Saturday, September 17, 2011

i lah yang paling cute....

bila tiba hari sabtu dan ahad jer, mesti bosan... minggu ni pulak ramai orang menamatkan zaman bujang mereka. tak kurang juga yang buat rumah terbuka di sana sini. tentunya ramai pula yang sibuk kerumah terbuka itu. yang baru bercuti pula barulah beraya.

ada juga yang duk rumah saja menonton tv, drama korea tak habis-habis. ada pula yang berpuasa enam, menghabiskan sisa-sisa syawal. ada pula yang bekerja tak henti-henti dari pagi tadi. ada yang baru nak belajar ambil lesen. ada yang keluar berdating dan meeting dengan kawan-kawan. tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan, cuci mata. ada yang hanya duduk depan komputer melayan facebook dari pagi hingga malam. bukan buat apa, main poker game...ntah apa-apalah...

tak kurang juga yang beriadah bersama keluarga. mereka ke zoo, taman buaya, taman rama-rama atau taman 1000 bunga. kat Melakalah ni.. pastinya penuh hari ni dan esok. tidak kuarang juga yang main golf, tunggang kuda atau main badminton. ada juga yang sedang membakar lemang dan memasak rendang. ada juga yang bershopping sakan...huuu...tengah bulan ni wei...

ada juga yang berkaraoke melalak dengan cara yang tak ok. ada yang tekun menelaah buku, maklumlah tak sampai 2 minggu lagi nak PMR. ada yang terlantar di hospital..biasalah, ramai orang sakit sekarang nih. tak kurang juga yang sihat tapi buat-buat sakit. tidur terlantar dari semalam tak bangun-bangun...ooo...cover tidur sebab dah 3-4 hari tak tidur.

ada juga yang sedang menangis sebab bergaduh dengan pakwe/makwe. ada yang baling-baling bantal dengan tisu ditangan mengelap air mata kerana bergaduh laki bini. bunyi bising anak-anak menangis tak dihiraukan. tak kurang juga yang termenung mengenang nasib diri kenapa begitu dan kenapa begini.

ada yang sedang membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid, berulang-ulang kali. bilalah nak kuar novel baru..katanya.. huuu...

ehh...banyak betul aktiviti hari minggu... lain orang lainlah aktivitinya. kalau ditanya antara huruf A sampai Z, yang mana paling cute? jawapan saya senang jer...i lah yang paling cute...lalalala....

anak buahku comel...

*aktiviti saya? membuat entry merepek ntah apa-apa...

4 comments:

C`ayob.com said...

waaa panjangnya entri, jadi bila nak kahwin hehehe

Ary said...

hahaha...lalalala...

C`ayob.com said...

eeee..best apa kahwin. Kebahagian wanita pula tu

Ary said...

@c'ayob
-saya dah jawab kat posting terbaru...huuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...