bukanlah seorang yang rajin menaip,selalunya copy and paste je. Ialah, peribahasa arab pernah menyatakan bahawa jika kita mahu membuat sesuatu, kita akan cari jalan. Jika kita tidak mahu membuat sesuatu, kita akan cari alasan. Coretan saya ini sekadar renungan bersama. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
Saya mempunyai seorang mak angkat, yang saya panggil anti. Orangnya sudah pun berusia dalam 55 tahun,hidup seorang diri,dan berstatus oku-orang kurang upaya-, kerana lumpuh separuh badan, namun masih boleh berjalan walaupun secara amat payah,dan hanya sebelah tangan dapat berfungsi dan perbagai penyakit lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Berkesempatan mengenali anti, banyak yang saya pelajari terutama tentang kehidupan. Selalu saya mengeluh kerana sesuatu perkara yang mampu saya lakukan namun selalu mencari alasan tidak,kerana malas,atau tidak minat melakukan sesuatu perkara itu. Ada juga kerana saya tidak yakin dan mengharapkan ada org lain yang tolong buatkan untuk saya.-hidup terlalu bergantung pada orang- Tetapi tidak pada anti. Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
Segalanya anti lakukan sendiri,membasuh,memasak,menanam pokok bunga,mengemas rumah dan segala yang manusia normal lakukan,mampu dilakukan oleh anti. Saya amat kagum,sering kali singgah dirumah anti, rumahnya kelihatan sangat bersih dan teratur. Pada pandangan saya anti seorang yang amat pengemas dan pembersih. Masakan anti pula sungguh sedap dan menyelerakan.
Suatu hari, saya berkesempatan tidur dirumah anti,seingat saya puasa tahun lepas. Saya datang pada waktu tengah malam, banyak perkara kami borakkan sampailah waktunya untuk saya tidur. Anti mengejutkan saya pada waktu hampir pukul 4.30pg untuk bangun sahur. Saya amat terkejut kerana segala2nya sudah tersedia. Makanan dan air terhidang dihadapan saya. Saya merungut juga, kenapa anti tak kejutkan saya,sepatutnya saya yang masak, namun anti mengatakan yang anti sudah biasa, dan mengatakan yang saya ini tetamu,patut dimuliakan.
Saya bertanya pada anti waktu anti bangun untuk masak, dan jawapan anti pada pukul 3 pg. Saya teruskan makan seberapa selera yang mungkin kerana tidak mahu mengecilkan hati anti,kerana saya amat memahami perasaan tukang masak,amat kecil hati jika masakan yang dimasak tidak dimakan, atau dimakan sedikit sahaja. Saya rasa semua tukang masak sama ada profesional atau tidak akan merasai perasaan ini.
Pada petangnya pula,saya berkesempatan menolong anti didapur,setelah pulang dari kerja waktu itu. Tambahan pula ramai yang akan berbuka iaitu kawan2 saya yang merupakan anak angkat anti juga. Sewaktu melihat anti memotong bawang, bagai hendak menitis air mata ini melihatnya. Dengan tenaga sebelah tangan itulah anti memotong bawang. Bawang besar diletakkan di atas pemotong kayu lalu perlahan-lahan dihirisnya. Begitulah dengan bahan2 yang lain. Bawang putih, halia, ikan bilis, semuanya anti buat sendiri. Barulah saya sedar,mengapa anti mengambil masa yang lama untuk masak.
Saya hampir tidak membantu apa-apa kerana semuanya sudah disiapkan oleh anti. Saya cuma tolong ‘kacau’ dan susun yg mana patut untuk kawan kawan yang akan datang nanti. Seperti yang saya kata,masakan anti memang sedap. Habis kami semua makan,dan nampak kepuasan diwajah anti kerana masakannya di habiskan.
Anti pula tidak gemar menerima pujian kerana katanya apalah sangat dia mampu buat untuk kami semua. Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada. Pada hari itu sebenarnya byk memberi pengajaran kepada saya. Anti tidak sempurna,tetapi amat sempurna pada pandangan mata saya.
-Jika ada kesempatan saya akan bercerita lagi mengenai anti yang patut kalian tahu,itupun jika ada yang sudi membaca coretan yang panjang ini…
2 comments:
wow anti itu murni!
yup...memang murni...byk nak citer nih..tapi dah mula bz plak..
Post a Comment