Dear En Syawal,
Salam ku hulur kepadamu, En. Syawal... Apa khabar? Aku disini sedang menghitung hari, rasa sedih hendak berpisah dengan En. Ramadhan yang paling aku sayangi...
Insya'Allah... jika umurku masih panjang, temujanji kita pada sedikit hari lagi akan terlaksana.
Salam ku hulur kepadamu, En. Syawal... Apa khabar? Aku disini sedang menghitung hari, rasa sedih hendak berpisah dengan En. Ramadhan yang paling aku sayangi...
Insya'Allah... jika umurku masih panjang, temujanji kita pada sedikit hari lagi akan terlaksana.
En. Syawal....
Bila terkenangkan perjumpaan ku denganmu, hati ini rasa berdebar2. Tak tahulah kenapa. Mungkin satu lagi lembaran hidupku,sejarah hidupku akan tercipta pada hari aku bertemumu. Tentunya pada pagi hari pertama bertemumu, aku di hujani air mata yang aku tak tahu selebat mana, namun yang pasti sendunya sudah terasa kini.
Mengapa perasaan aku begini ya En Syawal? Aku rasa mungkin aku terkenangkan arwah adik tersayang yang sudah tiada, juga terkenangkan jarak kasih sayang yang semakin jauh walaupun nilainya sangat tinggi sehingga tidak dapat dihitung. Aku juga tahu, bukan aku saja rasa begini, tentunya meraka jua mempunyai rasa yang sama...
Apa persiapanmu nanti? Warna bajumu, juadahmu.. Aku tidak membuat sebarang persiapan lagi untuk menyambut kedatanganmu. Entahlah En. Syawal...Usahlah berkecil hati dengan ku, aku bukan sengaja. Selain kesibukan yang mengikat waktuku, aku juga diselubungi moody untuk menemuimu. Ingin ku lari dari menemuimu namun, aku amat yakin, kau pasti akan tiba menemuiku dalam apa jua keadaanku. Tapi aku harap moody ku tak lama.
Semoga waktu pagi sewaktu menemuimu,tidaklah seteruk yang ku sangka. Namun yang pasti aku tetap memanjatkan syukur pada Illahi kerana aku masih dapat menemui En. Syawal pada tahun ini.
Salam Aidilfitri dari aku, hamba Allah yang hina ini.....
Yang Benar,
Miss_Ary
No comments:
Post a Comment