Tuesday, September 25, 2018

Kau berani berubah tak?

Perubahan perlu tekad. Bukan main main. Bukan sekadar kau lambung syiling dan kau main teka teka. Kalau bunga aku berubah, kalau kepala aku tidur. Bukan. Perubahan bukan macam tu.

Perubahan macam ni. Macam kau sedap sedap duduk kat sofa empuk aliff shukri pastu kau berpindah duduk kat kerusi panjang macam kantin sekolah rendah aku dulu. Tak lawa. Berat dan berkulat. Silap haribulan tangan ko kena selumbar kat bangku tu. Oh ye, kami panggil bangku.

Kau kena berani. Kau perlu redah. Jangan fikir tentang keselesaan. Jangan fikir tentang tilam yang empuk. Perubahan hari ini yang kau buat bukan untuk hari ini, tetapi esok. Esok bererti pada jangka waktu akan datang.

Aku sebenarnya kagum orang yang boleh tengok masa depan. Orang yang boleh fikir panjang. Bukan fikir pendek. Fikir untuk kejap lagi. Tapi kemudian akan ada masalah dikemudian hari. Aku tak tahu fikiran aku macamana. Mungkin aku seorang yang tak pandai berfikiran panjang. Huhhh. Aku stres memikirkannya. Aku selalu tak dapat buat keputusan tepat. Aku selalu menyesal.

Contoh yang paling terdekat kita boleh tengok orang yang beli takaful. Kalau yang beli tu pasti berfikiran panjang. Yang terus tolak tu pasti berfikiran pendek. Jangan marah aku. Mereka bukan tak mampu. Rata rata mereka mampu. Mereka boleh bayar astro kurang kurang pun rm45 sebulan. Atau beli topup seminggu 10rm atau makan kfc ke mcd sebulan sekali. Atau reward untuk diri sendiri kononnya beli beg mahal atau kasut mahal atau i phone 8.



Padahal takaful ni bagus untuk jangka masa panjang. Kalau tak mampu ambik mahal ,ambik murah je. Hei, kena tengok agen yang jujurlah ye.

Kalau bukan untuk kita ni tetapi fikirlah untuk orang yang akan meneruskan kehidupan waktu kita tiada nanti. Aduhai, aku promote suruh beli takafullah pulak kan. Ha ha ha.

Aku tahu, banyak yang perlu dikupas. Ye aku tahu, kau serik dah kena tipu, bayar mahal, bila nak claim tak dapat apa apa! Apa ni!!! Buat bakar darah je kannn. Padahal ada orang beli pinggan mangkuk pun kena tipu. Nak beli beg pun ingatkan ori tapi palsu, dah kena tipu lagi. Aduhai... Sadisnya hidup.

Kalau tak dapat claim ko kata agen penipu. Kalau dapat duit kau sapu. Bila tiap bulan agen suruh bayar polisi kau jemu. Polisi pun dah mati kau jadi haru. Bila kau minta sambung padahal kau dah sakit agen kau buru. Agen pun apa lagi larilah laju laju.

Tulah salah satu contoh. Kalau nak beli takaful email aku. Ha ha ha.

Apapun kita kena berubah. Itu keypointnya. Banyak seminar, kursus kursus motivasi yang poinnya suruh kita berubah. Betul tak? Kalau masih di takuk lama kau tak kan berubah. Perabut kat rumah pun  setahun sekali kita mesti alihkan, langsir kita tukaukan, baju apa tah lagi.

Belum cerita politik. Banyak berubahkan. Ha ha ha.

Kalau nak cerita pasal berubah, kita kena istiqomah. Perubahan bukan hanya pada kata kata tetapi tindakan. Raikankanlah walau perubahan itu nya sedikit. Walaupun ia kecil sangat. Bermaksud raikan tu bukanlah buat kenduri ke, belanja member makan sampai perabeh duit ke. Bukan. Raikan macam sujud syukur.

