Tuesday, October 23, 2018

Aku Tak Pernah Lupa Kau

Tiba tiba hariku yang ceria menjadi mendung. Dadaku sebak. Mataku berkaca. Sedikit sedikit menitis air mata tanda betapa aku sedih.

Suatu waktu dahulu aku bertekad untuk tidak membaca apa pun status di laman muka buku kau. Namun hari ini ia hadir dalam laluan laman muka bukuku. Kerana status kau aku jadik muram. Terkenang kisah lalu. Antara kau dan aku.

Kita yang sama sama pendam perasaan. Perasaan kau dan aku. Dari sekolah rendah lagi. Aduhai. Apabila aku imbau kenangan lalu melalui penulisan ini, air mataku jatuh lagi. Dadaku sebak dan sakit. Bagai di tumbuk tumbuk.

Sedangkan kisah kita tidak sehebat mana. Mungkin biasa biasa sahaja bagi orang lain. Walaupun begitu, ia sangat mendalam bagi aku. Dia ibarat cinta pertama aku. Kau tahu bagaimana penangan cinta pertama bukan?

Aku boleh katakan tak banyak, sedikit, kerana kau aku masih sendiri dari dulu sampai sekarang.  Hebat bukan? Kita tak pernah melafas apa apa. Kita tak pernah berjanji apa apa. Kita tak pernah minta saling menunggu. Buktinya kau, sudah berkahwin dan beranak pinak. Malah kau sudah dua kali berkahwin.

Aku? Aku tidak menunggu kau. Langsung tidak. Tapi entah kenapa, ia seakan akan menunggu kau. Buktinya aku pun bercinta dengan orang lain, aku berdating dengan orang lain, aku merancang berkahwin dengan orang lain. Tapi, semua itu hanya perancanganku. Aku pasti perancangan Allah lebih hebat untukku.

Aku pun tidak paham. Kenapa aku harus menangis membaca posting kau dalam laman muka bukuku? Aku fikir aku sudah melupakan kau. Namun sebenarnya aku silap. Aku tak pernah lupakan kau.

Oh, mungkin kau di landa masalah, sehingga kau terpaksa berkongsi masalah kau di laman muka buku kau. Kau sedang bersedih. Kau sedang diuji Allah dengan ujian yang maha hebat. Mungkin itu yang membuatkan aku sedih. Jika kau bahagia, aku mungkin akan bahagia juga. Betapa kuatnya perasan inikan?

Doaku agar kau akan bertindak bijak. Agar segala permasahalahan kau akan terlerai. Aku tahu kau kuat.

Kau sentiasa menjadi kenangan aku. Tapi aku tak pasti aku menjadi sebahagian dari kenangan kau. Seperti aku katakan dari awal tadi. Perasaan ini terpendam. Kau mungkin sudah lupakan aku. Tak mengapa. Kitakan tak pernah berjanji apa apa?

Mencintai tak semestinya memiliki. Ye, aku lama sedar itu. Biarlah kau menjadi kenangan aku sampai bila bila. Aku hanya manusia biasa yang hanya mampu memandang kau dari jauh, walaupun hanya di laman muka bukumu.

Amboi amboi amboi amboi. Kan main jiwang berkarat lagi aku ni. Hahaha. Oklah. Aku stop dulu. Kat sini ajelah aku boleh luahkan segalanya. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca posting aku. Aku dah ok dah. 😅

Thursday, October 11, 2018

Usah biar sesiapa ragut keyakinan kita

Pernah tak ada orang yang menghina kita? Mengutuk kita? Memperkecilkan kemampuan kita? Mempelekehkan apa yang kita buat? Mengutuk cara pakaian kita, makeup kita? Mengejek jerawat kita banyak, muka kita hitam dan pucat? Atau mentertawakan beg yang kita bawa?

Pasti ada, aku yakin. Dek kerana itu, seluruh keyakinan kita luntur. Kita tiada keyakinan. Kasihan. Kadang kadang tu kita terlewat keluar rumah. Kerana apa? Kerana kita rasakan tiada baju untuk di pakai hari itu. Semua baju yang kita ada tak sesuai. Kita rasa sedih, rasa stress, lalu terduduk mengenangkan tiada baju untuk dipakai.

Ada tu pulak, selepas makeup lawa lawa, ambik tisu basah dan padamkan semula makeup kita. Kasut, beg yang hendak di bawapun tiba tiba hari itu tak tahu nak bawa yang mana satu. Akhirnya kita keluar dengan mood yang kelam kabut dan hambar. Sarapan pun tidak. Atleast minumlah air suam. Pun tidak. Sebabnya keyakinan kau telah diragut semalam.

Keyakinan kau diragut semalam dek kerana kau suka pakai kasut leper yang kau beli kat pasar malam harga rm15. Kasut tu murah. Kau suka pakai sebab ia sangat selesa.

