Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN?


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah
  
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
 
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang  salah satu darinya maka hilanglah ia.
 
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh
fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.
 
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:-
 
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
 
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

naK CakaP sKITT jeR...

* assalamualaikum...

*saya nak bagitahu, yg saya menulis kengkadang ikut atie, kengkadang suke atie.
*namun,saya minta maaf jika ada yg terasa or tersinggung...tapi usahlah tersinggung... sume entri peribadi kebykkan pasal kisah saye jerk...huhuhu...
*kengkadang tulisan saya sgt berhati2...coz ada yang saya copy n paste.
*sape nak copy n paste silalah...x marah pon...tapi..x de pape pon yang menarik kecuali yg di copy n paste...
*kalu rajin tu, tinggalkan lah komen atau jejak SMTI..x paksa eh..
*background belog nih sentiasa berubah2 ikut keadaan dan kerajinan...jgn marah eee....
*akhir kata...salam Nur Kasih dari saya...:)