Apa khabar saudaraku sekalian? Diharap semuanya berada di dalam kawalan emosi yang masih waras dan stabil. Ini kerana manusia itu sentiasa alpa. Alpa dalam mencari sesuatu dalam hidupnya. Alpa dalam semua perkara yang menuju kepada perkara-perkara kebaikan. Manusia selalu gopoh dalam melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan kesenangan,kegembiraan dan kegirangan. Kadang-kadang manusia itu lupa yang mereka terlalu berlebih-lebihan dalam ‘meraikan’ sesuatu yang sedemikian.
Dalam mencari kebahagiaan yang kita impi-impikan itu tidaklah sukar. Tidak pula senang. Ianya menjadi sangat senang kepada manusia-manusia yang sentiasa sabar dan redho dalam menghadapi apa juga dugaan yang mendatang. Begitu jugalah sebaliknya. Ia akan bertambah sukar jika manusia itu sentiasa menuding jari kepada orang-orang sekelilingnya. Akibatnya tiadalah kebahagiaan yang diperolehi malahan penderitaan yang berterusan.
Ada yang memilih neraka padahal syurga terbentang didepan mata. Ada yang sanggup bermati-matian untuk perkara yang sia-sia padahal banyak perkara yang lebih penting patut di utamakan. Sebagai contoh, seorang isteri yang berasa amat kecewa setelah di madukan tanpa rela. Setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin dan hidup bersama,si isteri mengetahui yang suaminya bermain kayu tiga dan berkahwin lain tanpa pengetahuannya. Ya, hati mana yang tak hancur,tanyalah sesiapa sang isteri diluar sana,tiada yang sanggup kecuali mereka yang tak tamakkan harta dunia. Ya, tamakkan harta dunia. Suami harta dunia, amalan terhadap suami, harta syurga.
Berbalik kepada si isteri tadi, si isteri berasa hidupnya sudah berakhir,bagai hendak membunuh diri kerana tamakkan harta dunia tadi. Sedangkan Allah sudah menjanjikan payung emas di syurga kelak. Sesetengah sang isteri mengetahuinya, namun tidak redho malah menyalahkan si suami. Tahukah mereka,si isteri tadi,inilah ujian-NYA, ujian yang menguji keimanan mereka. Dan sudah tentu, ujian itu mampu mereka hadapinya. Namun,hampir semua sang isteri yang menghadapi situasi sedemikian berakhir dengan penceraian. Kerana itu mereka mahu,itu yang mereka tuntut kerana tak sanggup dimadu. Mangsanya? Anak-anak. Lebih haru lagi anak-anak yang kecil dan masih bersekolah. Kasihan mereka. Hidup yang pernah suatu ketika dahulu sangat bahagia tiba-tiba dilanda ribut taufan yang menenggelamkan bahtera mereka.
Oleh yang demikian terjadilah kepincangan akhlak yang meruncing. Kepada anak-anak yang tidak memberontak dan berhati tabah,alhamdulillah. Namun begitulah sebaliknya akan terjadi kepada anak-anak yang masih mencari identiti sendiri. Sedangkan keluarga yang bahagia itu pun terdapat anak-anak yang pincang dan buruk akhlaknya,inikan pula keluarga yang berpecah belah. Maka disini, tidak bersyukurkah kita? Ya, bersyukur kerana setidak-tidaknya kitalah anak yang tidak memberontak dan berhati tabah itu.
Kita meneruskan hidup untuk mencari kebahagian. Ya, kebahagiaan. Maksudnya, jika kita bekerja dan dapat gaji, kita gembira,bahagiakan? Jika kita bercinta dan berkahwin,kita gembira,bahagiakan? Jika kita di puji dengan sedikit saja kerja yang kita lakukan pun kita amat gembira, bahagiakan? Malah apa jua perkara yang membawa kepada kegembiraan akan menjadi amat bahagia pada kita. Adakah yang sebaliknya? Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
Tebuk dada tanyalah iman,buat keputusan berlandaskan akal yang sarat dengan rasa sabar dan penuh tawakal pada Yang Maha Berkuasa…wallahualam…
No comments:
Post a Comment