Thursday, October 3, 2024

Anda seorang yang kuat

 Anda percaya tak anda seorang yang kuat? Anda percaya tak tiada masalah yang tak boleh diselesaikan dalam dunia ni? Anda percaya tak perasaan anda berbeza jika anda gagal hari ni sedangkan anda telah mencuba sehabis baik dengan perasaan anda yang tidak mencuba bersungguh sungguh?

Anda percaya tak yang anda seorang yang sangat kuat? Jika anda mahu mengangis sekarang, menangislah. Tiada siapa yang menghalang. Jika anda mahu lari sekarang larilah. Tiada siapa mahu menghalang. Tetapi lari bukan penyelesaian masalah. Bergaduh atau bertengkar bukan kaedah kepada nak selesai masalah. Apatah jika gunakan bomoh atau ilmu hitam yang sah salah disisi Islam. 

Jika anda ada anak, pandanglah muka mereka. Jika masih ada ibu dan ayah disisi, tenunglah muka mereka. Lihat dalam dalam. Jika kita masih ada orang orang yang kita sayang, pegang tangan mereka dan peluk mereka. Anda adalah tempat mereka bersandar. Jika anda tiada kemana bahu hendak disandarkan.

Percayalah, kita semua kuat!

Cari jalan keluar bukan lari, larilah kearah cahaya bukan terus ke arah kegelapan.

Allah kan ada! Sebesar mana masalah kita, Allahkan lagi besar. Senyum kawan. Meh, aku ada je kat sini. 😌

#kitasemuakuat 

Sunday, July 4, 2021

PKP, Musim baru yang semakin menghampakan

 Sabar. Itulah perkataan yang kita akan berkata pada diri sendiri sekarang ni. Kerap. Lebih banyak daripada berkata sabar dengar orang lain. Kadang kadang dengan orang yang kita tak kenali di laman sosial.

Buntu. Itulah bila setiap masa kita berhadapan dengan dinding yang sama. Kosong. Bosan. Mungkin tidaklah rasa begitu kepada mereka yang ramai penghuni rumah. Tapi rasa terseksa jugalah jika kesemua penghuni rumah itu tiada gaji. Kesian. 

Gelandangan dan orang biasa. Kesian lagi orang biasa. B40. M40 dan T20. Orang biasalah tu. Gelandangan tu bagi aku orang luar biasa. Aku orang biasa. Gaji biasa biasa. Hanya kaya angan angan. Kaya angan angan pun tak boleh menjadikan aku seperti golongan gelandangan itu. Maksud aku, golongan gelandangan yang dah biasa tak makan berhari hari. Apapun sekarang ni dekat Malaysia rasanya ada saja bantuan untuk golongan gelandangan ini setiap hari. Setidak tidaknya perut mereka akan berisi sehari sekali dengan hidangan penuh dan mengenyangkan.

Itulah sebabnya kita di suruh melihat golongan yang lebih susah daripada kita untuk kita rasa bersyukur. 

Aku bersyukur. Tapi jiwa aku kosong. Perasaan aku hampa dengan diri aku sendiri. Oh! Aku yang tiada masalah depression ini pun rasa begini. Apatah lagi mereka yang sangat sangat struggle kehidupannya. 

Tak. Aku bukan tak berdoa. Aku bukan tak solat. Cuma aku dah lalai barangkali. Dengan ‘keasyikkan’ PKP ni. Perasaan aku pada sebuah kehidupan yang keluar dari suasa sama dan kaku. Perasaan yang bosan. Ini perasaan aku. Sudah tentu berbeza dengan perasaan orang orang diluar sana. Mungkin ada yang sama. Rindukan kesibukan dunia yang sementara ini. Rindukan pemandangan baru setiap hari. 

Itulah. Rindu ini dasyat. Sangat bahaya. Ia kadang kadang datang bawa bahagia. Ia kadang kadang datang bawa bencana. Patutlah manusia yang mahu keluar dari kebiasaan ini mereka sanggup lakukan apa sahaja. Terdesak.

