Tuesday, September 20, 2011

bakal tunang lesap dengan RM16,000



KUALA LUMPUR: Seorang wanita 29 tahun bukan saja kerugian RM16,000, malah dia dan keluarga terpaksa menanggung malu apabila majlis merisik dan pertunangan di rumahnya di Sepang Putra, Sungai Pelek, Selangor, terpaksa dibatalkan kerana rombongan keluarga lelaki tidak hadir, kelmarin.

Lebih mengaibkan apabila semua jemputan daripada keluarga terdekat, rakan dan jiran tetangga sudah menunggu rombongan keluarga lelaki sejak jam 12 tengah hari, namun sehingga jam 7 malam kelibat rombongan lelaki itu masih tidak kelihatan.

Difahamkan, selain memberikan RM10,000 digunakan sebagai wang hantaran kepada teman lelakinya berusia 26 tahun, mangsa juga memberikan RM6,000 kepada suspek digunakan bakal tunangnya itu sebagai perbelanjaan rombongan merisik dan meminangnya.

Selepas gagal menghubungi lelaki terbabit, selain kegagalan rombongan keluarganya datang ke majlis berkenaan seperti dijanjikan, barulah mangsa menyedari dia dan keluarga ditipu.

sumber myMetro

takutnya jadi macam ni. sebenarnya dah lama situasi tersebut berlaku di negara kita. bagi saya, biarlah menahan sakit, daripada menanggung malu atau dimalukan.... jauhkanlah... semoga kita semoga sentiasa dalam perlindungan Allah...Insya'Allah..

8 comments:

Anonymous said...

Belum apa-apa dah mintak duit, macam tu masih juga nak dibuat suami. Kesian.

Ary said...

itulah dia masalahnya..adakah kerana terdesak nak bersuami? huu... saya lagi berusia dari wanita tersebut..ok jer....lalalala...:)

PinKy MoMMa said...

aih mohon dijauhkan dari orang orang sepesis ni..bukan menyenangkan kita..merugikan lagi huhu..

C`ayob.com said...

macam kenal lah cerita ini. tapi di mana ye..... :P

Ary said...

@pinky momma
-betul tuh..

@c'ayob
-kita x tiru tau..huhu...>_<

Anonymous said...

bila bercinta jadi buta hati..

ary salam kenal dr Citra.. citra dah follow ary :)

kak gojes said...

owh teruknya lelaki tu..dan yg pempuan ni..kesian tp wat pa bagi duit utk majlis sendiri? namanya apa tu? terdesak ker?

Ary said...

@citra
-salam kenal citra...

@eryati
-agaknyelah...terdesak..huhuhu..buat saya tersedak pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...