ingat lagi anti?
pada 25 nov bersamaan 18 dzulhijjah, anti telah meninggalkan saya buat selama2nya...
sampai sekarang rindunya saya pada anti hanya Allah saja yang tahu. dua hari sebelum tu, anti ada menelifon saya sambil menangis. anti mengadu perutnya yang lapar tapi tidak boleh nak makan kerana sakit tekak. namun begitu saya diberitahu, bahawa pemergian anti adalah kerana komplikasi jantung yang tidak stabil. itulah kali terakhir saya mendengar suara anti yang sedih pilu.
banyak kenangan saya dengan anti yang tak mungkin saya lupakan, walaupun pengenalan anti dan saya hanya tercipta kira-kira 3 tahun sahaja, tapi byk yang kami kongsi bersama.
semoga roh anti di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...
entah kita bila lagi. dua orang kesayangan saya telah meninggalkan saya dalam tempoh 3 tahun ini. sedih memanglah sedih. kadang kala tu saya tak dapat nak terima kenyataan. sebab itu, iman kita mesti kuat, hati kita pun akan kuat dan akan redha menghadapi apa sahaja. kita yang hidup ni kena teruskan hidup. kena teruskan juga walaupun kita tak mahu, walaupun kita tak sudi.
*sedey....
No comments:
Post a Comment