Sunday, December 5, 2010

entah kita bila lagi

assalamualaikum....
ingat lagi anti?
pada 25 nov bersamaan 18 dzulhijjah, anti telah meninggalkan saya buat selama2nya...
sampai sekarang rindunya saya pada anti hanya Allah saja yang tahu. dua hari sebelum tu, anti ada menelifon saya sambil menangis. anti mengadu perutnya yang lapar tapi tidak boleh nak makan kerana sakit tekak. namun begitu saya diberitahu, bahawa pemergian anti adalah kerana komplikasi jantung yang tidak stabil. itulah kali terakhir saya mendengar suara anti yang sedih pilu.
banyak kenangan saya dengan anti yang tak mungkin saya lupakan, walaupun pengenalan anti dan saya hanya tercipta kira-kira 3 tahun sahaja, tapi byk yang kami kongsi bersama.
semoga roh anti di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...

entah kita bila lagi. dua orang kesayangan saya telah meninggalkan saya dalam tempoh 3 tahun ini. sedih memanglah sedih. kadang kala tu saya tak dapat nak terima kenyataan. sebab itu, iman kita mesti kuat, hati kita pun akan kuat dan akan redha menghadapi apa sahaja. kita yang hidup ni kena teruskan hidup. kena teruskan juga walaupun kita tak mahu, walaupun kita tak sudi.

*sedey....

Thursday, August 12, 2010

semut di atas simen bersih


happy mubaraks day....
panas siang tadi
tajuk diatas sebenarnya bukanlah apa yang berada dalam fikiran untuk diterjemahkan
tapi
tak tahulah
sekarang ni semakin sukar
untukku menterjemahkan rasa
semakin sukar
untukku memperlihatkan kata2 dlm bentuk tulisan
menzahirkan sesuatu dalam maksud yang jelas

takut(?)
aku tak tahu....


miskin yang semakin miskin
rasa yang semakin hilang rasa
kalah yang tanpa siapa tahu

kata2 3 baris diatas ini
adalah kata2 yang sentiasa berlegar2 dalam fikiranku 2-3 hari ini
aku masih mencari maksudnya
aku masih mencari kaitannya

seperti aku dapat mencari maksud kata2 ini
pinggan kotor yang berminyak,telah dcuci dgn sabun tapi jika dibiarkan tanpa d bilas selama 10 minit minyaknya kembali semula

ya
aku faham maksud kata2 itu
mengikut pemikiranku sendiri

mmm....

*ary: masih mencari.....

Wednesday, August 4, 2010

Banci - ada yang benci...


salam sume...
dah lama tak balik blog. kira x boleh dikira didiamilah ni..
hehe...
kira blog ni rumah peranginan jer..balik sekali sekala.
:)
ary nak cite pasal pengalaman ary sebagai pembanci ni.
ada baiknya ary sertai pembanci kali ni. pertama, kenal ngan orang kampung. maklumlah selama ni ary ni cam kera sumbang. x kenal orang kampung. keduanya ary dapat tahu dan semakin faham ngan gelagat manusia2 di bumi malaysia ni. mcm2.. sabar jerlah.....
huhuh...banyak lagi nak citer...huhu...masa menceburuiku...
ada masa ary citerkan pengalaman ary k...nak kena habiskan fasa 3 dulu...
da.....

Wednesday, May 12, 2010

Salam... :)

makku sayang ngan anak buah...


salam sume...lama x online nih..
dah bersawang pon...
setiap minit yang berlalu terlalu pantas rasanya,
ingin ku titipkan sesuatu....
pesan hati usah terlalu kecewa dengan akal
kerana akal bekerja mengikut pengalaman dan pengetahuan
yang terisi....


Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

(Korus)
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati


dayang-nurfaizah-erti hidup


...senyum dalam sabar...

Sunday, January 10, 2010

sejenak...



salam...wahai teman, semalam ary jumpa anti, sebelum tu anti telipon ary, anti akan ke meja pembedahan 26hb 1 ni... ary doakan semoga anti selamat, walaupun doktor kata peluang nya tipis. dalam sendu dan sebak...anti redho..ary pun.. doakan anti ya!!
sejenak ini, ary panjatkan rasa syukur kerana sehingga saat ini ary masih lagi bernafas dengan sempurna tanpa perlu mengurut2 dada, ataupun menggunakan tiup..
sejenak ini juga, dengan pernafasan sempurna ini, ary rasa sesak kerana memikirkan dosa2 yang kian bertambah, hari demi hari..
dosa? ya...dosa kecil,dosa besar...tak perlulah ary sebutkan. cukuplah ary jelaskan disini bahawa beberapa hari lepas ary bertelingkah dengan emak ary...dan..sesungguhnya ary memang bersalah.. doa besarkan itu??
walaupun ary sudah meminta maaf, dan walaupun ary tahu emak sudah memaafkan ary...tapi rasa bersalah tetap ada.. hinanya ary....:(

*usah diulangi lagi....

Sunday, January 3, 2010


salam sume... happy new year... semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun2 sebelumnya.
ary tengah layan novel ni. baca kali ke dua dah... huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...