Sunday, August 14, 2011

Jom kita berzikir....

Berzikir iaitu mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi dan merindui seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya di dalam hatinya.

Abu Musa r. a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: “Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati.

Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah menyayanginya. (Riwayat Dailami dari Aisyah r.a).

Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda :Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)



Rasulullah s.a.w. berkata “Aku ada masa aku untuk tuhanku”. Oleh itu peruntukkanlah masa yang khusus untuk berhubungan dengan Allah secara peribadi. Buatlah amalan atau wirid harian yang tetap walaupun sedikit, misalnya 10 minit setiap hari untuk berzikir atau istigfar kepada Allah. atau zikir “Laila ha illallah” 100 kali setiap sehari. Isilah masa dengan jadual atau program zikir supaya masa tidak terbuang begitu saja walaupun sedikit. Allah suka amalan yang berterusan walaupun sedikit.


sumber disini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...