Tuesday, July 28, 2009

Ditambat rakan suami

GOMBAK: Kecewa selepas gagal memujuk wanita pujaan hati yang berstatus ‘isteri orang’ untuk berkahwin dengannya, seorang lelaki bertindak luar biasa dengan mengurung wanita berkenaan dalam rumahnya sebelum menjadikannya hamba seks selama empat bulan.

Lebih malang apabila wanita berkenaan yang kehilangan suami turut diperkosa puluhan kali selain didera secara zalim oleh lelaki terbabit sepanjang tempoh menjadi orang tawanan.

Tambah menyayat hati apabila wanita malang berkenaan diikat kaki dan tangannya sebelum ditambat pada meja bagi mengelakkannya melarikan diri setiap kali suspek mahu meninggalkan rumah.

Sumber polis berkata, penderitaan dialami wanita rakyat tempatan itu berlaku selepas suaminya, seorang pendatang warga Myanmar, ditahan Jabatan Imigresen kerana didapati memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.Menurutnya, suami wanita itu berusia 20-an yang ditahan pihak berkuasa sekitar Mac lalu ketika menjual sayur di sebuah pasar, dekat sini, kini dilaporkan ditahan di pusat tahanan imigresen untuk tindakan lanjut.
baca lagi disinih.....



*sumber dr hmetro
* x guna!@j$&6*!
*berbuku di hati!!

3 comments:

Anem Arnamee said...

salam..

macam-macam sekarang ni kan.
manusia sgup wat pe jer utk kepuasan drik sendrik.
uhu.nauzubillahiminzalik.

pgil akak ea? anem 22 thn bru .:)

Ary said...

wa'alaikumslm anem...

mmm...memang adik anem ler tu...:)

tu rr...geram nih!!! x(

akak baru.....19 taun...huhuhu... jgn kasi tau org laen tau (19+10=19)
hahaha... matematik dulu x bape ok.. ;)

Ary said...

mmm....memang adik anem ler tu...:)---> maksudnya anem nih memang pangkat adik...apolah,salah bace poning pale...n_n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...