Thursday, July 30, 2009

Mari Belajar Bersyukur...



1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam,BERSYUKUR
kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci
pinggan,BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah,
bukan dijalanan berpeleseran.


3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR
kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR
kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap,
dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna
kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR
kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR
kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR
kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


HAVE A WONDERFUL DAY!!!

BELAJARLAH BERSYUKUR... ...

*tq sue...

*i'm still ......hahaha..

1 comment:

idyavie said...

Salam...nice blog...salam kunjung ke idyavie.blogspot.com & sudi2 lah xchange LINK n register as my follower TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...