hari jumaat minggu lepas, saya telipon anti... anti tak dapat menahan sebaknya, menangis kesakitan kerana kakinya semakin bengkak, gatal dan bisa. saya x mampu berkata apa2,cuma menahan sendu dan mengucapkan kata2 sabar. jika saya berada di tempat anti agaknya, dapatkah saya menahan perasaan itu?
saya cuba sedaya upaya memahami anti, kesakitan anti dan kesedihan anti. apa yang mampu saya lakukan selepas meletak telipon ialah memanjatkan doa kepada Allah supaya meringankan beban kesakitan yang anti tanggung. saya tidak mampu untuk mendoakan ketabahan dan kekuatan dari Allah untuk anti, kerana anti pesan, jika kita minta kekuatan dan ketabahan, Allah akan uji kita dengan kekuatan dan ketabahan juga.
saya juga bertukar ayat doa semenjak itu. jika selama ini saya sering mendoakan supaya memberikan ketabahan dalam setiap ujian yang Allah berikan pada saya, saya meminta supaya saya sabar menempuh ujian yg Allah beri pada saya saban waktu. saya juga memohon agar diberikan rezeki yg melimpah ruah, jika sebelum ini saya minta supaya dimurahkan rezeki. saya juga selalu minta keredhaan berpanjangan dari Allah. dan saya juga amat menyakini doa kepada Allah. doa itukan senjata orang2 mukmin...
"Engkau sahaja (Ya Allah) kami sembah. Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan". (al-Fatihah ayat 5)
semalam anti telipon saya, alhamdulillah, suara anti sedikit ceria. saya tahu, saya amat mengerti. anti sgt tabah atau pura2 tabah atau terpaksa tabahkan hati. mungkin sakit anti ada sedikit berkurangan. saya tumpang lega. anti sapu minyak kelapa yang saya sarankan. alhamdulillah... bukankah kelapa ada 1001 rahsia didlmnya?
"Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik dilangit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan serta mengetahui apa yang kamu usahakan.”
(QS. 6. Al An’aam)
saya tak berkesempatan berbuka bersama anti lagi. adalah 2-3 kali saya dapat berbuka bersama. itupun juadah beli. keadaan saya amat2 tidak mengizinkan. namun, saya pesan kpd anti agar kirimkan saja juadah apa yang anti mahu dari sahabat saya, juga anak angkat anti, rodziah. alhamdulillah... harapnya sahabat saya tidak jemu2 membantu. doa saya semoga penyakit dan kesakitan anti berkurangan. semoga raya tahun ini lebih bererti lagi buat anti dan saya juga...insya'Allah...

No comments:
Post a Comment