Tuesday, August 9, 2011

Jagalah Hidayah Dalam Diri Kita.

setelah puas merasa marah,memaki hamun--dlm ati, menyesali, membantah,memboikot,dan macam2 me lagi mengenai berita pasal menghina Islam ini, agama Allah yg paling ku cintai.....saya insaf seketika. mungkin ini yang dikatakan dunia akhir zaman...sewajarnya, wajib kita bersyukur kerana sekurang2nya kita masih ada Hidayah dalam diri kita. kita masih ada Taufiq dalam jiwa kita. kita berasa marah, bermakna ada lagi keimanan yang tak luntur dalam hati kita. iman kita akan bertambah baik. oleh krn itu, tolonglah jaga Hidayah ini, tolonglah jaga Taufik ini, agar ia tidak terlepas dari bakul kemanusiaan kita. cubalah lihat mereka2 yang belum lagi diberi hidayah, betapa jauh mereka tersesat. lihat pula mereka yang melalui jalan sukar untuk mendapat hidayah Allah.....Masya`Allah...
untuk menjaga Hidayah kita ini, pelbagai cara kita boleh lakukan, antaranya, selalulah menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah2, membaca buku2 ilmiah, atau sekurang2nya kita merujuk sesuatu dengan orang2 yang arif mengenai agama. berkawanlah dengan org2 baik, kerana, dengan izin Allah, kawan yg baik ini akan memberi manfaat yang baik juga kpd kita. jgn tinggal solat...itu yang utama.
 baiklah, katakanlah kita seorang yang tidak pernah solat, lakukan secara perlahan-lahan, saya teringat kata ustazah saya suatu ketika dahulu, jika sepanjang hayat kita, kita x pernah melakukan solat, lakukanlah secara peringkat demi peringkat. sebagai contoh, kita mulakan dengan solat subuh dahulu. setelah kita mahir dan boleh bersolat tanpa meninggalkannya, kita buat pula solat subuh dan zuhur, berhari2 sehingga kita sudah biasa dengan solat subuh dan zuhur, kemudian kita melakukan solat subuh, zuhur dan asar pula, sehingga kita tidak mampu untuk meninggalkannya dan seterusnya kita melalukan solat subuh, zuhur, asar dan maghrib dan seterusnya solat isyak...kita lakukan terus menerus sehingga kita tidak mampu meninggalkannya walaupun satu waktu pun.
saya sangat percara cara ini lebih meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan kita. solat kita lebih berkualiti...seperti kita tidak boleh tidak untuk tidak makan, mandi atau gosok gigi. dan saya setuju jika cara ini bukan sahaja boleh di lakukan dikalangan mereka yang tidak pernah bersolat sepanjang hidup mereka, malah juga boleh dilakukan untuk mereka2 yang liat, yang selalu memandang ringan soal solat ini. tahukah kita khasiat solat ini amatlah banyak sekali. dalam doa di antara dua sujud sahaja  kita berdoa begini...
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
apatah lagi, bila kita sujud, bila kita berdiri,rukuk`......subahanallah...besarnya nikmat Allah ini, yang selalu kita abaikan......tiba2 hati ini sayu sangat. menyedari bahawa saya insan yang selalu melakukan dosa yang sedar atau tanpa saya sedari. dosa yang merangkumi banyak perkara. maafkan saya jika tulisan saya ini ada yang salah, tolonglah betulkan. kerana ia adalah pendapat saya semata2. alhamdulillah, sekurang2nya, pagi ini hidayah saya masih ada. jagalah hidayah dalam diri kita agar ia tidak hilang...Insya`Allah....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...