Saturday, March 13, 2021

Menyiksa diri

 Aku tengokkan saja manusia manusia sekeling aku ni ha. Suka siksa diri. Suka siksa diri untuk orang lain. Untuk kepuasan orang lain, lebih lebih lagi orang yang dia cinta. Sampai sakit, sampai lemah, sampai longlai. Ada ramai orang macam ni dalam dunia ini hari ini.


Aduhai... kesian aku tengok. Sampai tak makan sebab nak kurus punya pasal. Yang dah kurus sanggup bergemuk pulak. Ada tu sanggup tunggu orang yang dia cinta tu makan sama sama. Sampai ke malam tunggu tak jugak dapat makan sesama. Akhirnya sakit sebab tak makan. Sanggup tak tido sampai pagi sebab melayan telipon. Pagi tu nak kerja dah. Hari hari macam tu badan pun sakit.

Bila dah sakit, lemah. Aku tak kesian pun, aku menyampah. Ntahlah. Bukan dibuat buat. Lebih lebih lagi kau memandang aku dengan sayu, kau mengadu ngan aku dengan sedih. Aku menyampah, meluat. Aku tak tahu kenapa aku sekejam ini. Hahahahaha.

Aku tak cakap semua orang aku cakap orang yang aku kenal ni ha. Aku bencilah benda benda macam ni. Kalau time beribadah tu tak pulak kau sanggup. Malah tak sanggup. Ntahlah. Tak jadik kat akukan. Kalau jadik kat aku macamnalah agaknya. Hope aku tak macam ni. Ya Allah, tolong lindungi aku !

Tu ajelah aku nak meluah setakat jam ni. Dahlah. Aku nak sambung meluat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...