Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...

Apa itu Qadha' & Qadar?


Apa itu Qadha' & Qadar?


Definisi oleh Imam Al-Asy'ari
Qadha' : penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah SWT
diazali bagi segala-galanya.
Qadar : perlaksanaan Qadha' itu, iaitu segala-galanya yang telah ditentukan oleh
Allah SWT diazali itu pasti akan berlaku dan tidak boleh tidak.

Definisi oleh Imam Al-Maturidi
Qadha' : perlaksanaan atau kelulusan segala apa yang telah ditentukan oleh
Allah sejak azali.
Qadar : penentuan Allah SWT diatas segala-galanya sejak azali lagi.

Mengapa berbeza ?
Perbezaan adalah kerana kedua ulama itu menafsirkan makna asal perkataaan Qadha' dan Qadar dari dua sudut yang berbeza.

Penafsiran Imam Al-Sya'ari
Qadha' : hukum -> menentukan
Qadar : Qudrah -> kekuasaan

Penafsiran Imam Al-Maturidi
Qadha' : tanfiz -> melaksanakan
Qadar : takdir -> menentukan
Jika diperhatikan kedua pendapat itu, pendapat Imam Maturidi lebih kuat dari segi bahasa, tetapi dari susunan letaknya 2 perkataan Qadha' dan Qadar didalam hadis Nabi, maka pendapat Imam Al-Sya'ari adalah lebih tepat. Andainya mengikut logik, penentuan mestilah berada terlebih dahulu sebelum perlaksanaan. Hukum mempercayai Qadha dan Qadar. Mempercayai Qadha' dan Qadar itu adalah sebahagian daripada rukun-rukun
iman. Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut,

"Tiap-tiap suatu mestilah menurut Qadha dan Qadar".

Qadha dan Qadar ini rumit dan tidak mudah difahami oleh orang kebanyakan. Maka Nabi Allah telah melarang kita daripada mempersoalkannya sebagaimana sabda baginda,
"Apabila disebutkan (atau dibincangkan) perkara Qadha' dan Qadar itu maka
hendaklah kamu diam sahaja"


Hakikat Qadha' & Qadar
Banyak timbul salah-faham akan hakikat Qadha' & Qadar ini terutama bagi mereka yang
terkeliru. Apakah sebenarnya maksud Qadha' & Qadar ini? Bolehkah Qadha' berubah?
Sabda Nabi SAW,
"..dan ketahuilah bahawa jika suatu kumpulan umat manusia yang ramai
hendak memberi kebaikan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya memberi apa2 kebaikan kepada engkau melainkan menurut apa yang dahulu
ditulis oleh Allah bagi engkau. Dan begitu juga sebaliknya jika mereka
hendak mendatangkan kerosakan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya mendatangkan apa-apa kerosakan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis Allah bagi engkau. Telah diangkat qalam-qalam (pena-pena) itu dan telah kering tempat tulisan itu."

( Riwayat Tarmidzi )
Nyatalah pada kita sekarang yang apa sahaja yang berlaku telah ditentukan
oleh Allah SWT. Manusia tidak boleh mengubahnya.

Bagaimana dengan nasib manusia?
Oleh kerana segalanya telah ditentukan, bererti nasib tiap-tiap manusia juga telah ditentukan. Kalaukaya, kayalah dia..kalau bijak..bijaklah dia! kalau miskin..miskinlah dia. Jadi, apa faedah manusia disuruh berusaha dan berdoa jika dia sudah ditentukan menjadi miskin? Tidakkah manusia boleh mengubah atau membentuk nasibnya sendiri?
Firman Allah SWt di dalam surah Ar-Ra'd : 11,
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya".

Nabi junjungan kita juga ada bersabda,
"Tidak dibalikkan (atau diubah) Qadha' melainkan dengan doa"


Apakah kedudukan sebenarnya?
Sesetengah ulama' ada berpendapat yang manusia itu mempunyai Qudrah Juzlah yakni kuasa kecil. Yang sebenarnya, manusia memang tiada kuasa cuma kuasa kecil yang dimaksudkan disini adalah ikhtiar. Manusia boleh memilih atau berikhtiar untuk melakukan sesuatu perbuatan. Manusia boleh mengarahkan Qudrah yang Allah beri untuk membuat apa yang mereka kehendaki. Disebabkan ikhtiar inilah, manusia diberi pahala dan dosa.

Hikmah mempercayai Qadha' & Qadar
Bila kita sudah 100% beriman kepada Qadha' & Qadar ini, Insya Allah jiwa kita kan tenang, redha, tidak rasa sombong dan tidak mudah berputus asa kerana kita percaya segala-galanya adalah ketentuan Ilahi sejak azali lagi. Kita sebagai hamba Allah, hendaklah menggunakan iktiar akal fikiran berserta usaha dan doa dalam proses mencari sebab kesudahan kita nanti. Jangan menyalahkan takdir kerana kita yang menyebabkannya begitu! Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

naK CakaP sKITT jeR...

* assalamualaikum...

*saya nak bagitahu, yg saya menulis kengkadang ikut atie, kengkadang suke atie.
*namun,saya minta maaf jika ada yg terasa or tersinggung...tapi usahlah tersinggung... sume entri peribadi kebykkan pasal kisah saye jerk...huhuhu...
*kengkadang tulisan saya sgt berhati2...coz ada yang saya copy n paste.
*sape nak copy n paste silalah...x marah pon...tapi..x de pape pon yang menarik kecuali yg di copy n paste...
*kalu rajin tu, tinggalkan lah komen atau jejak SMTI..x paksa eh..
*background belog nih sentiasa berubah2 ikut keadaan dan kerajinan...jgn marah eee....
*akhir kata...salam Nur Kasih dari saya...:)