Thursday, January 1, 2026

Air Panas Segera

 Adik aku bising sebab aku tak sambung lagi perkhidmatan filter air yang bayar 5-7 tahun lepas dah habis bayar bertahun tahun tu kalau nak servis kena bayar lagi. Ye aku faham, nak bayar perkhidmatan. Tapi aku decited tak nak pakai dah. Aku ganti dengan filter air lain, bezanya tak guna elektrik, makanya tak adalah air panas dan sejuk yang boleh kita minum terus. Jimat elektrikkan?

 Lepas dah buang filter air tu, ruang dapur pun lebih luas. Bayar sekali tu je, time nak tukar filter dalamnya, sekali je, dan murah. Jenama apa, entahler. Aku dah lupa, tapi daripada Korea.

Hati dan beban pun lebih ringan. Padahal bukan aku yang bayarpun. Hahahaha. Tapi keputusan kat tangan aku ler, sebab aku duk rumah mak. Lalaalaaalaa

Tambahan aku dah susun dah kebaikan dan keburukan. Bukan kosong. 

Nak buat air sejuk bukan susah. Letak banyak banyak botol dalam peti ais tu sejuklah. Puas minum. Bukan takat satu liter atau 2 liter je.

Air panas pun sama. Jeranglah. Susah sangat ke nak jerang air? Gas ada, semua ada. Hidup jangan nak mudah sangat. Dah terlebih mudah dah ni. Kang kalau kita cakap zaman mak mak kita dulu elok je sihat minum air paip, ada je jawapannya. Malas aku nak debat wei. Tu sebab aku dah siap senarai awal awal. Setakat nak gaduh pasal air panas segera yang dapat cuma 2 gelas besar tu je, hurmmm…. Tak apalah. Biarlah aku jerangkan. Akukan nak ghajin tahun ni. Huhuhu

Aku macam terpikirlahkan, mesti ada orang yang jerang air pun tak retikan?


Anak sulung

2026

2026, Sambut Aku Dengan Lebih Tenang

 Hujan masih turun lagi. Walaupun sekejap sekejap tapi lebat beserta dengan bunyi guruh yang tidaklah seberapa keras. Aku masih bertelekung menunggu waktu Asar kerana Zuhurku agak lewat sebentar tadi. Alang alang tu aku tunggulah terus selagi ada air wuduk. Aku duduk dalam gelap kerana hujan hujan begini begitu syiok aku menghabiskan hari baru 2026 dengan tidur. Aku juga sedang nak menghabiskan drama cina 40 episod yang telah aku tonton minggu sudah. Ralit pulak aku melayan. Ahhh… memanglah aku nak memulakan tahun 2026 dengan sesuatu yang baru, namun, biarlah aku menghabiskan drama yang aku tonton ni. Last, kata hatiku menipu lagi. Hahaha

Isi dan tajuk posting aku di wasap status pada hari ini, 1/1/26 adalah ‘2026, sambut aku dengan lebih tenang’ itu sahaja. Simple dengan font kecil di tengah tengah note comot berwarna putih. 

Dalam hati aku merayu rayu, tolonglah. Aku nak berubah. Aku tak nak miskin lagi. Aku nak bayar hutang hutang aku dan aku nak kurus. Tiga benda tu tahun ni aku nakkan kat dunia 2026. Berbeza dengan tahun lepas. Tahun lepas aku tiada sebarang matlamat. Aku hanya melalui hari hari dengan masa dan keadaan yang membuat keputusan untuk aku. Kalau ada ada, tak ada tak adalah. Lebih pada ‘lantaklah’, ‘biarlah’ ‘aku pasrah’. Aku harap tahun ini, aku yang membuat keputusan untuk diriku sendiri.

Boleh tak ni?

Aku berharap aku bukan penghalang untuk diriku sendiri yang selama ini, akulah itu. Malu nak mengakuinya, tapi sebuah kenyataan memang tak boleh berubah dah. 

So, stop menjadi malas dan bodoh. Senangkan? Apa yang kita fikirkan satu doa!

Cari redho bukan pasrah, cari pahala bukan dosa, cari jujur bukan ragu ragu, cari dirimu sendiri bukan elak dan biarkan! Kau boleh buat! Aku boleh buat.

Biarpun uban dah lebih banyak, kulit dah tak anjal, lutut dah sakit, jalan terus! Ok? Janji?

Doakan aku!

2026,

Aku cari aku

Tenang

Redho

.

Thursday, October 3, 2024

Anda seorang yang kuat

 Anda percaya tak anda seorang yang kuat? Anda percaya tak tiada masalah yang tak boleh diselesaikan dalam dunia ni? Anda percaya tak perasaan anda berbeza jika anda gagal hari ni sedangkan anda telah mencuba sehabis baik dengan perasaan anda yang tidak mencuba bersungguh sungguh?

Anda percaya tak yang anda seorang yang sangat kuat? Jika anda mahu mengangis sekarang, menangislah. Tiada siapa yang menghalang. Jika anda mahu lari sekarang larilah. Tiada siapa mahu menghalang. Tetapi lari bukan penyelesaian masalah. Bergaduh atau bertengkar bukan kaedah kepada nak selesai masalah. Apatah jika gunakan bomoh atau ilmu hitam yang sah salah disisi Islam. 

Jika anda ada anak, pandanglah muka mereka. Jika masih ada ibu dan ayah disisi, tenunglah muka mereka. Lihat dalam dalam. Jika kita masih ada orang orang yang kita sayang, pegang tangan mereka dan peluk mereka. Anda adalah tempat mereka bersandar. Jika anda tiada kemana bahu hendak disandarkan.

Percayalah, kita semua kuat!

Cari jalan keluar bukan lari, larilah kearah cahaya bukan terus ke arah kegelapan.

Allah kan ada! Sebesar mana masalah kita, Allahkan lagi besar. Senyum kawan. Meh, aku ada je kat sini. 😌

#kitasemuakuat 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...