Seperti peniaga yang mula mula berjinak jinak menjual makanan. Harap harapnya musim PKP ni dapatlah mengantikan pendapatan dan kesibukan yang hilang. Seminggu. Ramai orang call, WhatsApp nak oder makanan yang kau jual. Lepas tu. Seorang dua orang saja yang oder. Lepas tu langsung tak ada. Kau perlu merayu dan memaksa kawan kawan beli sedangkan mereka dah membelinya minggu sudah. Kau tertanya tanya masakan kau tak sedap kah? Atau harga yang terlalu mahal kah?

Kalau sungguh kecewa. Lalu kau hentikan promosi. Kerana kau penat. Kau sebenarnya tak putus asa. Tapi kau hampa. Kau tahu. Orang yang berniaga bertahun tahun pun belum tentu laku jualannya. Inikan pula kau yang baru berniaga sehari dua. Malulah! Iya! Kau tahu. Tapi kau bawa emosi kau dalam seluruh musim PKP ni. Kau heret perasaan itu sehingga ia tawar, kosong dan hampa. Kehidupan kau dah jauh terpesong. Kau tak tentu tidur. Kau tak tentu makan. Kau tak rajin. Kau jenis itu.

Kau bukan jenis manusia yang rajin. Kau bertambah pemalas. Perit. Tapi itu hakikat. Kau semakin tewas.

Musim PKP adalah musim baru didunia ini. Musim yang semakin dibenci. Musim yang menyimpan dendam amarah setiap penghuninya. Musim yang menghampakan. Ya, aku hampa. 

Aku menyalahkan PKP. Hahahahaha. Perkara paling lucu berlaku dalam hidup aku. Aku jenis memang tak menyalahkan orang lain. Tapi hati aku menjerit. Aku salahkan semua benda. Kerajaan. Masyarakat. Itu ini! Aku berubah. Aku semakin negatif. Sedangkan aku adalah orang yang sangat positif. Betullah tu. Aku hanyut dengan kebencian aku dengan musim PKP yang bangang ini. Aku jenis macam tu. Tahniah kepada yang lebih baik kehidupannya. Aku tak.

Aku stop dulu. Aku ingin tidur. 

Saturday, April 17, 2021

Taubat Banduan Akhir

 Aku suka cerita cerita yang memberi kesan dalam hati aku. Aku tahu, ramai dah baca cerita ini sedari dulu lagi. Aku pun. Namun aku terbaca lagi kisah ni hari ni. Pun masih memberi kesan dalam hati aku ni. Jadi aku simpan cerita ni kat blog akulah. Okey👌🏻

gambar dari google


Tazkirah : "Taubat Banduan Akhir" by Ustaz Wadi Annuar .


Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.


-ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".

-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim.

-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.

-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.

-nama biliknya "Sel akhir".

-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."

-ianya mesti prosedurnya begitu.

-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.

-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.

-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.

-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².


-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.

-sentiasa membaca Al-Quran.

-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.

"Saya banyak dosa ustaz"

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".

-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.

-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.

-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.


Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.

-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.

-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².

-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.

-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.

-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.

-sbb dia tau untuk bertaubat bila.

-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.

-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.

-tak tau bila nak mati.


-maka baduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.

"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".

-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.

-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .

-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.

-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.

-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.

-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.


-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.

-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.

-itu Rahsia Allah.

-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.

-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.

-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.

-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?

-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;

"Maafkan ayah...Maafkan ayah".

-bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.

-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.

-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.


ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.

Wallahua'lam.


Ustaz Elyas Ismail pernah cerita dalam kuliah dia, dia pernah tanya warden penjara ‘bagaimana keadaan mayat banduan akhir selepas digantung?’ Jawapan yang diperoleh agak mengejutkan. ‘Kebanyakan mayat mereka nampak “cantik”. 


Sumber ; ig jom_dakwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...