Berterima kasih pada Allah dengan sungguh sungguh tau. Aduhai tahu tak, nak berubah bukan senang. Cuba tanya orang gemuk tu, betapa seksanya nak berjoging. Seksa wei. Kalau tak berani nak berubah kau akan terus gemuk malah lebih gemuk dan tak sihat.

kalau Allah dah arahkan untuk kita berubah tu, satu rahmatlah tau. Dan kita kenalah sentiasa berada dalam landasan yang betul kearah perubahan yang lebih baik. Bukan bertambah tak baik. Ingat, perubahan itu kena lebih baik. Macam dari tak pakai tudung kepada pakai tudung.

Soalan aku, kau berani nak berubah tak? Aku? Sedang dalam proseslah ni. Doakan aku tau. (tiber...)  Hahahaha

Apapun aku aku stop dulu. Panjang sangat dah ni.



Thursday, September 20, 2018

Mendobi di mana? Tip dan cerita di kedai dobi

Katak bersahut sahutan menyanyikan lagu bobo di mana. Sepanjang bulan ni, hujan tak jemu jemu turun bersama angin sejuk.

Baju aku pun 2 hari baru angkat. Itu pun terpaksa angkat coz ampai dah penuh. Tak pelah, rasa sejuk sejuk sikit. Nak panas aku gosok ler guna saterika berat yang tak rosak rosak. Bila nak rosak pun aku tak tahu ler.

Aku terkesan jugaklah dengan beberapa berita tentang kedai malas yang melibatkan kes kucing mati bunting dan samun. Bahaya woi. Kedai malas tu kedai dobi ler. Kedai dobi layan diri ni buka 24 jam. Pernah aku basuh baju kat dobi layan diri ni pukul 2.30 pagi. Untuk pastikan tak ramai ler. Payah kalau ramai. Nak menunggu satu hal.



Aku ni jarang ler pergi ke kedai malas tersebut. Adalah masa raya tahun lepas dan masa mesin basuh aku rosak. Bukan tak boleh basuh tangan, tapi pinggang aku sakit ( alasan).

Masa raya tahun lepas tu pulak, terpaksalah pergi mendobi. Masa tu adik beradik aku semua balik. 6 orang semuanya tak termasuk aku. 4 dah kawin, dan aku punya 10 anak buah. Cer bayangkan baju yang bertimbun tu.

Cara terbaik pergilah mendobi. Pukul 2.30pagi kat kedai dobi. Tapi bukan aku sorang ler. Aku angkut ler adik ipar pompun aku yang rajin lipat baju, adik ipar lelaki aku jadik driver dan angkut bakul bakul baju dan terlepas 3 orang anak buah yang paten tak tido kalau dah balik kampung jumpa sepupu sepupunya. Pening aku coz anak anak buah aku umurnya 6,5,4 tahun.💆

Banyak banyak kedai dobi, kami pilih yang paling tak ramai orang. Kebetulanlah kan masa tu tak ramai orang. Yang lain semua penuh. Yelah raya, setahun sekali dan 24 jam 🙄

Tak jauh dari kedai dobi itu, ada kedai mamak yang still ramai orang. Sebelah kanan aku kedai seven E, dan sebelah kiri aku butik baju yang masih bukak lagi. Dan aku cuma bawak duit syiling dalam beg duit kecil.

Jenuh mengorek tabung pukul 2 pagi mengira syiling 50sen, adalah dalan 2 genggam. Sudahnya syiling 50sen tu tak guna pun. Kena beli token kat mesin guna duit kertas. Masa tu memang taklah aku bawak beg duit. Terpaksa aku pinjamkan dekat adik ipau aku yang tengah lepak kat kedai mamak.

Sedang aku menunggu baju nak siap tu, aku layan ler anak buah aku main main. Dalam 20 minit pertama tu ok lagilah kelakuan anak anak buah aku ni. Selepas tu masing masing buas wei. Aduhai. Mujur aku bawak 3 orang jer. Sudahnya syiling 50sen aku hampir habis buat beli air mesin dan jajan mesin. Dah kedai dobi tu dobi ajelah. Ada pulak 2 ketul mesin jajan dan air. Full pulak tu. Matilah nakkk.

