Friday, October 16, 2009

saya ingin menjadi seperti kamu...


maafkan saya...
kadangkala saya tak sabar
mudah marah
mudah melenting
padahal saya tahu
sabar itu penting
sabar itu kunci keimanan dan kejayaan
maafkan saya
kadangkala saya ingin menyampaikan sesuatu
tapi saya tak tahu
walaupun saya suka bercakap
walaupun saya suka ketawa
walaupun saya suka senyum
tapi ia bukan mengambarkan perasaan saya yang sebenar
saya bukan tipu
saya cuma tidak memberitahu
kerana saya takut
takut pada sebuah kegagalan
takutkan kenyataan yang sakit
izinkan saya..
berpuisi untuk menyampaikan sesuatu
kadangkala kita berpuisi untuk bercerita
dalam puisi ada cerita
dalam puisi perasaan boleh terluah
izinkan saya....
saya ingin terbang tinggi
tapi saya bukan burung
saya ingin berenang di laut dalam
tapi saya bukan ikan
maafkan saya
saya ingin menjadi seperti kamu
lengkap dan boleh melengkapi pula
sedangkan saya sewajarnya sedar
saya belum lengkap lagi
apalagi untuk melengkapi
juga, saya ingin menjadi seperti kamu
sentiasa menjadi perhatian ramai
tapi saya tak mampu
saya bukan kamu
yang boleh menyulam kemesraan
saya tak larat berpura-pura menjadi seperti kamu
walhal jiwa saya kosong
maafkan saya
kerana perkataan saya boleh melukakan kamu
mungkin perbuatan
boleh jadi senyuman
maafkan saya
cerita saya belum berakhir lagi

4 comments:

Frodo Baggins said...

uikkk ~ tgh sedey ker ary??


>>________<<

zaira said...

antara kita tiada yg sempurna..
kerana Dia yg sempurna..

bsabarlah..
di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan..
di sebalik ujian pasti ada hikmah tersembunyi.. :)

Hua Sheng said...

sayu nye bila baca ni..

zai said...

Kunci keberkatan sebuah perhubungan adalah apabila kita sentiasa berlapang dada utk memaafkan..kerana tak semua mampu melakukannya..

Jadi bersabar dan maafkanlah saja kerana kita semua tidak pernah ada yg sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...