Wednesday, September 14, 2011

Akulah itu, dan cinta itu tidak boleh di autakan!!


malam ini saya nak biasakan diri sebagai aku. aku yang sebenar. lantaklah. aku nak tulis jugak. geram kot!!

Biasanya bila aku bercakap benda baik, atau menyuruh benda baik terutamanya bila menyentuh bab agama, ramai orang tidak boleh menerimanya. Ramai orang benci. Ramai orang ingin menjauhkan diri. Ramai orang yang tidak ingin mendekati aku. Kenapa? Ianya bagai terasa sesuatu objek yang dibenci. Seolah2 aku telah membuat salah yang tidak boleh dimaafkan. Diriku ini diumpat belakang dan mengatakan mulut aku ni jahat. Jahat seperti syaitan. Patut di benci dan patut tidak disukai. Patutkah?

Benda baik yang aku sebut selalunya seperti ‘ jangan buat benda tu..’ ‘tak baik...’ ‘ masuk neraka...’ ‘Allah marah..’ ‘dalam al-Quran ada.....’ dan bermacam2 ayat yang ‘baik’ aku gunakan. Namun aku menyedari sesuatu. Bercakap benda baik ni ibarat makan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit. Tapi ubat yang terpaksa dimakan itu amatlah pahitnya. Kesimpulannya itulah dia. Tak de sesiapa pun suka makan ubat. Apatah lagi ubat pahit.

Aku cuba berada ditempat mereka- mereka yang membenci ayat2 baik yang aku selalu sampaikan. Ya...memang benar. Benci dan 1001 perasaan yang menyampah, meluat dan x suka. Ia menjadi tambah teruk kebencian itu sekiranya benda yang kita lakukan selama ini adalah benda yang menjadi kebiasaan dan benda yang kita happy atau lepas tension bila kita melakukan. Dosa pahala di tolak ketepi kerana yang penting ‘aku tak kacau orang’ atau...’ aku rasa aku tak buat dosa’.

So... apa yang dapat aku simpulkan sekarang ini ialah kalaulah aku  membuat sesuatu yang aku suka, menjadi kebiasaan dan keseronokkan dikala kebosanan, tanpa mengganggu orang, tanpa memberi kesan kepada masyarakat...it’s okey.

Walaupun sebenarya ianya salah dan paling penting ia memberi kesan paling dalam kepada iman kita. Lalu bila rasa bosan dah menguasai diri dan emosi, aku pun ber’suara’.... aku pun cakaplah apa yang aku nak cakap. Aku pun luahlah apa yang aku nak luah...!! rasakan!! Itu barulah bermulut jahat! Bermulut syaitan! Tapi kadang2lah..bila dah penat bercakap orang tak nak dengar, pedang pun tak tajam cam lidah aku nih.. huhuhu...

Apa yang berlaku pada hari ini , kita tengok kesannya 20 tahun akan datang. Itulah kita. Apa kita hari ini ialah apa kita yang akan datang. Gejala salah laku, gejala salah akhlak semakin meruncing dewasa ini. Lesbian,tomboy,gigolo, gay, bohsia, mat rempit, pondan, mak nyah, murtad, hina agama Islam, dan beribu2 gejala terjadi akhir zaman ni. Apa nak jadik??!!

Mengikut fakta, percintaan sebenarnya adalah sebuah kehidupan. Kehidupan pula adalah sebuah perjalanan merentasi masa. Perjalanan yang merentasi masa itu pula adalah berbeza2 diantara seiap mahkluk bumi, bergantung pada cabang masa dan pengalaman.

Itu fakta. yang autanya tentang cinta...tiada!! cinta tidak boleh diautakan. Pergi balik pergi balik... cinta adalah cinta. Pimai pimai tang tu kata orang utara. Cubalah diputar belitkan fakta cinta itu? Tak boleh!! Agungkan perasaan ciptaan Allah ini. Dalam benci ada cinta, dalam sayang ada cinta, dalam takut ada cinta, dalam marah juga ada cinta. Dalam terkejut ada cinta, dalam sesat ada juga cinta. Apatah lagi dalam ego ada cinta.
Manusia sering berkata, ingin mencari cinta.

Ya.... kadang2 mereka tidak mendapat cinta dengan sempurna. Atau kadang2 cinta yang mereka ada itu tidak mencukupi. Atau cinta itu dah ada, depan mata mereka tapi mereka buta , atau kadang2 ada mereka2 yang memerlukan cinta yang unik. Ada  tu yang tak tahu cinta sehinggalah mereka kehilangan seseorang. Ada tu pula cuba menafikan cinta mereka kerana perasaan ego yang kuat. Ada tu yang cinta tapi kata tak. Ramai....

*dan sesiapa yang faham terima kasih, siapa yang tak faham, maaflah...selamat hari raye...
*ada mood sambung lain hari bila mood geram datang balik...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...