Sunday, August 9, 2009

gastrik...ooh gastrik

hari tu sakit gigi
la ni...petang tadi bawa ke sekarang..jam 1 lebih nih
ary di serang gastrik
aduhai.....
makan x tentu nilah...
jarang kena, tapi sekali kena..terguling2..


sedikit info tentang gastrik


Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.

Puncanya pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).

Bagi kes gastric yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori)
(sumber:hospital.....)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...