Tuesday, July 7, 2009

...::NurKasih ~Sebuah Cerita Sambung2...~::...

Part 1


Aku memandang sekeliling...lamanya sikin ni. ketika aku memandang suasana sekeliling,aku terkesima seketika tatkala menyedari ada sepasang mata lain yang merenung aku. namun begitu,aku membalas renungan mata yang redup itu. matanya agak sepet, kulitnya secerah isi kayu yang baru dibersihkan. mulus tapi tetap nampak tegap dengan urat-urat yang sememangnya diciptakan untuk lelaki seperti dia. aku kembali merenung balas ketika bahunya berlanggar dengan seseorang. mungkin pekerja disini. apabila dia kembali mencari wajahku,aku sengaja menutup keseluruhan air mukaku ini dengan senaskah majalah yang sememangnya berada diatas meja dihadapanku. hatiku tertanya-tanya. siapa dia agaknya? kenapa memandang aku pula? cantikkah aku? atau ada yang tidak kena pada wajahku? aku meraba-raba wajahku. cuba memandang sekeliling...mana tahu kalau-kalau ada cermin yang bisa aku melihat wajahku ini. aku melatah kecil apa bila tiba-tiba lelaki yang merenung ku tadi benar-benar berada di hadapanku. dekat sangat bagiku. dalam setengah meter. aku mengurut dada. lelaki itu tersenyum sumbing. eh? kenapa pulak dia tersenyum sumbing...aku rasa tak sedap hati. mungkin lelaki rasa yang aku ni perasan tak? ah sudah. baik aku pergi dari sini. dengan selamba aku terus berdiri. lalu aku terus berjalan menonong tanpa menoleh lelaki itu. "awak..." dia memanggil. takkan panggil aku kot? aku terus barjalan menuju kemana arahnya aku pun tak tahu. "awak...tunggu kejap..." lelaki itu memanggil aku rupanya. buktinya dia berada dibelakangku sekarang. nak minta no telifon akulah tu. aku tersenyum dalam hati. apabila aku mahu memusingkn badan menghadap lelaki itu dia menghalangnya. ''jangan pusing'' aku terkejut. diam tak terkata. pelbagai persoalan yang bermain difikiran aku. ''jalan terus'' aku tak berganjak. ''awak ni siapa? tiba-tiba suruh saya jalan terus ni. nak pegi kemana?'' aku bertanya sambil memusingkan badan. aku terkejut sekali lagi kerana muka aku terlalu dekat dengan muka lelaki ini. mata aku terkelip-kelip. ''awak kebocoran...'' aku terkejut beruk. mulut aku ternganga tiba-tiba dengan tidak sengaja aku membesarkan mata. badan aku jadi kaku. apa yang berada dalam fikiran aku ialah tandas. mana tandas. mana?? mata aku melilau mencari papan-papan tanda yang menunjukkan di mana tandas. aku panik. mana toilet ni??? ''awak ikut cakap saya'' ''awak jalan depan. saya ikut belakang awak k'' aku menganguk tanpa bersuara. tiba-tiba aku teringat sesuatu. akukan baru habis periot minggu lepas. aku berhenti dari berjalan yang kononnya menuju ketandas. ''awak,toilet belah sana. aku berpusing mengadap lelaki itu……
*bersambung…......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...