Namun apabila kau tiba disuatu tempat orang orang kaya, berilmu tiinggi, berjaya, femes, bertaraf bintang dan ala ala diva VVIP, kau mula mengecil. Itu anggapan kau. Walhal mereka cuma manusia biasa yang berjaya, kuat berusaha, tidak berputus asa dan nah, miliki apa sahaja diatas usaha tersebut.

Sebenarnya apa yang kau rasa itu perasaan malu.

Apa yang spoil mood kau pulak semalam, ada seorang kawan yang kau kenal ni memandang kasut kau, seolah olah pandangan itu berkata kata 'kasut murah, laaa...siannya dia. Sale tak ada, duit pun tak ada' itulah maksud pandangan tersebut. Padahal kawan kau tu tak kata apa apa pun.

Dah tu kau mengecil. Kau rasa kecikkk sangat padahal kau antara yang besar disitu. Kau muram. Rasanya program yang kau hadiri itu hambar. Walhal speaker yang hampir nak pecah gegendang telinga begitu kuat dan tepukan bergema dengan sangat meriah. Sebenarnya kat sini, tanggapan kau yang negatif itu meragut keyakinan kau. Kau yang meragut keyakinan kau sendiri.

Okey, itu kau yang berasa rendah diri. Memanglah, kasut beli kat pasar malam, beg beli kat shopee harga 28rm, baju dan seluar yang kau pakai baju dan seluar lama tak berganti. Tudung ajelah yang baru. Itupun raya tahun ni punya. Sebenarnya ada jer baju lawa, tapi kau suka nak pakai yang selesa. Manusia ada yang lebih suka selesa berbanding nak nampak cantik. Tapi ramai manusia nak biar nampak cantik berbanding rasa selesa. Kau jenis manusia yang lebih suka rasa selesa.

Kenapa kau nak tiba tiba pedulikan tanggapan orang pada kau. Kenapa selama ni kau buat bodoh jer bila kawan kawan kau pakai beg berjenama, makan kat starbuck, nasi arab mahal mahal. Bila sekali sekala mereka ajak kau, kau dah puas hati dapat makan free. Ko buat tak tahu malu jer bila dah kerap orang belanja ko, tetiba ada bunyi bunyi kat belakang kata kau bila pulak nak belanja. Kau pun selamba menjawab, boleh, goreng pisang makcik munah aku bungkus untuk kau ye.

Dan kau nampak dengan ekor mata mereka ketawakan kau. Dan kau buat tak tahu jer. Tapi sekarang kau rasa sangat sangat malu. Kau rasa rendah diri sangat. Tiba tiba kau rasakan sudu garfu depan kau seolah olah punya wajah dan suara yang mentertawakan kau. Kau tengok meja, kerusi dan speaker yang berada di hadapan kau itu menjerit jerit ketawakan kau.

Itu sebenarnya kesedaran. Kesedaran yang kau perolehi itu sangat bagus, maka teruskan bangun.

Kau tiba tiba rasa macam di kejutkan sesuatu. YA ALLAH! Kau baru bangun dari tidur. Tidur yang panjang. Kau baru menyedari bahawa kau dah ketinggalan jauh! Ibarat kau masih menaiki keretapi setiap hari tanpa kau sedar yang member kau yang sama sama naik keretapi dengan kau dulu kini adalah pemilik keretapi tersebut. Begitulah kalau aku boleh bagi contoh.

So, jangan tunggu lagilah. Come on. Tak ada istilah terlambat. Baca sejarah kfc bagaimana pemiliknya boleh berjaya. Nanti aku poslah lain kali pasal tu.

Okey, aku stop dulu. Kang panjang sangat, momo yang baca. Huhuhu...

Friday, October 5, 2018

Akan tiba masanya...

_*Baginda Nabi ﷺ bersabda (mafhumnya):*_




🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak nya gempa² bumi.

🕒 Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

🕒 Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga² dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah ﷺ menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir² semua yg disebut itu berlaku di zaman kita 😭

💔 Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu² & bapa² hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik² sahaja terhadap anak² mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak² mereka.

💔 *Hari² yang ganjil.*

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan/sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Pemuda dan pemudi berjam² menghabiskan waktu mereka jalan² dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

💔 *Hari² Ganjil.*

Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu² dengan hati yang girang gembira. Namun jika untuk mendengar firman² Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah² mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita bersungguh² berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak² dan yang bagus². Murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedalam tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali unutk dimasukkan kedalam tabung derma.

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa untuk setkan alarm untuk bangun menghadap Allah ketika solat Subuh.

💔 *Hari² sangat Ganjil.*

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk² Allah, namun kita lupa akan firman Allah _*"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah _*"Maha Suci Allah yang telah menggerak kan kenderaan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".*_

💔 *Hari² yang Ganjil.*

Ibu² & bapa² membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing² dll....

💔 *Hari-hari yang ganjil.*

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah² _*Nabi Muhammad ﷺ.*_

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah _*Nabi ﷺ*_ ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah sahaja.

Jadilah anda salah seorang yang mengajak kepada kebaikan.

#copipes kat wasap group
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...