Tuesday, March 30, 2021

Peluang kedua

Pernah suatu ketika dahulu seseorang melakukan kesilapan. Hari ini seseorang itu tentunya menjadi lebih baik kerana belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu.

Percaya tak aku kata kalau semua manusia dalam dunia ini pasti akan melakukan perkara yang kali kedua itu lebih baik daripada yang pertama? Walaupun kita tak nampak apa apa perubahan, tapi percayalah kita, mereka, kau atau sesiapa sahaja sedaya upaya cuba untuk melakukan yang terbaik daripada sebelum ini.

Tapi kita seringkali dilihat tidak berubah dan melakukan kesilapan berulang ulang kali. Ini kerana kita hanya percaya kepada diri kita sendiri tanpa kita sedar bahawa peluang yang akan datang ini akan bertambah baik jika kita mahu belajar daripada kesilapan.

Pendek kata, kita wajib belajar dan terima pendapat orang lain. 

Lagi satu, kita ni mudah menghukum. ‘Oh dia dah pernah buat silap dulu, maka dia akan buat silap lagi’ ‘perangai dia macam tulah dari dulu tak pernah berubah’ ‘aku dah tahulah kau ni, memang macam tulah perangai kau!’

Tahu tak kita bahawa kita telah menghukum seseorang itu tanpa memberikan mereka peluang kedua? Maka itulah yang terjadi. Sampai bila bila macam tu. Sebab kata kata tu satu doa dan mereka yang kita hukum itu kita langsung tak percaya yang mereka boleh berubah kerana kita tak pernah beri peluang kedua kepada mereka. Betul tak? 

Jika kita telah memberi mereka peluang kedua pula, kita mahukan result yang cepat dan sempurna. See? Cuba kita. Menangis dalam hati. Akulah sebenarnya, tak tahulah kau. Semangat pun luntur. 

Kesimpulannya, kita mahu orang percayakan kita, kita harus percayakan orang. Kita mahu dihargai, kita harus menghargai. 

Aku bercakap mengenai sikap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...