ntah kenapa, saya begitu tertarik dengan isu2 yang berkaitan perkahwinan akhir-akhir ini.. dan hari ni jom kita kongsikan cerita trauma seorang gadis bersama dang setia.
SAYA berumur 34 tahun dan sewajarnya mempunyai keluarga. Namun nasib saya tidak sebaik orang lain kerana sehingga kini saya masih mencari teman sesuai untuk membina keluarga bersama.
Meskipun ada yang mencuba nasib melamar saya, saya ragu-ragu untuk menerima hasrat mereka kerana saya pernah mengalami nasib malang lima tahun lalu. Saya pernah ditinggalkan oleh bakal pengantin lelaki menjelang perkahwinan untuk bersama orang lain, menyebabkan saya trauma menerima mana-mana lagi pinangan.
Hubungan cinta saya dengan bakal suami ‘tidak jadi’ itu dibina enam tahun lalu. Dia hanya meninggalkan pesanan tidak dapat meneruskan perkahwinan kerana rakan sekerja wanita akan bunuh diri jika dia mengahwini orang lain.
Alasannya sungguh tidak munasabah, menyebabkan keluarga saya menanggung malu atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Sejak kejadian itu perasaan sedih dan marah saya bercampur gaul, menyebabkan saya tidak mempercayai lelaki lain yang mahu memperisterikan saya.
Kadangkala rasa benci terhadap lelaki membuatkan saya melepaskan amarah terhadap rakan sekerja walaupun kesilapan dilakukan terlalu kecil.
Saya sungguh rimas jika berada di tempat yang dipenuhi lelaki dan menyebabkan saya kadangkala sesak nafas.
Akhirnya saya menjadi seorang yang sukar didekati dan mudah mengamuk meskipun perkara itu remeh. Dang Setia, bagaimanakah saya mahu menjauhi perasaan dendam?
ZUE
Klang, Selangor
ini jawapannya...
Sebaik meneliti permasalahan Zue, Dang Setia dapati Zue dihantui ‘malaxophobia’ iaitu perasaan fobia untuk melalui pengalaman bercinta sekali lagi. Ciri yang dapat diperhatikan ialah Zue tidak selesa dan sangat sensitif dengan kehadiran mana-mana lelaki meskipun mereka rakan sekerja.
Perasaan marah dan trauma diperoleh daripada kenangan lalu mengakibatkan Zue melepaskan ia kepada lelaki yang cuba mendekati Zue.
Malah, Zue turut berasa ragu terlampau dengan setiap niat baik lelaki yang berhasrat memperisterikan Zue.
Ini kerana Zue sangat terluka dengan pengalaman ditinggalkan bekas teman lelaki pada saat majlis sudah siap sedia menanti kehadirannya.
Kesan dilukai terlalu dalam menyebabkan trauma, sekali gus menghapuskan semua perasaan dan tanggapan positif yang wujud terhadap lelaki.
Menurut perspektif ilmuan Islam seperti Imam Ghazali kelakuan seumpama ini satu bentuk demonstrasi kepada qada’ dan qadar tuhan.
Seharusnya sebagai Muslim, musibah ini dilihat sebagai cubaan daripada Allah SWT dan perlu ditenangkan dengan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun.
Firman Allah: “...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah kami kembali.” (Al-Baqarah, 156)
Dengan ini, Zue akan berasa tenang dan dapat menerima hakikat dia mungkin bukan diciptakan untuk Zue dan Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik buat Zue.
Selain itu asuhlah hati Zue yang mulai ‘membeku’ dengan Istighfar dan kemaafan. Dua perasaan ini penawar terbaik buat hati mereka yang penuh dengan kemarahan dan kehampaan.
Selain itu, ceriakan diri dengan fikiran lebih optimis dan lupakan kisah lalu dengan memberi peluang kepada mana-mana lelaki yang ikhlas memperisterikan saudari.
Tidak salah mencuba dan memberi peluang kepada mereka supaya Zue dapat melihat keindahan di sebalik keperitan percintaan lalu.
dari saya, saya suka dengan jawapan yg diberi dang setia. sebenarnya ramai orang yang mengalami trauma ini dengan pelbagai sebab. antaranya masalah ibu bapa bergaduh/bercerai, halangan keluarga dan masalah zue tersebut. dan ia berkaitan dengan perkahwinan.
bayangkan sejenak kita ditempat zue... memang trauma. namun, kita hendaklah bersangka baik dengan Allah sentiasa. ada hikmah yang mungkin kita tak tahu yang menanti kita di hadapan. Insya'Allah..sabarlah selalu...
1 comment:
Lovely blog you havee
Post a Comment