Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...

Lori Terbang




MARAN: “Berderau darah saya melihat mayat bayi dalam longkang, tiga mayat lagi bergelimpangan, manakala satu lagi tersepit dalam kereta.

“Saya menitiskan air mata kerana suasana ketika itu begitu dahsyat dengan keadaan mayat cukup mengerikan terutama mayat bayi itu yang pecah kepala hingga menampakkan isi,” kata Azmi Mohamad, 42.

Dia antara saksi awal kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dengan Perodua Kenari di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Kompleks Rakan Muda Maran di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lima sekeluarga terbabit maut apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena ‘terbang’ sebelum diseret kira-kira 80 meter dan melanggar tebing bukit.Mereka yang terbunuh ialah pembantu am rendah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, Triang, Nasaruddin Abdul Aziz, 32; isterinya, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun, Fatmawati Harun, 30, yang hamil tiga bulan, anak pasangan itu, Muhammad Nazhif Iman, 10 bulan, ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan adik Fatmawati, Mohd Syakirin, 23.Bagaimanapun, pemandu lori kontena berusia 39 tahun itu hanya patah kaki dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, manakala kelindannya, seorang remaja berusia 17 tahun tidak cedera.

Azmi berkata, kemalangan itu paling ngeri pernah dilihatnya dan sukar untuk menceritakan keadaan mangsa kerana terlalu ngeri.

“Saya turut membantu anggota bomba mengangkat mayat keluarga berkenaan dan mengutip cebisan daging dan anggota badan yang terputus dan hancur akibat rempuhan kuat kenderaan berat itu.

“Ini kali kedua saya melihat kemalangan maut di tempat sama. Nahas lima tahun lalu turut mengorbankan lima nyawa, tapi kali ini lebih dahsyat,” katanya.

Sementara itu, abang sulung Fatmawati, Alias, 43; berkata dia terkejut apabila dimaklumkan lima anggota keluarganya terbunuh dalam kemalangan itu ketika dihubungi bapa tiri, Wan Jaafar Wan Jusoh, 65, selepas tamat bertugas sebagai anggota polis di Bera.

“Kali terakhir saya bertemu mereka di rumah ibu (di Jengka 5) kerana semalam (kelmarin) kami berkumpul dan makan bersama ketika pulang bercuti hujung minggu.

“Saya sempat berbual dengan mereka sebelum bergegas pulang untuk bertugas kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam). Pemergian mereka begitu mengejutkan kerana masing-masing tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sikap pelik,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Bandar Jengka.

Menurutnya, lebih menyayat hati, keluarganya baru menerima berita gembira bakal menyambut ‘orang baru’ apabila Fatmawati yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu disahkan hamil tiga bulan.

“Fatmawati beritahu dia mengandung ketika kami berkumpul beramai-ramai dan adik saya begitu gembira kerana bakal mendapat cahaya mata kedua selepas tiga tahun berumah tangga.

“Saya juga sedih dengan kehilangan adik bongsu, Mohd Syakirin, yang juga insan istimewa kerana menjadi penyeri keluarga kami dengan gelak tawa setiap kali berkumpul,” katanya.

Katanya, jenazah anggota keluarganya akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Felda Jengka 5 sebaik selesai dibedah siasat.



*sumber : harian metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

naK CakaP sKITT jeR...

* assalamualaikum...

*saya nak bagitahu, yg saya menulis kengkadang ikut atie, kengkadang suke atie.
*namun,saya minta maaf jika ada yg terasa or tersinggung...tapi usahlah tersinggung... sume entri peribadi kebykkan pasal kisah saye jerk...huhuhu...
*kengkadang tulisan saya sgt berhati2...coz ada yang saya copy n paste.
*sape nak copy n paste silalah...x marah pon...tapi..x de pape pon yang menarik kecuali yg di copy n paste...
*kalu rajin tu, tinggalkan lah komen atau jejak SMTI..x paksa eh..
*background belog nih sentiasa berubah2 ikut keadaan dan kerajinan...jgn marah eee....
*akhir kata...salam Nur Kasih dari saya...:)