Pastu aku mundar mandir, sentiasa keluar masuk untuk pastikan ramai orang keliling aku. Memang aku bawak henpon. Tapi aku tengok sekali sekala jerlah. Taklah jakun aku walaupun wifi free. Sebab internet aku pun free, sebulan aku bayau 80rm lebih, unlimited internet dan calling. Tapi yang sebenarnya aku melayan anak anak buah aku. Tak dan nak tengok benda telipon puaka tu.

Leka kalau main henpon ni. Elakkanlah. Kalau boleh tinggalkan kat rumah. Bawak tali skipping ke boleh buat senaman. Tak pun main dam haji atau dam ular. Kalau ko sorang, ajak ler sesiapa yang ada kat situ.

Wei, ko sedar tak aku bagi tips tau untuk elak kena samun masa sedang mendobi. Aku bukan cerita sesaje tau. Kau perasan ke tidak ni?

Macam kedai makan, kedai dobi pun kita kena pandai pilih. Aku dah bagi tip dah. Dah lah wei, nanti sambung lagil.

Friday, September 14, 2018

Negeri mana dipanggil Darul Traffic Light?

Kau tahu tak mana negerinya kat Malaysia ni nama gelarannya Darul Traffic light?  Mustahil korang tak tahu. Asal bercuti jer datang sini. Asal nak makan viral jer datang sini. Pantang tahu. Pantang nampak. Aku memang taklah akan keluar kalau jumaat sabtu ahad kalau nak ke bandar, dalam kereta jerlah gamaknya sepanjang hari sebab jem. Kalau terpaksa tu kena keluar pagi pagi subuh.



Dah tu traffic lightnya menegur sepanjang jalanku. Sebab kami dah terbiasa dengan traffic light, kalau ada simpang tiga yang tak ada lampu isyarat tu, kami akan kata 'Simpang ni kena ada lampu isyarat ni...' 'Kenapa tak ada traffic light ,patutlah lambat'  'Bila ntah nak pasang lampu' lebih kurang macam gitulah bunyiknya.

Dahlah budak sekolah nak lintas pun ada lampu isyarat ni walaupun ada polis mengawal 🤷, kat roundabout pun ada. 🙄 dahlah kat taman perumahan banyak bonggol. Aduhai. Nasib baik aku duduk kampung. Eh, merunggut ke apa ni? 😂

Hidup kita ni serupa traffic light juga.

Pendek kata kami dan lampu isyarat tak boleh di pisahkan. Ha ha ha

Aku tak pastilah pulak lampu isyarat boleh buat orang tambah displin atau perjalanan lebih lancar atau menguji kesabaran seseorang. Dan aku bab ni memang menguji kesabaran. Minyak kereta pun laghap orang kata.

Kalau aku, aku main langgar jer lampu merah. Ialah, masa tu dah tengah malam satu kete pun tak ada, aku sorang sorang pulak tu dan aku ni penakut. Aku yang berimaginasi tinggi ni kau boleh bayangkan tak apa yang aku nampak kau tak nampak? 🙄🙄🙄😂

Nak kata tak ada kemalangan, lampu isyarat nak masuk kampung aku tu selalu tumbang. Lampu isyarat tu tau yang tumbang. Heran aku. Tak nampak ke diorang ni? Ada kematian pulak tu. Allahuakhbar... Dah nama simpang agaknya, nak kejar lampu kuning , apa lagi, kona baringlah agaknya. Aku pun pernah buat. Sampai berasap tayar 😌😌😌 tapi bukan kat simpang tulah. Kat simpang lain.

Kalau kau nak datang sini pastikan beli buah tangan. Aku dengar banyak keychain berbentuk traffic light laris dijual.

Sebelum memandu tu, bacalah doa naik kenderaan. Wajib baca.

Dahlah tu, aku nak mengadap traffic light jap ni.

Thursday, September 13, 2018

Kenapa malas nak pergi kerja?

Kau ada kerja tapi malas nak pergi kerja, malas nak buat sales tapi tiap bulan asyik cek maybank 2u kot kot gaji dah keluar. Kau bising gaji sikit padahal satu hapah sales pun ko tak buat!? Pastu sedih nak cari kerja lain.

