Tuesday, October 23, 2018

Aku Tak Pernah Lupa Kau

Tiba tiba hariku yang ceria menjadi mendung. Dadaku sebak. Mataku berkaca. Sedikit sedikit menitis air mata tanda betapa aku sedih.

Suatu waktu dahulu aku bertekad untuk tidak membaca apa pun status di laman muka buku kau. Namun hari ini ia hadir dalam laluan laman muka bukuku. Kerana status kau aku jadik muram. Terkenang kisah lalu. Antara kau dan aku.

Kita yang sama sama pendam perasaan. Perasaan kau dan aku. Dari sekolah rendah lagi. Aduhai. Apabila aku imbau kenangan lalu melalui penulisan ini, air mataku jatuh lagi. Dadaku sebak dan sakit. Bagai di tumbuk tumbuk.

Sedangkan kisah kita tidak sehebat mana. Mungkin biasa biasa sahaja bagi orang lain. Walaupun begitu, ia sangat mendalam bagi aku. Dia ibarat cinta pertama aku. Kau tahu bagaimana penangan cinta pertama bukan?

Aku boleh katakan tak banyak, sedikit, kerana kau aku masih sendiri dari dulu sampai sekarang.  Hebat bukan? Kita tak pernah melafas apa apa. Kita tak pernah berjanji apa apa. Kita tak pernah minta saling menunggu. Buktinya kau, sudah berkahwin dan beranak pinak. Malah kau sudah dua kali berkahwin.

Aku? Aku tidak menunggu kau. Langsung tidak. Tapi entah kenapa, ia seakan akan menunggu kau. Buktinya aku pun bercinta dengan orang lain, aku berdating dengan orang lain, aku merancang berkahwin dengan orang lain. Tapi, semua itu hanya perancanganku. Aku pasti perancangan Allah lebih hebat untukku.

Aku pun tidak paham. Kenapa aku harus menangis membaca posting kau dalam laman muka bukuku? Aku fikir aku sudah melupakan kau. Namun sebenarnya aku silap. Aku tak pernah lupakan kau.

Oh, mungkin kau di landa masalah, sehingga kau terpaksa berkongsi masalah kau di laman muka buku kau. Kau sedang bersedih. Kau sedang diuji Allah dengan ujian yang maha hebat. Mungkin itu yang membuatkan aku sedih. Jika kau bahagia, aku mungkin akan bahagia juga. Betapa kuatnya perasan inikan?

Doaku agar kau akan bertindak bijak. Agar segala permasahalahan kau akan terlerai. Aku tahu kau kuat.

Kau sentiasa menjadi kenangan aku. Tapi aku tak pasti aku menjadi sebahagian dari kenangan kau. Seperti aku katakan dari awal tadi. Perasaan ini terpendam. Kau mungkin sudah lupakan aku. Tak mengapa. Kitakan tak pernah berjanji apa apa?

Mencintai tak semestinya memiliki. Ye, aku lama sedar itu. Biarlah kau menjadi kenangan aku sampai bila bila. Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu memandang kau dari jauh, walaupun hanya di laman muka bukumu.

Amboi amboi amboi amboi. Kan main jiwang berkarat lagi aku ni. Hahaha. Oklah. Aku stop dulu. Kat sini ajelah aku boleh luahkan segalanya. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca posting aku. Aku dah ok dah. 😅

1 comment:

Unknown said...

Amboi amboi amboi...😂 Sedih pun ada baca posting ni. Cinta pertana memang sukar.. 😥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...