Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...

Lima Nilai Positif Dari Sebatang Pensel


terima kasih kepada rakan fb saya yang membenarkan saya berkongsi cerita ini dengan rakan-rakan semua...


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."

"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Iya, ibu"

*Pertama*, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

*Kedua*, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

*Ketiga*, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

*Keempat*, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

*Kelima*, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...

Ulang-ulangkanlah!

dari saya, memang betul. cerita ini bukan sahaja memberi kesan yang baik kepada si anak, malah saya sendiri. antara sedar atau tidak sebenarnya, kita sentiasa mendengar orang menyuruh kita membuat kebaikan, benda yang sama, cerita yang berbeza...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

naK CakaP sKITT jeR...

* assalamualaikum...

*saya nak bagitahu, yg saya menulis kengkadang ikut atie, kengkadang suke atie.
*namun,saya minta maaf jika ada yg terasa or tersinggung...tapi usahlah tersinggung... sume entri peribadi kebykkan pasal kisah saye jerk...huhuhu...
*kengkadang tulisan saya sgt berhati2...coz ada yang saya copy n paste.
*sape nak copy n paste silalah...x marah pon...tapi..x de pape pon yang menarik kecuali yg di copy n paste...
*kalu rajin tu, tinggalkan lah komen atau jejak SMTI..x paksa eh..
*background belog nih sentiasa berubah2 ikut keadaan dan kerajinan...jgn marah eee....
*akhir kata...salam Nur Kasih dari saya...:)