Duduk rumah, makan tido tengok tv apatah lagi sekarang ni astro bagi free channels hbo dan korea kegemaran kau. Mula mula tengok tv makan kacang almond dan gajus, pastu lepas seminggu kuku tangan kau gigit sebab kat dapur beras pun tinggal habuk.

Kau dah beli kasut tapi tak pakai, biasa anai anai yang pakai. Sampai buruk, lunyai baru ko nak sedih padahal kau baru beli selipar baru. Dan kau sebenarnya suka pakai selipar bukan kasut tumit tinggi. Dan kasut tumit tinggi kau lebih banyak dari selipar.

Kau beli buku tapi tak pernah habis baca. Ada yang elok berhabuk tak bersentuh sampai hujung kulit buku bergulung sedikit. Pastu bila adik kau nak pinjam dan tak pulang pulang kau bising. 🙄

Kau dah rancang nak kuruskan badan untuk pergi berjogging, dan set jam nak bangun awal sebab kau akan bad mood kalau subuh kau lewat. Tetiba memang kau bangun subuh lewat dan kau bising kat mak kau kenapa tak kejut kau. Pastu bila kau berzikir kau tertidur sampai pukul 8 lima minit. Kau kecewa sangat. Dan itu alasan yang paling baik kenapa kau tak keluar jogging. Huh!



Pastu kau makan nasi lemak lauk rendang. Berat tu! Kau tak dengar kata coach kau yang kau bayar 90rm untuk satu kelas diet. Walaupun 90rm tu bukan 900rm, duit tetap duit. Bukan salah coach kau tapi salah kau sebab tak tahan tengok nasi lemak, roti canai 🤦🤦🤦 padan muka kau, berat kau dah nak 100kg padahal tinggi kau cuma 150cm. Dan ayat kau selalu begini. 'Aku hanya manusia biasa, tak tahan godaan...' 'Esoklah diet'  abah kau!!!!

Sebab itu kau masih bawah ketiak mak abah walhal kau nak separuh abad. Bila orang mengata kau sedih dan berdendam. Huihhh puiiiihhh!!!!

Wednesday, September 12, 2018

Dah solat isyak ke belum?

Beristighfar, bila kau rasa kesedihan sedang melalui setiap nafasmu.


Seketika kau akan rasa terkontang kanting tanpa arah walaupun kau sebenarnya seorang diri di dalam bilik. Kau akan rasa nak lari dan mula akan terbayangkan tepian pantai, hutan rimba, atas bumbung atau dimana mana sahaja berdasarkan imaginasi kau saat kesedihan itu berlaku.

Tapi sekarang malam, dan kau perempuan. Dan kau sejenis makhlok penakut.

Pada saat itu juga kau rasa sunyi. Pada dalam 2-3 minit gitu. Lepas itu kau akan teringat beberapa nama dan wajah orang orang yang boleh kau mengadu kesedihan itu.

Satu situasi kau mungkin terus telipon orang tersebut. Mengikut akal yang sedih dan kurang waras pada saat itu, kau meluahkan segala galanya non stop. Kau akan berkata bahawa kau tak bersalah dan kau akan membanggakan diri yang kau betul. Orang lain salah dan yang pasti kau mahukan orang yang kau telipon itu bersetuju 100% dengan apa yang kau kata. Kalau jenis tak setuju, ada sahaja yang tak betulnya kau ni, nama tersebut tiada dalam senarai orang orang yang patut kau hubungi. Itu kata kau. Walhal itu kakak kau. Bila kau tak ada duit, dia kau rengek.

Dalam situasi lain, kau tidak punya sesiapa. Kau berfikiran begitu padahal ramai sahaja orang di sekeliling kau. Namun pada pendapat kau mereka semua tak paham kau. Atau sebenarnya kau tak percayakan mereka. Sebabnya kau pernah terkena dahulu. Dikhianati mungkin. Itu istilah kau. Padahal kawan kau mengadu kat mak kau je.

Akhirnya kau tidak memilih mana mana situasi itu. Kau hanya termenung di atas katil. Konon sedih sangat. Padahal itu memang salah kau. Kau rasa nak panggil doraemon suruh pergi kembali saat masalah yang buat kau sedih itu berlaku. Tak pun superman. Atau ada mesin masa ke. Eh, mana manalah!

