Thursday, October 11, 2018

Usah biar sesiapa ragut keyakinan kita

Pernah tak ada orang yang menghina kita? Mengutuk kita? Memperkecilkan kemampuan kita? Mempelekehkan apa yang kita buat? Mengutuk cara pakaian kita, makeup kita? Mengejek jerawat kita banyak, muka kita hitam dan pucat? Atau mentertawakan beg yang kita bawa?

Pasti ada, aku yakin. Dek kerana itu, seluruh keyakinan kita luntur. Kita tiada keyakinan. Kasihan. Kadang kadang tu kita terlewat keluar rumah. Kerana apa? Kerana kita rasakan tiada baju untuk di pakai hari itu. Semua baju yang kita ada tak sesuai. Kita rasa sedih, rasa stress, lalu terduduk mengenangkan tiada baju untuk dipakai.

Ada tu pulak, selepas makeup lawa lawa, ambik tisu basah dan padamkan semula makeup kita. Kasut, beg yang hendak di bawapun tiba tiba hari itu tak tahu nak bawa yang mana satu. Akhirnya kita keluar dengan mood yang kelam kabut dan hambar. Sarapan pun tidak. Atleast minumlah air suam. Pun tidak. Sebabnya keyakinan kau telah diragut semalam.

Keyakinan kau diragut semalam dek kerana kau suka pakai kasut leper yang kau beli kat pasar malam harga rm15. Kasut tu murah. Kau suka pakai sebab ia sangat selesa.

Namun apabila kau tiba disuatu tempat orang orang kaya, berilmu tiinggi, berjaya, femes, bertaraf bintang dan ala ala diva VVIP, kau mula mengecil. Itu anggapan kau. Walhal mereka cuma manusia biasa yang berjaya, kuat berusaha, tidak berputus asa dan nah, miliki apa sahaja diatas usaha tersebut.

Sebenarnya apa yang kau rasa itu perasaan malu.

Apa yang spoil mood kau pulak semalam, ada seorang kawan yang kau kenal ni memandang kasut kau, seolah olah pandangan itu berkata kata 'kasut murah, laaa...siannya dia. Sale tak ada, duit pun tak ada' itulah maksud pandangan tersebut. Padahal kawan kau tu tak kata apa apa pun.

Dah tu kau mengecil. Kau rasa kecikkk sangat padahal kau antara yang besar disitu. Kau muram. Rasanya program yang kau hadiri itu hambar. Walhal speaker yang hampir nak pecah gegendang telinga begitu kuat dan tepukan bergema dengan sangat meriah. Sebenarnya kat sini, tanggapan kau yang negatif itu meragut keyakinan kau. Kau yang meragut keyakinan kau sendiri.

Okey, itu kau yang berasa rendah diri. Memanglah, kasut beli kat pasar malam, beg beli kat shopee harga 28rm, baju dan seluar yang kau pakai baju dan seluar lama tak berganti. Tudung ajelah yang baru. Itupun raya tahun ni punya. Sebenarnya ada jer baju lawa, tapi kau suka nak pakai yang selesa. Manusia ada yang lebih suka selesa berbanding nak nampak cantik. Tapi ramai manusia nak biar nampak cantik berbanding rasa selesa. Kau jenis manusia yang lebih suka rasa selesa.

Kenapa kau nak tiba tiba pedulikan tanggapan orang pada kau. Kenapa selama ni kau buat bodoh jer bila kawan kawan kau pakai beg berjenama, makan kat starbuck, nasi arab mahal mahal. Bila sekali sekala mereka ajak kau, kau dah puas hati dapat makan free. Ko buat tak tahu malu jer bila dah kerap orang belanja ko, tetiba ada bunyi bunyi kat belakang kata kau bila pulak nak belanja. Kau pun selamba menjawab, boleh, goreng pisang makcik munah aku bungkus untuk kau ye.

Dan kau nampak dengan ekor mata mereka ketawakan kau. Dan kau buat tak tahu jer. Tapi sekarang kau rasa sangat sangat malu. Kau rasa rendah diri sangat. Tiba tiba kau rasakan sudu garfu depan kau seolah olah punya wajah dan suara yang mentertawakan kau. Kau tengok meja, kerusi dan speaker yang berada di hadapan kau itu menjerit jerit ketawakan kau.

Itu sebenarnya kesedaran. Kesedaran yang kau perolehi itu sangat bagus, maka teruskan bangun.

Kau tiba tiba rasa macam di kejutkan sesuatu. YA ALLAH! Kau baru bangun dari tidur. Tidur yang panjang. Kau baru menyedari bahawa kau dah ketinggalan jauh! Ibarat kau masih menaiki keretapi setiap hari tanpa kau sedar yang member kau yang sama sama naik keretapi dengan kau dulu kini adalah pemilik keretapi tersebut. Begitulah kalau aku boleh bagi contoh.

So, jangan tunggu lagilah. Come on. Tak ada istilah terlambat. Baca sejarah kfc bagaimana pemiliknya boleh berjaya. Nanti aku poslah lain kali pasal tu.

Okey, aku stop dulu. Kang panjang sangat, momo yang baca. Huhuhu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...