Wednesday, July 27, 2011

Mencari-cari



Saya selalu berfikir amat mendalam dalam beberapa hari ini, merenung masa lalu, terutama kesilapan2 yang sengaja atau tidak sengaja yang telah saya lakukan utk kepentingan diri atau untuk kepentingan orang lain. Saya percaya bahawa tidaklah hari2 yang kita lalui ini merupakan hari2 yang terlalu buruk untuk kita hadapi. kadang2 hari2 yang buruk itulah penggerak kepada suatu kesempurnaan supaya kita akan lebih berhati2 di kemudian hari.
Namun, bagaimana pula kepada seseorang yang telah mempersiakan hidupnya bertahun2 tanpa berbuat apa2 ataupun sesuatu telah dia lakukan, tetapi amatlah tidak mencukupi buat diri sendiri. mungkin meraka ini mempunyai alasan yang kukuh atau sekurang2nya mereka ini mempunyai satu alasan yang mungkin tidak ramai antara kita yang memahaminya. begitulah pandangan manusia, biasanya mengkritik pada apa yang tersurat. 
Mereka sebenarnya mencari2 sesuatu. antaranya, mencari diri yang hilang, mencari cinta yang entah kemana, mencari teman sejati yang memahami, mencari kesempurnaan dalam hidup, mencari Islam yang semakin di tinggalkan....(?)
Kadang2 kita merumitkan fikiran dengan berfikiran negatif sedangkan dlm waktu yang sama juga, jika kita lebih positif, segala benda, Insya'Allah, dapat kita settlekan.
Sebenarnya, kasihanlah pada mereka2 yang masih mencari diri yang hilang. ada yang mungkin bertahun mencari, tak jumpa2 juga. kadang2 semua benda yang hilang itu ada depan mata saja. kita buta dek ego, sombong, malu dan dendam. semua itu membataskan pergerakkan kita. orang buta,tak nampak apa2 pun. hanya mendengar dan terus mendengar tanpa tiada usaha untuk bergerak.
kalau pun dapat bergerak, hanya berpandukan tongkat dan deria yang lain. memang susah kepada
si celik yang buta.
Apalah salahnya di buangkan perkara2 yang membutakan itu, terutama ego yang bersarang dalam kelopak kehidupan(?) aduhai...ada sesuatu yang berbuku didalam hati nampaknya. sesuatu yang kadang2 empunya diri pun tidak memahaminya. ingin meminta orang lain faham pun lagilah tak boleh.
mereka hilang...ya, memang benarlah. mereka mencari diri mereka yang hilang. kadang2 orang boleh meluat tanpa memahaminya. kadang2 orang boleh menuduh melulu tanpa memahaminya, seterusnya menghukum mereka dengan sesuatu yang melemahkan semangat mereka.~satu2nya benda hebat yang masih bersisa, yang membuatkan mereka terus hidup. manusia, senang menghukum..
pada pemikiran saya yang bercelaru ini, banyak tanda soal memenuhi benak ini. namun, banyak juga yang terjawab dan boleh dijawab sendiri tanpa perlu di pimpin pun. kadang2 kita sengaja membiarkannya tanpa jawapan walhal kita tahu jawapannya
Asalkan kita di landasan yang betul, berpegang pada tali Allah, ada cahaya yang menunggu kita di hadapan.
sesetengah orang mudah berputus asa, namun kembali dengan mudah. sesetengahnya pula sebaliknya.

Melalui pandangan mata sudah cukup untuk menyampaikan kata2. 
Sebuah kata2 adalah pembakar semangat paling besar. 
Semangat dan sokongan positif adalah pengubah kepada titik hidup seseorang.
kadang2, manusia ni hanya perlukan seorang sahaja untuk mencapai kejayaan, sesetengahnya pula perlukan ramai orang untuk beroleh kejayaan.

Semoga Ramadhan kali ini boleh mengakhiri sebuah pencarian, Insya'Allah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...