Tapi sebenarnya kau sedih sangat. Kau pulak jenis yang berimaginasi tinggi. Dari lautan ke angkasa kau teroka. Tak jugak surut sebak di dada. Takkan nak isap dadah kot????!!!!

Akhirnya kau pergi pada perkataan pertama tadi. BERISTIGHFAR. Nak ambik air sembahyang kau masih merajuk dengan mak kau. Kalau keluar bilik nanti bertembung dengan mak kau, kau dah jadik malu. Kau fikir dalam tengah malam nantilah kau solat hajat ke, taubat ke.

Kau pun ambik tasbih dan berzikir. Akhirnya kau tertidur sampai pagi.

Dahlah. Jangan nak sedih sangatlah. Janji kau dah solat isyak. Kau dah solat isyak belum? 🙄

Tuesday, September 11, 2018

Ko dah bersedia nak mati?

Apabila aku mendengar khabar orang orang yang aku kenal meninggal dunia, aku hanya mampu sedekahkan alfatihah. Itu baru orang yang aku kenal. Orang yang aku tak kenal berapa ramai. Orang kampung aku, orang daerah aku, orang orang dalam negeri aku, orang orang luar negeri.


Mereka meninggal dunia dengan pelbagai cara. Ada yang sakit jantung, kemalangan, di himpap konkrit, lemas, sesak nafas, kena tembak, kebuluran, sakit tua dan macam macam cara kematian yang kadang kadang di luar imaginasi kita.

Ntah sempat ke tidaklah mereka bertaubat? Harap harap dosa mereka tak banyak.

Lantas aku terdetik, mereka dah sudah, aku bila lagi? Seram beb. Seram. Memikirkan dosa aku banyak. Hutang aku ada yang belum selesai dan yang paling penting amalan aku nak bawak nanti bila mati dah cukup ke belum.

Aku seram beb. Betul, aku dah ada takaful. Bolehlah buat bayar hutang mana tak sempat tu masa hidup.

Kat akhirat aku macam mana pulak? 😱😱😱 ya Allah... Takutnya. Ko tak takut ke dik? Aku tanya jer.

Kalau kita mengadap henpon satu hari pun tak cukup. Kepada yang memang henpon bukan makanannya, tahniah ye dik. Hakak belum mampu. Kalau tak 2-3 jam tak sah. 🤦🤦🤦 malah lebih. Tolong jangan berlagak suci murni ye dik. Hahaha

Kalau nak suruh zikir harian 1000 kali tu, tak mampu pulak nak buat 🤦
Istighfar 100 kali sehari pun kadang lupa. Apatah lagi selawat. Mengaji al quran... Aduhai. Ko buat tak dik. Akak buat dik. Takut mati dik kurang amal. Persoalanya kurang dik. Kerap tinggal. Sodeh akk dik oiiiii. Ko tak sodeh ko dik????

Tu belum sedekah, amal jariah yang lain lain. Ada ko buat dik? Akk? Rahsia. 😅

Aku tak tahulah kepada sesiapa yang tinggalkan solat tu. Bertaubatlah. Aku selalu bising dengan adik adik aku. Tahap dah paling give up aku cakap ngan adik adik aku yang muda muda ni, buatlah apa saja, nak merompak ke, nak tipu sana sini ke, nak isap rokok ke, nak buat jahat ke apa ke...tolong.. SOLAT JANGAN TINGGAL. Tu jelah ayat aku tiap hari, dalam wasap, bila bercakap. Aku tak jemu ingatkan pasal jangan tinggal solat.

Dan nko pun dik, dengarlah kata kata akak abang ko. Solat jer dik. Mula mula payah dik, lama lama dah biasa, payah nak tinggal dik. Otomatik ko punya attitude pun makin baik. Kalau tak berubah jugak, cer cek cara solat, bacaan betul tak. Nak 1000 daya dik, mahu 1000 cara dik.

Dahlah tu dik. Nanti kita sambung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...