Saturday, December 15, 2012

Pasu yang Retak


Seorang wanita tua cina mempunyai 2 bekas pasu air yang di gantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai kerumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.

Keadaan itu berlaku setiap hari selama 2 tahun. wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlaku dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

"Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah disepanjang perjalanan ke rumahmu."

Wanita tua itu tesenyum dan berkata

" sedarkah kamu akan bunga-bunga dibahagian laluan kamu, tetapi tidak dilakukan dilaluan pasu yang lagi satu. Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga dibahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini."

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi keretakan & kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik yang bermanfaat. Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...