Tuesday, June 28, 2016

Hukum Gantung Gambar Sebagai Perhiasan



Soalan:
Assalamualaikum Ustaz..

Maaf menggangu ustaz..semoga ustaz sentiasa dalam rahmat ALLAH..
Saya ingin bertnya,sy melihat ramai rakan seusaha Dakwah(karkun2) di rumah mereka tak di gantung gambar2 perkahwinan..
atau gambar2 keluarga..atau gambar2 ijazah..dan begitu juga sy lihat di rumah Tok2 Guru pondok..bahkan gambar syeikh atau Ulama atau Habib pun tak di gantung..yg ada cuma frame Quran..gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi..

Soalan sy yg pertama ada dalil ke yg kata kita tak boleh gantung gambar..
Yang kedua kalau tak boleh gantung,gambar nk letak kat mana?
Terima kasih ustaz...

Jawapan:wslm Tn Haji..terima kasih kerana brtnya..
semoga ALLAH merahmati tuan haji sekeluarga dan memilih kita mnjadi asbab hidayat seluruh alam...
sy ingin mnjawab persoalan Tn haji yg kedua terlebih dahulu..tmpt letak gambar yg sebaiknya ialah di album gambar..dan segala kenangan indah kita simpanlah dlm hati agar tak luput dari ingatan insyAllah..

Mengenai persoalan pertama..
berlaku khilaf di klgn Ulama..
Ulama kontemporari seperti Syeikh Dr Ali Jumah membolehkannya dan beliau ada hujah beliau yg tersndiri..bagi rakan seusaha yg mgatakan tak boleh gantung gambar sb mmg ada dalil yg berkaitan gantung gambar di dalam rumah yg di sebut dalam Sahih Bukhari..akan tetapi sayangnya hingga ke hari ni kita lihat rumah org Islam masih penuh dgn gambar...kdgkala ada gmbr yg tak patut sprti gmbr2 artis2 wanita yg tak menutup aurat..dgn sb itu Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke rumah..kesan dari itu tidak wujud lagi kasih sayang sesama ahli rumah..kadangkala salah faham berlaku ini kerana rumah tak de rahmat..khairan juga dgn sesetengah masyarakat yg jmput jemaah masjid untuk baca yasin tahlil dan doa selamat di rumah tp malaikat rahmat sndiri terhalang masuk sb ada gambar.. kita rujuk beberapa hadis sahih Bukhari...

Daripada ‘Aisyah R.a dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah Saw melihat ia,Baginda Saw berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata, Pembuat gambar ini akan di azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Daripada Abu Talha R.a , “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar yg berupa dari makhluk bernyawa .” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “kami dari golongan Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yg di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

‘Aisyah R.a menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah (s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami(Malaikat) tidak masuk rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Daripada Ibnu ‘Abbas R.a, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim A.s dan Mariam A.s.. Kemudiannya beliau berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (Nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

Daripada Ibnu ‘Abbas R.a, “Abu Talha R.a, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,” Malaikat tidak masuk rumah yg di dalamnya ada anjing atau gambar"..Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

Daripada Aisyah R.a, Nabi Saw menyatakan: Malaikat(pembawa Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yg di dalamnya terdapat gambar.(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

dan ada juga kalau Tn Haji pernah terbaca ada satu tulisan mengatakan Ustaz azhar idrus sndiri pernah mnjawab:

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

dan juga kalau Tn haji lihat dalam Kitab Taklim bhgian Fadhilat Ramadhan ada Hazrat Syeikhul Hadith Maulana Zakakariya rah hurai sikit bab larangan ini..

Waulohu a'lam wa elmuhu atam...
semoga ALLAH merahmati kita semua dan mnjadikan kita semua asbab hidayat sampai hari kiamat...amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...