Friday, September 23, 2011

baik hati...bila akan berakhir?


bercerita mengenai kebaikan itu terlalu banyak, bercerita mengenai kebaikan hati tu terlampau banyak, tidak terhitung. maksud saya, bukanlah saya mempersoalkan kebaikan itu.. tidak sama sekali!

kepada yang sedang membuat kebaikan.. teruskan. kepada yang akan membuat kebaikan..jgn bertangguh lagi, kepada yang belum membuat kebaikan..jgn tunggu lagi. teruskan!! kepada yang teragak-agak untuk membuat kebaikan..kenapa perlu teragak2,pasti ia sebuat kebaikan yang sudah tentu akan memberi manfaat,sekurang2nya kepada seseorang.

kepada yang sedang dilemma kerana membuat kebaikan..apa sebabnya? kebaikan yang memakan diri? kasihan..cari jalan keluar..sayangi diri anda sebelum anda menyayangi diri orang lain.. betulkah ungkapan itu? bukankah maksudnya pentingkan diri sendiri?

bagi pendapat saya, ada dua sebab. ia boleh jadi kita pentingkan diri sendiri kerana memang kita pentingkan diri sendiri atau sebab kedua, kita tidak boleh keluar dari lingkungan kehidupan lama yang sepatutnya sudah maju selangkah kehadapan kerana kasihankan seseorang atau sebab tertentu yang menghalang kita dari membuat keputusan.

ada sesiapa faham maksud saya?

ayat mudah,ialah kita membuat kebaikan kepada orang lain namun dalam masa yang sama kita membinasakan diri sendiri. kita tak boleh berhenti membuat kebaikan tersebut kerana dalam hati kecil kita ini sekurang-kurangnya masih tersisa nilai2 murni yang di himpit rasa kasihan yang teramat dalam.

lebih-lebih lagi org yg terdekat dengan kita.. tentu sukar untuk membuat keputusan.

walaubagaimanapun, segala kebaikan yang kita lakukan wajiblah disertai dengan keikhlasan. barulah pengorbanan kita membuat kebaikan tadi mencapai kepuasan yang maksima. bersangka baiklah dengan Allah krn itu yg terbaik dalam membuat keputusan.

2 comments:

Nilam suhana said...

sya setuju.. memang akan penat membuat kebaikan jika diri sendiri yang terbinasa.. tapi kalau ikhlas itu diutamakan.. kita tak akan pernah terasa melakukan kebaikan... buat baik pada org yg rapat kadang2 memang boleh makan hati sendiri.. adoi..

Ary said...

betul sgt dik..adoi...heee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...