Terkadang apabila aku melihat di luar jendela, sunyi suasana. Terutama pada pagi hari. Barangkali orang sedang sibuk bekerja. Di pejabat pejabat, di sekolah sekolah atau di jabatan jabatan. Terasa angin sunyi menerjah dalam suasana itu walaupun bunyi bising kilang kilang yang berdekatan rumahku agak kedengaran sekali sekala walaupun tidak berapa jelas.
Tatkala ini apabila aku memandang ke depan, walau di depanku ada tv yang sedang ku tonton, sepi. Sepi rasa hati. Kalau dalam suasana punya sunyi, dalam hati punya sepi. Bagaimana ya hendakku gambarkan. Betapa sepinya sekeping hatiku.
Argh... Mengapa perlu aku luahkan pada blog yang sudah usang ini? Mungkin aku beranggapan tiada sesiapa akan perasan posting ini. Kalau aku terjemahkan melalui fb, ig atau twitter pula... Walaupun tiada sebarang komen mungkin, tapi ada pembacanya.
Aku bersikap terlalu prajudis barangkali. Beranggapan negatif mungkin juga. Walaupun berkali kali aku ingatkan 'kita mesti positif' tapi hakikatnya aku sebaliknya.
Aku mengeluh lagi. Banyak mengeluh pula sejak akhir akhir ini. Tidak ada mood. Selalu aku beri ucapan selamat hari lahir buat rakan rakan fb. Tapi aku biarkan sahaja. Bagai biarkan bas yang aku tunggu berlalu pergi. Faham tak perasaan itu?
Perasaan aku ini macam ni hendak ku gambarkan. Dalam sebuah bilik kosong, yang ada hanyalah sepapan kanvas yang lama dan kotor. Itulah satu satunya kanvas yang ada. Warnanya tidak penuh. Walaupun bayak. Ada merah, hitam, kelabu, biru, oren dan banyak yang putih. Dan bilik kosong ini cuma ada aku yang duduk memandang kanvas itu tanpa berbuat apa apa.
Paham tak apa yang aku cuba sampaikan? Kalau kalian tidak paham, aku pun kadang kadang tidak paham. Apa yang aku hendak sebenarnya. Walaupun jelas apa yang tidak ada itulah sebenarmya patut aku dapatkan, tapi, ia seakan akan tidak sampai. Aku seakan akan manusia bodoh yang tidak pandai membaca, menulis, tidak paham apa yang aku lihat dengar ataupun rasa. Dan aku kira, cikgu pun marah dan menyampah dengan aku.
Dalam dunia ini, adakah sesiapa seperti aku?
No comments:
Post a Comment