Selalunya kita tak dapat apa yang kita inginkan dalam hidup. Selalunya bagaimana agaknya kita menghadapinya. Adakah dalam keadaan tenang ataupun sebaliknya? Jika setiap masalah kita hadapi dengan tenang,alangkah bagusnya diri ini jika sebaliknya,tentu kita menyesal kemudiannya. Mengapa itu,mengapa ini. Ada juga yang mengambil masa yang terlalu lama untuk menerima segala-galanya dengan redha dan penuh ketabahan.sebagai contoh,apabila kita kehilangan seseorang yang paling kita sayangi tentu kita ingin kembali semula pada masa orang yang kita paling sayangi itu masih bernyawa. Ayat-ayat seperti ‘kalaulah aku tahu….’ ‘menyesal aku tak….’ Dan sebagainya mengiringi pemergiannya yang tidak akan kembali itu lagi.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Namun tak semua kita tabah sebegitu. Apa yang penting sebenarnya adalah kepercayaan kita pada Allah swt. Berikutan dengan kepercayaan inilah kita akan sentiasa berusaha mencari syurga yang telah dijanjikan olehNYA di akhirat kelak. Oleh kerana itulah kita seharusnya sentiasa memanjatkan rasa syukur dengan apa juga yang kita perolehi tidak kira besar atau kecil segala apa yang kita perolehi selama ini dan setiap detik yang kita lalui. Pernahkah kita bersyukur bahawa sehingga detik ini kita masih lagi bernyawa?
Percayalah,Allah memberi pada kita apa yang kita mampu, apa yang kita boleh hadapinya. Percayalah bahawa setiap kejadian yang menimpa kita itu ada pelbagai hikmah yang tersembunyi, kita akan merasai hikmah itu apabila kita sabar dan redha dengan ketentuan yang Allah duga pada kita. Sekalipun kita tersungkur jatuh kerana tersadung batu dihadapan kita,janganlah batu itu kita marah. Anggaplah ada hikmah yang tersembunyi. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau kita sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. Sabar adalah kunci kehidupan kita di dunia ini.
3 comments:
Salam kak ary:)
wah. terinspirasi sungguh anem mebaca tinta akak ni.
yerp, paling penting kena pasrah - itu yg anem susah ;p
insyaallah, kuat nem ..;)
tq akak ^^
salam anem...:)
anem,akak dan sape2 jugak mesti kuat!! kehidupn manusia ni begitulah, ibarat roda, kejap kat atas, kejap kat bawah. mungkin sekarang kita melalui musim sukar, insya`Allah, dgn kesabaran yang ada,musim susah itu pastikan berakhir...
anem mesti dapat melaluinya...thik positip k. :)
memberi semangat pd sy :)
mekasih
Post a Comment